Showing posts with label Bean Moreno.Suterablogger. Show all posts
Showing posts with label Bean Moreno.Suterablogger. Show all posts

TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

PERSONAL : TERASA BEST BILA MAHER ZAIN FOLLOW TWITTER

Salam ahad ye guys,sayapun tak tau apa dah jadi dengan diri saya ni.Actually saya sayang gila sangat dengan blog ni.tapi mood untuk update fresh entri agak kelaut beb.So saya nak mintak maaf pada semua readers if kalau korang masuk blog ni korang terbaca entri lama-lama ataupun entri dua hari lepas.Saya dah masuk fasa di mana kalau takde mood saya takkan paksa diri untuk publish entri.Hope korang tetap support blog ni even tiada entri di dalamnya.hak3...

Sejak dua menjak ni saya lebih aktif menggunakan social media untuk memenuhi kekosongan kehidupan saya (selain aktiviti bersama aiensepet).Saya bmula mencari apa kebaikan online facebook yang dah lama saya tinggalkan dan tak lupa juga bertweet dengan kenalan maya (terutama sekali blogger).Tiba-tiba saya terasa kuasa social media ni boleh menggelamkan bakat seseorang blogger itu jika lalai walaupun sebenarnya kalau kita pandai menggunakannya ia boleh membantu pertumbuhan blog dan ia juga merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu SEO..hak3...

Oklah nak cerita pasal social media.Kalau nak ikutkan saya lebih gemar bertweet daripada online guna facebook.Memanglah twitter takde kotak chatting macam facebook dan mungkin juga agak bosan dengan interface yang sama (tapi saya ada #newtwitter ye) tapi apa yang membuatkan twitter lebih best ialah jawapan yang cepat bila kita kebuntuan atau memerlukan jawapan untuk sesuatu persoalan.Bagi saya kalau saya post something kat status maka reply yang akan saya dapat mungkin lambat berbanding twitter.Mungkin alasan yang kuat mengapa keadaan ni terjadi ialah ramai pengguna Twitter yang aktif jika dibandingkan facebook.Tapi sesuatu yang agak best bila berlakunya ini :

Ok firstly saya nak bagitau yang saya takde guna apa-apa teknik photoshop untuk hasilkan gambar di atas sebab komputer saya sangat berat dan kalau buka apps Photoshop CS4 yang saya install memang akan slow.Yang kedua saya nak bagitahu memang saya ada niat nak follow twitter Maher zain  tapi saya belum follow lagi tak caya tengok button tu maknanya dia yang follow teitter saya dulu.hak3...


Actually niat saya tunjuk ni bukan sebab nak tunjuk yang saya bangga sangat Maher Zain follow tweet saya dan kalau ikutkan tak gunapun dia follow tweet saya sebab bukan dia faham pun.Apa yang saya nak tunjuk ialah perbezaan artis international dan artis Malaysia.Kebanyakkan dari artis kita memang senang kata sombong tak bertempat.Nak layan orangpun memilih.Macam diorang tu manusia istimewa je padahal sebelum jadi artis comot jugak.Kebanyakan mereka hanya akan balas tweet bila mereka rasa profile tu layak berkawan dengan diorang je.Kenapa saya berani cakap macam ni?Sebab saya dah pernah cuba bertweet dengan mereka ni.


Anyway ni bukan sesi lepas geram ke apa.Just share apa yang saya rasa je.Lagipun ni hari Ahad kalau saya taip benda-benda yang serius orang tak bape gemar so saya upkan isu-isu remeh je lah ye.Tapi apa-apapun thanks to kak jie kerana membiarkan wajah tampan & maskulin saya bertempek di entri terbarunya.hahaha...


p/s :


* Apa perasaan korang bila Maher Zain Follow blog korang or Twitter korang?
* Mungkin dia follow sebab dia terbaca entri Maher Zain Berdakwah Secara Stylo kot.Anyway thanks to Maher Zain.

ADA APA DENGAN GAMBAR

TIPS : ADA APA DENGAN GAMBAR

Salam dan selamat tengahari.Macam biasa Bean Moreno tak pergi lunch sebab malas.Mungkin petang sikit balik makan kat rumah mama saya je lah.Dah lama tak makan apa yang mama masak.Oklah saya dah lama tak kasi tips kan.Hari ni saya nak kasi tips yang nampak remeh je tapi sebenarnya kalau kita guna ia boleh bagi impact kat kita.

Korang rasa letak gambar kat entri penting ke tak?Pernah tak korang terfikir betapa pentingnya letak gambar kat entri.Kalau korang tanya saya jawapannya ialah ia adalah penting dan boleh bagi impact kat sesebuah entri atau blog.Kenapa letak gambar tu penting :

1) DAYA PENARIK KEPADA PEMBACA

Ok apa korang rasa baca majalah hiburan dengan baca buku sejarah?Banyak bezakan.Kita baca majalah hiburan rasa terhibur je kan (mamanglah namapun majalah hiburan).Sebabnya dalam majalah hiburan diorang letak gambar.Gambar artis hensem,gambar artis cun dan macam2 gambar.Buku sejarah pulak penuh dengan fakta dan kalau kita terus membaca mungkin akan tertidur melainkan korang memang minat parameawara.hak3...So bila korang letak gambar kat entri maka ia akan menambah minat kat readers.Lebih2 lagi kalau gambar yang korang letak tu pure dan cantik.

2) TAMBAH QUALITY TRAFFIK

Yang ni semua orang suka.Bagitau saya blogger mana yang tak suka traffik blog dia mencurah2.Dengan letak gambar korang boleh bagi orang yang datang blog korang tu membaca dengan lama.Bila diorang baca dengan lama so dapatlah unique visitor yang berkualiti.Sebagai contoh ada blogger ni niat dia pergi blog kita just nak bagi traffik bukan nak baca tetiba korang letak gambar yang cantik2 dia nampak terus rasa macam nak baca.So dapatlah korang satu unique visitor.Sebab untuk pengetahuan korang google ada letak satu limit time kepada satu visitor sebelum dia boleh bergelar unique visitor.

3) BUKTI KUKUH PADA ENTRI

Ok ni pun agak penting.Contohnya korang nak buat tips or tutorial.Mungkin tanpa gambar orang takkan faham.So bila orang tak faham maka diorang takkan tinggal komen tapi tekan button x sebab meluat.Itu kira oklah kalau yang teruk siap buat entri cakap kita tipu ataupun plagiat.Dengan gambar2 maka kita dapat buktikan yang itu memang genuine entri kita dan orang tak boleh pertikaikan.Contohnya macam entri saya LAPTOP ACER 1810TZ UNTUK DIJUAL.Kalau saya tak letak gambar korang rasa ada tak orang percaya laptop tu baru?

Cukup je 3 sebab saya bagitau sebab kalau banyak2 nanti ada yang muntah.Kalau nak tau lebih sila praktikkan dan korang akan nampak kesan dia.Bak kata orang tak cuba tak tau.Nak ngorat awek pun kena cuba dulu baru kita tau dapat tak dapat kan.

ACER 1810TZ MINI UNTUK DIJUAL

BUSINESS : ACER 1810TZ MINI UNTUK DIJUAL

Selamat pagi,dah breakfast ke blom?Bean Moreno tengah tunggu kawan sebab hari ni saya tumpang dia.Mungkin jap lagi sampai kot.Entri pagi ni pendek2 je sebab saya just nak promote barang tapi jangan takut ni bukan MLM ataupun perlaburan macam AB Taufan.hak3...

Ada tak antara korang yang berninat nak beli laptop?Bean Moreno ada nak tolak laptop baru.Diulangi BARU!bukan secondhand ye.So jangan nak cerita harga second kat Low Yatt ke apa cerita harga baru.Yang penting laptop ni still dalam kotak dan harga saya letak lagi murah dari harga market.Mempersembahkan Acer 1810TZ mini :



Sekarang percaya tak yang laptop ni still baru.Ni Spec laptop ni :


* Intel Pentium processor 1.3 Ghz,800MHz FSB
* LCD 11.6" LED
* Intel GMA 4500MHD
* 2GB RAM
* 320 HDd
* Card Reader
* WLAN
* BlueTooth
Webcam


Ok tu Spec dialah kan.Amacam puas hati tak?Sekarang semua orang nak pakai mini sebab nak lepak Coffee Bean Moreno tayang laptop kan.Apa!Tak puas hati lagi.Still tak percaya benda ni baru?Baiklah saya kasi tunjuk gambar lain :


still dalam kotak tau...


ada alas lagi


Takde calar lagi beb

Apa yang paling best,laptop ni siap denagn windows 7 beb.Dan untuk membuktikan dia baru saya belompun activatekan windows dia.Bermakna belum guna lagi beb.Korang dapat fresh.So sapa nak sila email saya kat suterablogger@gmail.com secepat mungkin sebab ada satu je.


HARGA MARKET : RM1999
HARGA BEAN MORENO : RM 1800 (BOLEH RUNDING)
STATUS : SOLD

p/s :
* Jangan anggap ini give away ye.Saya tak sehebat Denaihati lagi
* Cepat2 jangan ketinggalan

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails