MACAM MANA NAK TENGOK STATS ENTRY

TUTORIAL : MACAM MANA NAK TENGOK STATS ENTRY

Salam dan selamat malam.Mata dah agak kuyu sikit rasa macam kalau tertutup sikit je mata ni memang akan hanyut.Saya sepatutnya kena buat task untuk Blup2 tapi idea buat entry yang seakan2 advertorial ni belum sampai so saya rasa kalau paksapun memang Celcom reject je proposal tu.Baik rileks dan tenang.

Malam ni saya nak keluarkan satu entry mudah.Selama ni kita asyik dengar wordpress je yang boleh usha stats entry tapi sekarang Blogspot pun dah boleh.Saya dapat ilmu ni pun lepas masuk blog Kak Jie.Blog dia merupakan salah satu blog yang saya perhatikan untuk belajar secara diam2.Kalau macam Eyriqazz saya telfon je tanya pendapat.Blog lain yang saya suka masuk untuk mengkaji ialah Dahlia.Saya menkaji dari susun ayat sampai ke permainan link.So mintak maaf pada tuan2 & puan2 blog sebab saya curi ilmu tanpa izin.

Sebelum tu saya nak korang bezakan stats yang kat blogspot ni tak sama dengan analytic tak kiralah Google analytic mahupun Nuffnang Analytic.Stats ni adalah untu check pageview untuk setiap entry korang.Firstly saya nak tunjuk macam mana nak masuk stats untuk blogspot.

1) Login masuk blogspot korang
2) Kat Dashboard click stats



Ok dah tau cara kan.Benda ni ramai yang dah tau tapi ada juga yang tak tau.Mungkin juga ada yang tau tapi buat2 tak tau sebab tak pentingpun.Tapi kalau tak penting kenapa Google tambah function ni?Oklah kita tengok apa yang ada kat dalam :






1) OVERVIEW 


Kat overview ni kita boleh check keseluruhan daripada post , Traffic Source, dan Audience.Yang korang tak boleh check ialah saman traffic itu korang kena pergi MyEG untuk check.Status perkahwinan pun takde kat sini itu kena pergi pejabat agama.Kat section ni semua yang berkaitan dengan blog korang ada.So kita boleh tau post mana yang orang ramai view.Kita jugak boleh tau berapa banyak page view kita untuk hari,minggu dan bulan.


2) POST 


Kat section Post pulak kita boleh check keseluruhan pageview untuk entri atau senang cakap Post mana yang orang selalu baca.Kalau nak check earning Nuffnang memang tak boleh sebab ni bukan weblog Nuffnang.


3) TRAFFIC SOURCES 


Kat section ni pulak korang boleh check dari mana traffik korang datang iaitu dalam bentuk reffering URL,Reffering sites dan juga Keyword yang orang cari kat dalam blog korang.


4) AUDIENCE


Kat dalam section ni pulak korang boleh tengok traffik korang datang dari negara mana.Ada 3 parts dalam section ni iaitu Pageview by Country,Pageview by browser dan jugak pageview by OS.Sama je macam Google analytic.


Oklah saya rasa cukup kot info pasal Stats ni.Kalau nak tau lebih silalah explore.Pada yang tau teruskan mengguna dan pada yang baru tau selamat datang ke Dunia Blogspot.


p/s :
* Sorry tak dapat nak upload bayak gambar untuk tatapan korang sebab internet terlampau slow.Harap2 gambar2 kat atas dah cukup untuk bagi korang faham sebab simple itu mudah dan pimple itu jerawat.
* Selamat mencuba

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails