KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

CULTURE : KITA PUASA TAPI MANA SOLAT KITA

Salam guys,Selamat berpuasa pada yang beragama Islam walaupun sebenarnya ada jugak yang tak puasa dan melepak di tepi2 lorong tengah layan teh ais bungkus dengan nasi ambang.hak3...Saya dah beransur sihat.Demam dah takde sekarang tinggal dada yang bengkak so kene jumpa specialist dulu untuk check apa sebenarnya yang bengkak.Mungkin juga sebab saya berhenti merokok terlalu mendadak dan menyebabkan badan saya yang biasanya menerima kadar nikotin yang tinggi terkejut.Cadangnya nak beli Niquitin tapi bila tengok harga terus tak jadi.hak3...Nak raya beb kenalah jimat2 sikit.


Oklah kita sambung topik yang tak berapa nak hot ni.Saja je nak share and tanya pendapat korang pasal Bila Bulan Puasa Kita Puasa Tapi Solat Tak Pernah Buat.Macam yang kita tau lah kan sekarang ni bulan Ramadhan dan bila tiba bulan Ramadhan memang itulah time umat Islam akan berpuasa.Korang perasan tak satu benda yang sebenarnya penting dalam kehidupan tapi kita buat tak port pun.Ramai antara kita yang bila sampai bulan Ramadhan puasa.Memang bersungguh2lah kita tengok dia puasa.Tapi perasan tak kita bahawa kita berpuasa tapi kita tak solat pun.Solat 5 waktu satu pun tak buat.

Saya bukan nak cakap kalau tak solat tak payah puasa.Isk itu kerja gila beb silap2 masuk ISA kena cas bawa ajaran sesat baru pulak.Apa yang saya nak tekankan ialah adakah kita berpuasa disebabkan takut orang nampak kita tak puasa ataupun sebagai ibadat?Kalau kita cakap kita puasa sebagai ibadat tapi kenapa pulak kita tak solat.Solat tu bukan ibadat juga ke?Memang puasa dan solat itu wajib tapi buat lah tiang dulu baru boleh siapkan rumah.Adakah kita berpuasa sebab puasa itu satu ibadah yang orang nampak ataupun sebab memang untuk tanggungjawab.Jawablah sendiri untuk diri sendiri.


p/s :

  • Sekejap je dah puasa ke lapan.So selamat berpuasa kepada semua.
  • Dah join churp2 .Kalau belum jom join free je...Tengah banyak asaiment ni
  • Fadhilat Solat Terawih malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails