BILA WALIBAND DAH POPULAR

SANTAI SABTU : BILA WALI BAND DAH POPULAR

Salam semua dan selamat hari Sabtu.Seperti Sabtu2 yang lepas Bean Moreno akan bagi entri ringan2 je hari Sabtu memandangkan sesetengah dari kita bangun lambat hari ni.Biasa dalam Santai Sabtu saya akan tulis pasal lagu2 or video clip yang saya rasa best sepanjang minggu.Setelah saya blogwalking ke satu blog yang memang popular ni siapa lagi kalau bukan Zaid yang dah tukar template tuh.Maka sayapun terjumpa sesuatu yang best untuk dikongsi.Itulah yang dinamakan kuasa blogwalking.Tapi korang takkan dapat rasa kuasa blogwalking ni kalau setakat niat masuk blog orang hanya untuk traffik dan tak baca entri.

Sekarang ni korang rasa band mana yang ngetop kat Indonesia?Adakah Nidji,Dewa19 ataupun The Rock!Owh semua salah beb,sekarang yang paling top kat Indonesia ialah Peter Porn.Kenapa top,sebab dia boleh menyanyi dan berlakon.hak3...Tapi bagi saya Wali band tetap best walaupun lagu2 dia banyak yang macam bodoh2 je kan tapi as long as lagu tu jadi siulan dan boleh buat orang gembira itu adalah satu kejayaan sebenarnya walaupun tak dapat platinum.Disebabkan saya membandingkan band2 ni dengan band Malaysia saya telah dikritik.Itu no hal biasalah tu jadi penulis takkan dapat puaskan hati semua.



Kalau korang nak tau Wali Band sekarang diminati oleh seluruh dunia.Kenapa saya cakap macam tu?Sekarang ada satu mamat nama dia Fabrizio Faniello yang mungkin berasal dari Italy memandangkan nama dia ada bau2 pizza sikit.Dia dah translate lagu Wali Band dalam bahasa English.Orang Italypun layan lagu indon jugak eyh baru saya tau.Fabrizio ni dah translate lagu Cari Jodoh kepada No I Can Do.Pernah dengar?Kalau tak pernah saya kasi korang dengar :






Fabrizio Faniello - No I Can Do -> Download Here

Amacam syok tak?hak3...Ini bermakna tak kisahlah walaupun korang tulis lagu dalam bahasa 'banjar'pun as long as lagu tu best dan boleh buat orang happy orang akan nak copyright.So tahniah kepada Wali Band sebab berjaya buat semua orang terhibur termasuk orang Italy.

p/s :
* Mungkin Fabrizio Faniello ni kecewa tahap gaban Italy kalah tu yang buat lagu ni
* Tetiba dapat idea nak buat tuikar lagu Katie Perry - Carlifornai girl jadi Gadis PD
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails