NURALISYA AMANI DI KOTA DAMANSARA

PERSONAL : NURALISYA AMANI DI KOTA DAMANSARA

Salam guys,Bean Moreno tak pergi mana2 malam minggu sebab malas dan blur tak tau nak pergi mana.Mesti korang tertanya2 siapa NurAlisya Amani kan.Lawyer kah?Majistret kah?Ahli Musik kah?Gaya title menampakkan yang Alisya ni macam celebriti kan.First sekali saya nak bagitau yang dia ni bukan anak Eyriqazz sebab anak Eyriqazz takut dengan saya.Nak dukung pun dia akan berpaling.Mungkin sebab saya terlalu kacak.Sebenarnya Alisya ialah anak saudara saya ini bermakna saya adalah pak long sekarang tapi bukan Pak Long Gun itu lain.Oooops.

First sekali saya nak tunjuk yang selepas setahun berkahwin barulah saya berjaya memiliki kad kahwin.Lama seyh tunggu.Nasib baik saya ada bukti lain kalau tak,tak pasal2 kene tangkap basah.Bagi korang yang dah kahwin mungkin saya tak boleh nak berbangga terutama sekali dengan Kak Ina.Itu Old Timer.Kepada yang belum kahwin ini adalah contoh kad kahwin ye :



Macam kelakar je muka saya kan.Tapi takpe saham masih tinggi.Lepas ni rasa bila nampak pekerja jabatan agama je nak tunjuk terus.hak3...Tutup selingan sekarang saya nak memperkenalkan siapa NurAlisya Amani.Nak tengok Alisya?Ni lah dia :




Dia ni memang susah.Bila dia nampak orang memang akan meleleh air mata pastu menjerit macam vokalis blackmetal.Ni pun nasib2 je dapat dukung dia kalau tak memang takkan dapat punya.Saya terpaksa mandrem dia baru dia nak saya dukung.Kalau diperhatikan mata dia ada kesan air mata bermakna dia baru lepas melalak.




Ni bukti yang saya terpaksa baca mantera beradu dengan irama dan lagu.Tu pun dia buat muka seposen lagi.Nasiblah ko comel kalau tak memang pipi tu dah lebam2 kena cubit.


siapa lagi comel?Dia atau Bean Moreno?



Alisya pun nampak macam takut dengan aiensepet.Mungkin dia dah dapat rasa yang mak long dia garang.So dia terpaksa buat2 baik je kalau tak mata mak long dia sepet tu akan menjadi bulat.Amacam cute tak Alisya hopefully saya dapat anak lebih comel dari dia.hoho...Doa2kanlah ye...

p/s :
* Kata orang like father like daughter,so kalau saya kacak & macho anak saya mesti comel
* jangan salah faham,saya tak takut bini cuma bini je yang takut saya...hahahah
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails