CERITA JEPUN DULU KALA YANG BEST

MOVIE : CERITA JEPUN DULU YANG BEST

Salam semua,sorry lambat update.Actually saya nak update entry masa lunch tapi tetiba ada power trip so terpaksa taip balik sebab tak sempat nak save.Hari ni banyak sangat kerja so memang tak sempat nak mengular untuk publish entry.Sekalai lagi sorry sebab saya dah tak dapat nak update blog ni sebab memang takde masa.Template baru ni macam kelam sikitlah kan Cikhel kata agak suram.So saya akan modi balik malam ni.

Hari ni saje je nak buat entry mengenang zaman kanak2.Nak tulis pasal cerita Jepun masa zaman kita kecil2 (sila kecualikan Kak Ina KL sebab perbezaan umur yang sangat ketara.hak3).Korang perasan tak dulu banyak cerita yang best2 dari Jepun.Walaupun graphic dia tak sehebat CGI sekarang tapi kalau tengok banyak kalipun tetap best.Jom Bean Moreno nak share cerita apa yang saya suka tengok masa zaman dulu2 :

1) DASH YONKURO


Cerita ni pasal perlumbaan kereta mini Tamiya.Seingat saya cerita kartun ni selalu muncul hari Isnin pukul 4.30 petang.Wah memang berebut2 kitorang nak tengok cerita ni sampai habis.Masa cerita ni tengah top saya masih belajar kat MRSM Terendak.Hari Isnin petang kitorang ada perhimpunan sekolah.Masing2 tak sabar nak tunggu habis perhimpunan terutama sekali bila Cikgu Saroni Kasmani berucap.Memang lama mengalahkan Barrak Obama.Bila habis perhimpunan memang berebut kerusi kat ruangan TV.Masa tu kalau siapa terlepas satu episod memang ketinggalan zaman la orang cakap.

2) MAERO ATTACK



Korang pernah tengok cerita ni.Cerita ni pasal group perempuan yang suka main bola tampar.Awek2 yang berlakon memang lawa2 tapi tak tau lah sekarang ni mungkin ada yang dah jadi nenek kot.Cantik bukan je daya penarik cerita ni tapi awek2 tu jugak seksi dan ada power masa main bola tampar.Gaya yang paling saya ingat ialah 'sommersop' (betul ke ejaan dia ni) Berpusing.Masa cerita kampung saya kat Batu Pahat semua terpengaruh siap ketua kampung buat satu gelanggang bola tampar (ntah apa jadi dengan gelanggang tuh).

3) KICKERS


Cerita ni pasal bola sepak.Graphic memang bodph2 je tapi jalan cerita dia memang best.Saya memang tak miss tengok cerita ni.Setiap match diorang saya follow (world cup pun saya tak tengok semua).Dalam cerita ni kita boleh dapat banyak pengajaran.Yang paling utama ialah dalam bola sepak yang penting adalah kerjasama dalam pasukan dan bukannya skill individu sebab kalau nak tunjuk skill baik jangan main 12 orang main sorang2 je takpun buat Joga Bonito.


Oklah,saya nak balik sebab aiensepet dah masak kat rumah.Ni adalah apa yang saya suka mungkin tak sama dengan orang lain.Harap2 ada keluar lagi kat tv sebab kalau nak tengok Youtube memang lembab.Buat dua cawan air kopi pun belum tentu buffered siap.Apa pulak cerita jepun yang korang suka?


p/s :
* Malam ni Spain main,harap2 mata tak kuyu sebelum masa.
* Ada sapa2 nak buat template?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails