Showing posts with label Maher Zain.Twitter. Show all posts
Showing posts with label Maher Zain.Twitter. Show all posts

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

PERSONAL : TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

Salam ahad ye guys,sayapun tak tau apa dah jadi dengan diri saya ni.Actually saya sayang gila sangat dengan blog ni.tapi mood untuk update fresh entri agak kelaut beb.So saya nak mintak maaf pada semua readers if kalau korang masuk blog ni korang terbaca entri lama-lama ataupun entri dua hari lepas.Saya dah masuk fasa di mana kalau takde mood saya takkan paksa diri untuk publish entri.Hope korang tetap support blog ni even tiada entri di dalamnya.hak3...

Sejak dua menjak ni saya lebih aktif menggunakan social media untuk memenuhi kekosongan kehidupan saya (selain aktiviti bersama aiensepet).Saya bmula mencari apa kebaikan online facebook yang dah lama saya tinggalkan dan tak lupa juga bertweet dengan kenalan maya (terutama sekali blogger).Tiba-tiba saya terasa kuasa social media ni boleh menggelamkan bakat seseorang blogger itu jika lalai walaupun sebenarnya kalau kita pandai menggunakannya ia boleh membantu pertumbuhan blog dan ia juga merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu SEO..hak3...

Oklah nak cerita pasal social media.Kalau nak ikutkan saya lebih gemar bertweet daripada online guna facebook.Memanglah twitter takde kotak chatting macam facebook dan mungkin juga agak bosan dengan interface yang sama (tapi saya ada #newtwitter ye) tapi apa yang membuatkan twitter lebih best ialah jawapan yang cepat bila kita kebuntuan atau memerlukan jawapan untuk sesuatu persoalan.Bagi saya kalau saya post something kat status maka reply yang akan saya dapat mungkin lambat berbanding twitter.Mungkin alasan yang kuat mengapa keadaan ni terjadi ialah ramai pengguna Twitter yang aktif jika dibandingkan facebook.Tapi sesuatu yang agak best bila berlakunya ini :

Ok firstly saya nak bagitau yang saya takde guna apa-apa teknik photoshop untuk hasilkan gambar di atas sebab komputer saya sangat berat dan kalau buka apps Photoshop CS4 yang saya install memang akan slow.Yang kedua saya nak bagitahu memang saya ada niat nak follow twitter Maher zain  tapi saya belum follow lagi tak caya tengok button tu maknanya dia yang follow teitter saya dulu.hak3...


Actually niat saya tunjuk ni bukan sebab nak tunjuk yang saya bangga sangat Maher Zain follow tweet saya dan kalau ikutkan tak gunapun dia follow tweet saya sebab bukan dia faham pun.Apa yang saya nak tunjuk ialah perbezaan artis international dan artis Malaysia.Kebanyakkan dari artis kita memang senang kata sombong tak bertempat.Nak layan orangpun memilih.Macam diorang tu manusia istimewa je padahal sebelum jadi artis comot jugak.Kebanyakan mereka hanya akan balas tweet bila mereka rasa profile tu layak berkawan dengan diorang je.Kenapa saya berani cakap macam ni?Sebab saya dah pernah cuba bertweet dengan mereka ni.


Anyway ni bukan sesi lepas geram ke apa.Just share apa yang saya rasa je.Lagipun ni hari Ahad kalau saya taip benda-benda yang serius orang tak bape gemar so saya upkan isu-isu remeh je lah ye.Tapi apa-apapun thanks to kak jie kerana membiarkan wajah tampan & maskulin saya bertempek di entri terbarunya.hahaha...


p/s :


* Apa perasaan korang bila Maher Zain Follow blog korang or Twitter korang?
* Mungkin dia follow sebab dia terbaca entri Maher Zain Berdakwah Secara Stylo kot.Anyway thanks to Maher Zain.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails