5 TANDA BAHAYA YANG MENUNJUKKAN TEMUDUGA KORANG BERMASALAH

TIPS : 5 TANDA BAHAYA TEMUDUGA KORANG BERMASALAH

Salam semua,saya hari ni mengalami masalah untuk online sebab P1 WIMAX saya mengalami kejutan budaya dan tak boleh online.Tapi jangan takut ye saya takkan terminate P1 WIMAX ni dengan syrat diorang bagi saya Wiggy takpun kalau baik hati bagilah satu laptop yang WIGGY inside tu.hak3...So tadi dengan otak yang sikit slow sebab tahan sakit gigi saya denagn selamba je pergi beli top up untuk Digi Prepaid 3G Turbo saya tanpa terfikir yang benda tu dah expired so tetap tak boleh online.

Dah lama tak share tips blogging.Bukan nak berlagak otai tapi saya just nak share apa yang saya lalui.Sebab yang penting saya tak plagiat entri orang sebab semua tips tu datang melalui pemerhatian saya dan apa yang saya Eyriqazz , dan Melromeo buat research.Keada yang dah tau sila tutup mata dan jangan buat tuduhan melulu.Malang nya hari ni saya nak share pasal interview.Benda ni saya dah lalui banyak kali sebab saya dah 3 kali tukar kerja.Kenapa?Adalah sebab2 dia.



Ni sambungan dari entri macam mana nak dapat kerja.Lepas kita cari kerja tak kiralah online ke,dalam surat khabar ke lepas apply mesti ada yang panggil interview kan.So kali ni saya nak bagitau macam mana korang nak gunakan deria keenam untuk tau samada interview itu berjaya ke tak.Ni bukan ramalan cuma perasaan je.Antara 5 tanda2 interview itu bermasalah ialah :

1) KORANG TAK TAU KAT MANA TEMPAT INTERVIEW TU

Ni adalah faktor utama kenapa korang takkan dapat kerja tu.Yelah kalau korang tak tau tempat interview tu kat mana,macam mana nak pergi interview.Banyak daripada kita buat last minit.Esok nak interview pukul 3,pukul  10 baru nak cari tempat.Bila dah jumpa tempat tu lambat so datang interview pun lambat dan bila interview lambat maka korang akan gelabah jawab soalan interviewer.

2) ANGKAT PHONE OR SMS MASA INTERVIEW

Hm masa interview silalah matikan phone.Tak kiralah korang pakai Blackberry ke IPhone4 ke itu semua takkan mempengaruhi interviewer sebab mungkin phone diorang lagi mahal.Bila korang angkat phone atau berSMS depan dia maka dia akan terasa yang dia tak penting.Bila dia terasa tak penting maka dia pun akan anggap korang lagi tak penting.So bila pergi interview silalah matikan or silentkan phone.Anggaplah yang korang malu nak tunjuk phone sebab korang pakai 3310i walaupun sebenarnya ia Blackberry Curve.

3) INTERVIEWER ANGKAT PHONE MASA INTERVIEW

Ynag ni memang bahay.Kalau korang hadapi situasi macam ni,korang anggaplah kerja tu takkan dapat kat korang sebab dia tak ambil port pun pasal korang.Dia just ada kat situ sebab nak tunjuk yang dia interview orang je.Kalau orang dapatpun kerja tu mungkin ada something wrong dengan company tu.

4) KUTUK PREVIOUS COMPANY

Yang mungkin bukan satu masalah bagi freshies.Yelah belum pernah kerja macam mana nak kutuk kan.Kebanyakan kita blah cari kerja lain mungkin sebab company lama ada masalah ataupun tak sesuai dengan environment company lama.So masa interview sila jangan buka mulut pasal company lama walaupun interviewer tu tuju senapang gajah kat kepala kita.Bila kita cakap pasal buruk orang lain interviewer akan anggap kita ni jenis negatif.

5) INTERVIEW TU TERLALU BANYAK SOALAN DARI INTERACTION

Hm,bab ni agak susah nak terangkan.Tapi kalau dalam interview tu terlalu banyak pertanyaan maka ia akan membazir masa.Bila banyak sangat pertanyaan bermakna interviewer tu tak ikhlas interview korang.Memang lah interview sepatutnya ada pertanyaan tapi kalau tanya soalan yang tak relevant contohnya macam ada bela kucing tak?apa makanan kegemaran awak?siapa artis pujaan awak?korang tak terasa macam pelik ke.So faham2 sendiri dah la ye.


Oklah rasanya cukup kot 5 point tu.Saya just sharing je untuk korang ambil iktibar.Ingat nak buat entri pendek je tapi cecah lantai pulak.So harap2 korang manfaatkan ilmu ni ye.


p/s :
* Dah lama tak buat entri cecah lantai
* Berhati2lah ketika interview ye
* Creadit kepada Bnet sebab article dia dalam English tapi say translate

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails