ADA APA DENGAN GAMBAR

TIPS : ADA APA DENGAN GAMBAR

Salam dan selamat tengahari.Macam biasa Bean Moreno tak pergi lunch sebab malas.Mungkin petang sikit balik makan kat rumah mama saya je lah.Dah lama tak makan apa yang mama masak.Oklah saya dah lama tak kasi tips kan.Hari ni saya nak kasi tips yang nampak remeh je tapi sebenarnya kalau kita guna ia boleh bagi impact kat kita.

Korang rasa letak gambar kat entri penting ke tak?Pernah tak korang terfikir betapa pentingnya letak gambar kat entri.Kalau korang tanya saya jawapannya ialah ia adalah penting dan boleh bagi impact kat sesebuah entri atau blog.Kenapa letak gambar tu penting :

1) DAYA PENARIK KEPADA PEMBACA

Ok apa korang rasa baca majalah hiburan dengan baca buku sejarah?Banyak bezakan.Kita baca majalah hiburan rasa terhibur je kan (mamanglah namapun majalah hiburan).Sebabnya dalam majalah hiburan diorang letak gambar.Gambar artis hensem,gambar artis cun dan macam2 gambar.Buku sejarah pulak penuh dengan fakta dan kalau kita terus membaca mungkin akan tertidur melainkan korang memang minat parameawara.hak3...So bila korang letak gambar kat entri maka ia akan menambah minat kat readers.Lebih2 lagi kalau gambar yang korang letak tu pure dan cantik.

2) TAMBAH QUALITY TRAFFIK

Yang ni semua orang suka.Bagitau saya blogger mana yang tak suka traffik blog dia mencurah2.Dengan letak gambar korang boleh bagi orang yang datang blog korang tu membaca dengan lama.Bila diorang baca dengan lama so dapatlah unique visitor yang berkualiti.Sebagai contoh ada blogger ni niat dia pergi blog kita just nak bagi traffik bukan nak baca tetiba korang letak gambar yang cantik2 dia nampak terus rasa macam nak baca.So dapatlah korang satu unique visitor.Sebab untuk pengetahuan korang google ada letak satu limit time kepada satu visitor sebelum dia boleh bergelar unique visitor.

3) BUKTI KUKUH PADA ENTRI

Ok ni pun agak penting.Contohnya korang nak buat tips or tutorial.Mungkin tanpa gambar orang takkan faham.So bila orang tak faham maka diorang takkan tinggal komen tapi tekan button x sebab meluat.Itu kira oklah kalau yang teruk siap buat entri cakap kita tipu ataupun plagiat.Dengan gambar2 maka kita dapat buktikan yang itu memang genuine entri kita dan orang tak boleh pertikaikan.Contohnya macam entri saya LAPTOP ACER 1810TZ UNTUK DIJUAL.Kalau saya tak letak gambar korang rasa ada tak orang percaya laptop tu baru?

Cukup je 3 sebab saya bagitau sebab kalau banyak2 nanti ada yang muntah.Kalau nak tau lebih sila praktikkan dan korang akan nampak kesan dia.Bak kata orang tak cuba tak tau.Nak ngorat awek pun kena cuba dulu baru kita tau dapat tak dapat kan.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails