WAKTU SENANG KITA LUPA WAKTU SUSAH BARU NAK INGAT

ENTRI JUMAAT : WAKTU SENANG KITA LUPA WAKTU SUSAH BARU NAK INGAT



Salam dan selamat hari Jumaat semua.Hari ni datang awal sebab saya dah list down apa yang patut saya buat semalam.Banyak outlet request resend data so kena siapkan hari ni.Sekarang ni berbeza sebab saya kena fikir in advance kerja yang patut saya buat sebab takut clash (biasalah kena handle 16 outlet tu).Buka2 email je dah ada 5 nem mail.fuh!hak3...Kalau korang perasan sekarang ni Sotong Kurita bernama 'Paul' menjadi fenomena.Siapa Paul The Octopus?La korang tak tau ke.'Paul' ni merupakan sotong yang dah berjaya meramal 6 perlawanan Worldcup 2010 dan ramalan dia 100% betul.Untuk pengetahuan korang Paul dah jadi treanding dalam Google trend dan juga Twitter.


Kita tutup pasal si Paul ni dan fokus pada tajuk.Biasalah hari Jumaat Bean Moreno mesti nak cerita pasal kerohanian sikit.Saya takde niat nak jadi Ustaz manhupun nak sertai Imam Muda tapi just sebagai reminder sahaja.Kelmarin saya ada berdebat dengan sepupu saya pasal benda ni.Kita manusia ni adalah khalifah kan.Kalau nak ikut apa yang saya belajar dalam Metafizik,setiap khalifah hidup 'Easy & effortless' yang membawa maksud tiada kesusahan.Itu sepatutnya jalan kita sebagai khalifha Allah.Tapi kalau kita tengok sekarang hidup kita dilanda kesusahan.Semuanya tak kena.Kenapa?

Allah selalu bagi kita ujian untuk tengok tahap iman kita.Betul tak?Kebanyakan kita diuji dengan macam2 dugaan.Tapi kita selalu lupa bila kita diberikan nikmat yang sememangnya orang lain tak dapat,kita terus lupa.Baru naik gaji RM500 terus tak nak solat.Dapat rezeki melimpah ruah terus lupa rezeki tu datang dari siapa.Bukan takat tak solat sebut nama Allah pun tak.Kita asyik ingat rezeki tu datang sebab kita berusaha dan lupa kita ni hamba.


Tapi cuba tetiba2 rezeki tu ditarik dan kita ditimpa kesusahan.Baru sibuk2 nak cari sejadah yang dah lama kita simpan kat laci meja bilik.Bila buka2 sejadah habuk semua berterbangan.Bila kita terasa susah baru kita nak tadah tangan dan berdoa pada tuhan.Sebelum ni takde pulak nak berdoa.Ni semua berlaku bila kita susahkan.Tapi ni kira ok jugak lah ada pulak bila tiba2 nikmat yang dia ada kena tarik menyalahkan tuhan.Tuhan tak sayang dialah,tuhan tak adil lah.


Ya memang betul Allah itu maha pemurah dan DIA akan tolong juga.Tapi kita sepatutnya tahu tanggungjawab kita sebagai hambanya.Dan untuk jadi seorang khalifah kita sepatutnya tunduk dengan perintah dia barulah kita akan dapat apa yang dikatakan 'Easy & Effordless'.


p/s :
* Takde niat nak perli sesiapa.Cuma peringatan untuk diri sendiri yang sekali sekala hanyut.
* Tapi mungkin jugak ada orang akan cakap,ramai je orang yang jahat or jahil berjaya.Yang tu kenapa pulak?
* Mungkinkah Paul The Octopus akan menjadi pawang?Tapi sehebat2 dia,tak mungkin dia dapat ramal keputusan Liga Super.hak3...Dia kena hati2 sebab penyokong Argentina tengah ada plan nak bunuh dia...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails