RAHSIA KEJAYAAN GERMANY DI WORLDCUP 2010


WORLDCUP 2010 : RAHSIA KEJAYAAN GERMANY DAN KEKALAHAN ARGENTINA

Wah dah lama seyh saya tak update blog ni.Idea buntu,pastu sibuk nak buat template sendiri sampai nak taip entripun malas.Kalau nak cerita pasal traffik pulak henti2kan lah Bean,ko tak update camner nak kasi up traffik.Betul tak?So terima keadaan dengan apa yang ada dan kene bersyukur dengan apa yang dapat.Korang jangan tekan button x kat atas tu sebab korang tak salah masuk blog.Saya 'just' masukkan template yang masih dalam pembikinan.Saja2 nak 'test power'.Saya akan adjust lagi.So mana2 yang tak kena sila bagi 'feedback' ye readers.

Oklah Worldcup 2010 dah nak sampai penghujung.Sekarang dan masuk semi final dah.Kebanyakan pasukan ternama dah beli tiket balik negara masing2 sebab kalah awal.So kepada penyokong sila jangan terjun bangunan atas kekalahan team korang dan kekalah judi bola.hak3...Korang ada perasan tak ada sesuatu yang menjadi tanda tanya dalam worldcup kali ni.Kali ni saya nak dedah kan dua tanda tanya yang bermain difikiran semua peminat team Germany dan Argentina.

1) RAHSIA KEJAYAAN GERMANY

Kalau kita perasan Germany asyik2 menang besar je.Dengan England diorang titik 4-1 (walaupun faktor utama ialah ref buta) dan dengan Argentina diorang baham 4-0.Kalau kita tengok team lain menang pun sikit2 melainkan Portugal yang memang 7-0 (memang besarpun kalau kalah tak sampai 'semi final' pun buat apakan).Korang rasa apa faktor yang menyebabkan Germany begitu kuat.Rahsianya ialah apabila 'coach' makan tahi hidung maka team dia akan menjadi hebat.Tak percaya sila lihat ini :





Sekarang percaya tak?Pergh memang pelik2 jelah perilaku diorang ni.Tapi mungkin itu satu faktorlah macam mana diorang boleh menang.

2) KEKALAHAN ARGENTINA

Yang ni memang satu duniapun terkejut.Gila ke apa?Argentina kalah beb.Kalau kalah satu kosong tu boleh diterima ni kalah memalukan siot.Apa dah jadi dengan Messi & Milito.Mascherano pun main macam baru sehari sepak bola.Tapi kalau korang nak tau sebab kenapa diorang kalah ialah sebab diorang tak nak tengok coach diorang berlakon porno dengan Ariel Peter Pan.Maradona pernah cakap kalau Argentina menang dia nak berbogel (What!!Lu dah tua bro.Tak market dah).So semua pemain berpakat bagi kalah supaya perkara ni tak memalukan negara mereka.Sebab tu walaupun kalah player nak jugak Maradona jadi coach lagi dan suruh dia tukar Nazar. 

Oklah masa untuk tunaikan tanggungjawab saya selaku pekerja Q.Kalau sempat petang karang saya update lagi.Apa2 pun kemenangan Germany akan memudahkan laluan Spain untuk cium worldcup 2010.

p/s :

* Amacam ok tak template ni.Kalau tak ok bagitau ye saya nak ubah lagi
* Rasanya coach Malaysia kena buat apa yang Joachim Leo tu buat baru Malaysia boleh masuk Worldcup.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails