SURATAN ATAU KEBETULAN

METAIZIK : SURATAN ATAU KEBETULAN

Hye guys,selamat tengahari dan macam biasa Bean Moreno malas nak berjalan pergi lunch.Saya just kirim pada kawan untuk belikan saya lunch.Actually tgh saving untuk bulan ni sebab banyak benda yang saya kena settlekan so kena ikat perutlah (makin slimlah jawabnya).Semalam saya ada tulis pasal Impian Remaja.Itu bukan saja2 saya tulis untuk dapat traffik just nak share feeling sebab saya sedikit down sekarang.Kadang2 kita perlu lupakan duit untuk jaga perasaan sendiri.So saya create satu entry untuk tenangkan hati saya disamping motivate korang jugak.

Korang percaya tak pada perkataan nama dia 'KEBETULAN'?Setiap benda yang terjadi itu suratan atau kebetulan.Pergh dah jadi artis pulak kan.Kalau kita tanya orang2 yang kuat agama dalam hidup ni takde apapun kebetulan dan sebenarnya kebetulan itu tak wujudpun cuma perkataan yang kita guna je.Semua yang berlaku dalam kehidupan adalah benda yang telah tersurat tapi kita tak tau je apa yang bakal berlaku.

Kita berjaya itu bukan kebetulan ia telah tersurat dan kita berusaha ke arah itu.Kita terjumpa kawan lama kita tengah makan kat mapley itu juga bukan kebetulan tetapi ia telah ditentukan kita akan berjumpa dia kat mapley bukan kat Pavilion.korang pernah dengar ayat macam ni tak?

"Nasib baik Aku jumpa ko Jamil hari ni kalau tak aku tak tau nak mintak tolong siapa...ni memang kebetulan"

Hm,korang rasa betul ke ayat dia.Kalau ikut cara percakapan memang betullahkan tapi kalau ikut teori kehidupan salah sama sekali.Kita terjumpa seseorang di kala kita memerlukan itu adalan suratan di mana ia adalah pertolongan dari Pencipta.Ataupun penah dengar ayat ni :

"Nasib baik aku elak kereta tadi kalau tak dah eksiden dah..."

Mana ada nasib baik!itu semua telah tersurat dalam buku kehidupan yang kita akan terselamat.Tak mungkin dengan nasib sahaja kita dapat hidup.Itu semua kuasa pencipta.Dan dengan ketentuan itu jugak kita akan dapat berfikir apa yang kita patut buat untuk ubah perjalanan kita.Sebab tu dalam Quran ada tulis :

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dia yang mengubahnya"

So jadikan apa yang telah berlaku sebagai panduan untuk mengubah apa yang berada di hadapan kita sebab kita takkan dapat hidu apa yang akan terjadi.Jangan hidup bergantung pada nasib kerana kalau nak bergantung pada nasib pergi je main judi.hak3...

Oklah saja tulis benda ni untuk lepaskan tekanan perasaan yang ada dalam diri saya.Saya jenis susah untuk terasa 'down' tapi kalau dah tersurat saya akan rasa 'down' yang teramat sangat saya kena terima dan hadap.

p/s :
  • Jangan sesekali terlibat dengan emosi tidak stabil saya dalam entri ni.Lepas baca sila ignore apa yang korang rasa.
  • Saya sedang sakit so doakanlah saya cepat sembuh ye.



Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails