Showing posts with label Cari Kerja. Show all posts
Showing posts with label Cari Kerja. Show all posts

5 TANDA BAHAYA YANG MENUNJUKKAN TEMUDUGA KORANG BERMASALAH

TIPS : 5 TANDA BAHAYA TEMUDUGA KORANG BERMASALAH

Salam semua,saya hari ni mengalami masalah untuk online sebab P1 WIMAX saya mengalami kejutan budaya dan tak boleh online.Tapi jangan takut ye saya takkan terminate P1 WIMAX ni dengan syrat diorang bagi saya Wiggy takpun kalau baik hati bagilah satu laptop yang WIGGY inside tu.hak3...So tadi dengan otak yang sikit slow sebab tahan sakit gigi saya denagn selamba je pergi beli top up untuk Digi Prepaid 3G Turbo saya tanpa terfikir yang benda tu dah expired so tetap tak boleh online.

Dah lama tak share tips blogging.Bukan nak berlagak otai tapi saya just nak share apa yang saya lalui.Sebab yang penting saya tak plagiat entri orang sebab semua tips tu datang melalui pemerhatian saya dan apa yang saya Eyriqazz , dan Melromeo buat research.Keada yang dah tau sila tutup mata dan jangan buat tuduhan melulu.Malang nya hari ni saya nak share pasal interview.Benda ni saya dah lalui banyak kali sebab saya dah 3 kali tukar kerja.Kenapa?Adalah sebab2 dia.



Ni sambungan dari entri macam mana nak dapat kerja.Lepas kita cari kerja tak kiralah online ke,dalam surat khabar ke lepas apply mesti ada yang panggil interview kan.So kali ni saya nak bagitau macam mana korang nak gunakan deria keenam untuk tau samada interview itu berjaya ke tak.Ni bukan ramalan cuma perasaan je.Antara 5 tanda2 interview itu bermasalah ialah :

1) KORANG TAK TAU KAT MANA TEMPAT INTERVIEW TU

Ni adalah faktor utama kenapa korang takkan dapat kerja tu.Yelah kalau korang tak tau tempat interview tu kat mana,macam mana nak pergi interview.Banyak daripada kita buat last minit.Esok nak interview pukul 3,pukul  10 baru nak cari tempat.Bila dah jumpa tempat tu lambat so datang interview pun lambat dan bila interview lambat maka korang akan gelabah jawab soalan interviewer.

2) ANGKAT PHONE OR SMS MASA INTERVIEW

Hm masa interview silalah matikan phone.Tak kiralah korang pakai Blackberry ke IPhone4 ke itu semua takkan mempengaruhi interviewer sebab mungkin phone diorang lagi mahal.Bila korang angkat phone atau berSMS depan dia maka dia akan terasa yang dia tak penting.Bila dia terasa tak penting maka dia pun akan anggap korang lagi tak penting.So bila pergi interview silalah matikan or silentkan phone.Anggaplah yang korang malu nak tunjuk phone sebab korang pakai 3310i walaupun sebenarnya ia Blackberry Curve.

3) INTERVIEWER ANGKAT PHONE MASA INTERVIEW

Ynag ni memang bahay.Kalau korang hadapi situasi macam ni,korang anggaplah kerja tu takkan dapat kat korang sebab dia tak ambil port pun pasal korang.Dia just ada kat situ sebab nak tunjuk yang dia interview orang je.Kalau orang dapatpun kerja tu mungkin ada something wrong dengan company tu.

4) KUTUK PREVIOUS COMPANY

Yang mungkin bukan satu masalah bagi freshies.Yelah belum pernah kerja macam mana nak kutuk kan.Kebanyakan kita blah cari kerja lain mungkin sebab company lama ada masalah ataupun tak sesuai dengan environment company lama.So masa interview sila jangan buka mulut pasal company lama walaupun interviewer tu tuju senapang gajah kat kepala kita.Bila kita cakap pasal buruk orang lain interviewer akan anggap kita ni jenis negatif.

5) INTERVIEW TU TERLALU BANYAK SOALAN DARI INTERACTION

Hm,bab ni agak susah nak terangkan.Tapi kalau dalam interview tu terlalu banyak pertanyaan maka ia akan membazir masa.Bila banyak sangat pertanyaan bermakna interviewer tu tak ikhlas interview korang.Memang lah interview sepatutnya ada pertanyaan tapi kalau tanya soalan yang tak relevant contohnya macam ada bela kucing tak?apa makanan kegemaran awak?siapa artis pujaan awak?korang tak terasa macam pelik ke.So faham2 sendiri dah la ye.


Oklah rasanya cukup kot 5 point tu.Saya just sharing je untuk korang ambil iktibar.Ingat nak buat entri pendek je tapi cecah lantai pulak.So harap2 korang manfaatkan ilmu ni ye.


p/s :
* Dah lama tak buat entri cecah lantai
* Berhati2lah ketika interview ye
* Creadit kepada Bnet sebab article dia dalam English tapi say translate

MACAM MANA NAK CARI KERJA


TIPS : MACAM MANA NAK CARI KERJA



Selamat tengahari semua.Dah lunch dah?Bean Moreno macam biasa memang lunch lambat ataupun tak lunch langsung.Malas pulak nak makan.Petang ni gaji barulah boleh bawak aiensepet makan best2.Itupun kalau dia balik awal sebab hari ni die pergi Port Dickson sebab tempat kerja dia buat outing.Tadi saya pulak dapat task baru untuk pergi outstation ke PD dan Melaka.

Oklah saja je bukak topik ni sebab takde idea sebenarnya dan disamping tu nak share macam mana or channel mana yang best untuk kita gunakan supaya senang dapat kerja.Simple je banyak medium yang kita boleh gunakan untuk cari kerja.Antaranya :

* Kawan-kawan
* Surat khabar (sila jangan tengok segment 'condolences' ye)
* Internet

Hari ni saya tak nak share cara yang pertama & kedua sebab bagi saya kedua2nya harapan memang tipis.Yelah kalau kita just mengharap pada kawan2 memang payah sebab utama dia bukan itu company dia & diapun bekerja kat situ.So kadang2 kita pergi interview (open interview) peluang 50/50 itupun susah nak cakap.Lagi satu tengok surat khabar.Yang ni poun bagi saya agak mengarut sebab jawatan yang ditawarkan banyak yang lawak2 macam Kelindan Lori,Pengawal Istana (yang ni tipu), Pegawai Keselamatan dan macam2 lagi.Bayangkan kita belajar penat2 tetiba je jawatan tu pulak yang kita nak apply.So tak praktikal.

Ok bagi saya,gunakan internet lebih mudah,FREE dan tepat.Sekarang kat Malaysia ada banyak 'portal' untuk kita cari kerja macam Jobstreet,Jenjobs, Monster, dan macam2 lah.Ketiga2 contoh kat atas tu memang antara 'portal' yang memang top dan digunakan oleh ramai pencari kerja terutama sekali budak2 'fresh graduate'.Kalau korang tanya saya,'portal' mana yang bagus saya akan cakap Jobstreet sebab dia established tapi kalau korang tanya portal mana yang memudahkan korang untuk dapat kerja saya akan suggest Jenjobs.

Korang mesti pelik kenapa saya cakap Jenjobs kan padahal Jobstreet lagi terkenal macam tu jugak Monster siap bagi hadiah lagi.Sebenarnya kita kena fikir untuk dapatkan sesuatu kerja tu kita kena lalui 'interview'.Betul ke tak?Bila kita pergi 'interview' mesti kita berharap kita dapat kerja tu kan.Tak tau lah kalau korang memang jenis nak pergi 'interview' saje2 je.Bila kita guna Jobstreet maka kita akan bersaing dengan beratus orang.Sekali kita apply jawatan tu sure dah ada beratus orang.So bila pergi interview memanglah kita akan down sebab yang pergi interview 200 orang tapi jawatan 3 (dah macam government).Tapi Jenjobs tak ramai orang guna sebab semua tertumpu kat Jobstreet.Ini bermakna peluang tu tinggi.

Sebab kedua ialah kemudahan yang disediakan.Jobstreet jarang hantar reminder & jawatan yang ditawarkan tak semestinya ikut apa yang kita nak.Tapi berlainan dengan jenjobs sebab jenjobs akan hantar notifikasi samada kita nak ke tak nak kerja tu melalui telefon bimbit.Kalau kita nak just taip YES then hantar semula kat diorang.Siap 'motivation' lagi.Yang lagi best bila dapat 'interview' diorang akan call dan confirmkan.Nak lagi best!Diorang akan hantar peta untuk senangkan kita pergi 'interview'.Amacam best tak?

Apa lagi kalau korang nak kerjatry la guna Jenjobs sebab mudah dan berkesan.Oklah nak sambung balik kerja.Hope info ni berguna untuk korang yang mana memang mencari kerja ataupun yang asyik kasi alasan susah nak dapat kerja lepas belajar.Korang boleh pilih nak kerja kat syarikat besar or kecil terpulang pada selera masing2.

p/s :

* Saya dah guna Jenjob dan berjaya dapat kerja
* Sekarang ni takde alasan untuk kita tanam anggur sebab banyak cara untuk kita gunakan.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails