Showing posts with label Churpchurp. Show all posts
Showing posts with label Churpchurp. Show all posts

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

SURTI & TEJO - JAMRUD


VIDEO SANTAI : SURTI & TEJO - JAMRUD

Selamat malam semua,apa bikin malam-malam ni?Sure bosankan malam2 ni kalau duduk silang panggung sambil makan kuih tat nenas.hak3...Hari ni saya belajar banyak benda pasal blog dan banyak juga saya cilok dari source code blog-blog lain.So kepada tuan-tuan & puan-puan blog Bean Moreno mintak maaf curi info tanpa kebenaran.Nanti raya kita bersalaman yerk.

Hari ni baru saya tau & discover ada lagi tempat nak ping blog (bukan international).Biasa kita pakai blogged.my ataupun gengblogger kan.?Hari ni baru tau ada pulak ozblogger , Pingme dan Kelab Blogger.Yang paling latest ialah Selangor Blogger.Nak tau lebih banyak tempat pingblog bolehlah baca entri Anak Perak - Senarai Web Untuk Ping Blog.

Alamak dah lari topik dah ni.Apasal saya boleh terbagi tips blogging di kala hati suci (suci ke?) ni nak bercerita pasal video.Takpelah ilmu kena kongsi ye dak?Actually saya nak kongsi satu video yang agak lawak dan video ni dah lama rasanya.Saya layan video ni masa study kat poli dulu.Saya teringat video ni bila layan cerita Cinta Kirana.Ada watak Surti & Tejo yang memang lawak gila.hak3...Kalau tak caya cuba lah layan cerita Cinta Kirana.Surti & Tejo ni ibarat kalau kat US ada Romeo & Juliet, kat Malaysia ada Uda & Dara so kat Indonesia ada Surti & Tejo.So jom layan video ni :




Surti & Tejo - Jamrud

Amacam video ni best tak?Saya rasa memang ramai yang dah tau pasal video ni.Saja je up kan balik untuk hiburan malam2.Hopefully korang semua terhibur ye (fullamak dah macam artis pulak).

p/s :

* Apa pendapat korang lepas layan video ni?Best tak?
* Makin syok plak layan ChurpChurp.Dulu nak dapat satu asaimen punyalah susah sekarang ni laju je.
* Rindu kat aiensepet... T_T

REVIEW PRODUK | PATI IKAN HARUAN POLLENEY






REVIEW PRODUK : PATI IKAN HARUAN POLLENEY


Selamat malam semua.Mesti emua mata dah terkebil2 rasa cam nak tidur sebab esok nak sahur melainkan dua golongan iaitu blogger2 tegar yang mencari traffik malam (termasuk Bean Moreno) dan golongan yang tak berpuasa.hak3...Sorry gurau2 je kalau asyik nak serius je memang susahlah hidupkan.Teringat kat satu kawan yang hidup tak boleh nak bergurau atau konon nya alim sangat.huh! so annoying.Apa2pun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan harap2 kita tak dibelenggu perngai annoying macam ni.


Oklah mala ni nak review sikit pasal produk yang saya baru cuba.Iaitu pati ikan haruan Polleney.Korang pernah rasa tak?Iklan terbaru dia ada Qalesya dengan mak dia (tetiba dalam iklan Qalesya tak pakai tudung).Actually benda Polleney ni mama saya yang suruh minum.Mama cakap kalau lepas operation elok minum sebab Polleney (pati ikan haruan) dapat restructure balik tisu2 yang dah koyak.Selain tu dengan 'American Ginseng' ia boleh bagi tenaga kepada si peminum.Kalau tak silap lebih elok dari minum Power Root melainkan korang nak jadi jutawan.hak3...


Kalau nak tanya pasal rasa sedap ke tak.Jawapannya mana ada ubat yang sedap beb.Ini termasuk ubat yang saya kena makan selama enam bulan untuk pesakit TIBI.Rasa Polleney ni memang agak payau dan bau dia memang hanyir.Tapi kalau korang minum one shot esti tak rasa apa punya.Saya minum dengan harapan luka operate hari tu cepat sembuh dan harap2 sebelum rayalah.


alamak nampak sangat macam pesakit

alamak kurus seyh...nampak tak muka tu menahan bau


Anyway rasa pedih luka dah kurang sikit.Mama cakap kalau minum enam kotak luka kat badan dan luka di hati disebabkan percintaan boleh terubat (hoho...bahaya ni).So kepada sesiapa yang baru lepas operation ataupun baru lepas bersalin trylah minum ni.Tengok kesannya.

p/s :

  • Bila dah minum banyak Polleney tetiba terasa macam nak minum lagi.hoho
  • Tetiba nak tukar template baru.Tengoklah next week suterablogger akan berwajah baru sekali dengan header baru.
  • Dah join Churpchurp?Jom Join kalau belum join.



APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD


PERSONAL : APA YANG BEAN MORENO BUAT DI WAD

Selamat malam?Dah berbuka?Saya hari ni je dah 6 kali makan benda berat.Nipun rasa macam lapar lagi.Mungkin ni adalah efek dari pengambilan darh setiap pagi.Setiap malm saya akan diingatkan supaya berpuasa start pukul 12 sampai Dr dapat ambil darah (susah tau nak dapat darah dari badan saya.tak caya tanya Dr yang buat).

Oklah lets make it simple.Saya just nak cerita apa yang saya buat semasa di Wad 6J BED 27 ni.Yelah selain dari schedule kedoktoran termasuk menjadi bahan uji kaji kepada student perubatan UKM saya ada aktiviti sendiri supaya hidup saya di wad ni tida seperti Zomba.

1) Layan Lagu Raya

Raya dah dekat so saya nak ambil mood raya untuk menghilangkan rasa sakit yang saya alami (actuall dah semakin pulih) dengan mendengar lagu2 raya ni saya dapat pulihkan 40% kesedihan dalam diri (ada nampak sedih ke?).hak3...Jadi saya layanlah lagu2 raya yang saya suka.Kira terapi mindalah ni.

2) Makan

Lepas buang air dari paru2 hari tu selera makan saya bertambah.Asyik2 nak makan je.Mungkin juga ebab darah saya dah banyak di ambil so untuk recover saya kena makan banyak2.

3) Makan 12 Biji Ubat

Yang ni memang seksa.Secara psyco manusia akan jadi down bila nampak benda tu banyak walaupun size dia kecil.Sebagai contoh kerja rumah matematik,benda senang je tapi bila dah belambak memang kita akan rasa susah sikit nak siapkan.Betul tak?

4) Layan Football Manager

Disebabkan kekecewaan saya terhadap manager Liverpool yang ntah apa2 ntah saya cuba berangan menjadi Coach untuk Liverpool di alam maya.Ternyata saya hebat ketika bermain Footbal Manager sebab saya berjaya kalahkan Man City dan juga AC Milan.Roy Hodgson ko boleh buat ke?

5) Ber'Chatting' dengan Aiensepet

Yang ni wajib sebab dia dah start kerja jadi dia tinggal sorang2 je kat rumah dan selalu membuatkan saya terfikir adakah dia makan ataupun tidak.Setiap malam saya akan berchating dengan aiensepet sebab dia dah tak dapat temankan saya.

Oklah matapun dah ngantuk rasanya harus tidur...Kalau tak memang keletihan esok.Harap2 korang doakan esok operation tu tak menjejaskan kesihatan saya ye.

p/s :

  • Perasaan takut untuk operation itu tetap ada walaupun pada seorang gangster.
  • Bnyak pulak task Churchurp.Sehari sampai dua.Korang dah register ke blom?Kalau blom jom lah register.Percuma bai...Janji ada twitter ngan Facebook.

CHURPCHURP BERWAJAH BARU

MAKE MONEY : CHURPCHURP BERWAJAH BARU

Hye semua,dah lama saya tak update blog ni.Last sekali pasal MTV Worlstage Malaysia 2010.Itupun hari Ahada kalau tak silap.Semalam hari yang agak penat dan banyak kerja.So tak boleh nak update blog.Saya cuma reping entri je semalam.Hari ni pun saya just nak buat quick update je.


Pernah tengok gambar kat atas ni?Apa tak pernah dan tak tau apa benda ni?Dulu saya pernah cerita pasal benda ni.Nama dia ChurpCurp yang merupakan satu lagi anak syarikat Nuffnang.Actually Curpchurp lebih kepada Twitter dulu tapi sekarang korang jangan terkejut sebab diorang dah integrate system dengan Facebook dan ini bermakna lepas ni selain daripada earn duit dari Twitter kita boleh earn jugak melaui facebook.

Churpchurp ni simple je.Tak perlu nak taip entri panjang2 untuk earn sebab Twitter hanya allow 131 char untuk taip.Apa yang korang kena buat ialah taip satu tweet mengikut apa keyword yang diorang bagi dan selalunya kempen2 diorang sama je macam apa yang ada dalam Nuffnang.Yang bestnya tanpa click dari orang ramai pun dapat duit cuma tak banyaklah kan.




Nampak tak dah ada lambang Facebook.So lepas ni tak mustahil ada task untuk kita update kat status Facebook kita.Sila abaikan earning saya sebab ChurpChurp memang lambat sikit earning dia.At least banyaklah jugak.Dah nilai cashout dia besar sikit dari Nuffnang iaitu RM100.Tapi tak mustahilkan dulu dengan Nuffnang nak dapat RM5 sebulan pun susah.Sekarang tidak lagi.hak3...


Amacam berminta tak?kalau berminat just pergi website Churpchurp dan register.Lagi pun sekarang tengah ada contest refferal sempena menyambut hari keputeraan Churpchurp.Hadiah menarik.So sesiapa yang memanbaca entri ni dan berminat bolehlah register dan jangan lupa bila dia mintak twitter ID masukkanlah id saya jangan malu2 ye.


contohnya :




Kat ruangan tu silalah letak Bean_suterablog ye.


p/s :
* Memamnglah ruangan atas tu optional kan tapi apa salahnya bantu membantu.Saya tolong promote korang untuk earn korang letaklah id saya kan...hak3...

MOVIE : WHEN IN ROME



Selamat pagi guys,masih lagi menjadi fulltime blogger sebab cita2 saya memang nak jadi blogger best macam Melromeo (Mel aku bukan bodek ko eyh...hak3). Duduk goyang kaki kat umah,makan roti gardenia tambah telur.Wah nikmat eyh hidup macam tu.So selama 14 hari saya akan habiskan masa dengan jadi fulltime blogger (disamping menjadi driver kepada aiensepet sementara je).

Oklah nak cerita pasal semalam.Saya dapat invitation pergi tengok cerita "When in Rome".Apa2pun (uiks ni ayat Alex Raja Lawak),thanks to ChurpChurp sebab kasi peluang tengok cerita best ni.Untuk pengetahuan korang (yang mana tak tahu) ChurpChurp ni merupakan anak syarikat Nuffnang tapi perjuangan (wah ayat puitis la) diorang lebih kepada pengguna Twitter.So semalam pergi dapatlah ni :

Credit to ChurpChurp untuk tiket

Oklah sebelum saya melalut dengan lebih serius rasanya lebih elok kalau saya review dulu movie ni.Kang bendasing lebih banyak dari isi yang nak disampaikan.Sebelum tu saya kasi korang tengok poster dia dulu eyh :

Sinopsis cerita "When In Rome":

Movie ni menceritakan tentang kisah hidup seorang perempuan (Beth) yang terlalu pentingkan kerja dia sampai takde boyfriend.Satu hari dia ada berniat kalau dia berjaya jumpa satu lelaki yang boleh buat dia rasa cinta itu lkebih penting dari kerja dia maka dia akan berkahwin dengan lelaki tu.Pada masa yang sama adik berkahwin di Rome so si Beth ni kena jadi pengapit dan semasa majlis tu berjalan dia ada jatuh hati secara tak sengaja dengan seorang mamat handsome bernama Nick tapi cinta itu punah disebabkan salah sangka.So minha ni mabuk lalu duduk di fountain of love di mana orang campak duit untuk cari jodoh.

Sebelum balik ke USA Beth telah mengambil beberapa syiling dalam kolam tu dan menyebabkan beberapa orang lelaki yang merupakan tuan punya syiling tu jatuh cinta kat Beth.So bermulalah kisah hidup Beth yang penuh kelakar disebabkan dikejar lelaki2 misteri yang dia tak kenal tapi dalam masa yang sama Nick pun jatuh hati kat Beth.Nak tau cerita selanjutnya korang pergi beli tiket dan tengok ye sebab cerita ni memang lawak (Romatik Komedi).

Screenshot :

Beth berucap & Nick Translate dalam bahasa Italy (memang lawak)

Tuan2 punya syiling yang dicuri

Dikacau lelaki magik.Bapak saiko beb

Akhirnya

Bagi saya cerita ni menarik walaupun ada unsur2 tahyul (itu kepercayaan diorang kita tak boleh nak buat apa2kan).Memang lawak dari awal sampailah ke akhir.So tak rugi kalau korang gi cinema beli tiket RM8.hak3...

RATING - 4/5 BINTANG

p/s :
- Best cerita ni rugi kalau tak tengok.Saya takpe tengok free je
- Malam ni ada Screening cerita Date Night
- Gambar credit to Mr Google

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails