BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK

CULTURE :BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK


Salam dan selamat tengahari semua.Saya macam malas nak makan la pulak bukan sebab nak diet tapis sebab malas nak berjalan dan takde selera.Hm,Laptop Acer Aspire 1810TZ tu still ada so sesiapa yang berminat boleh contact saya.Tuan dia dah bersetuju untuk kurangkan harga setelah saya mengacukan senapang gajah ke mukanya.hak3...SO harga baru ialah RM1700.

Oklah hari ni malas nak tulis tips sebab saya malas nak berfikir.So saya nak tanya pendapat korang.Apa yang korang fikir bila seseorang tu bercakap atau bertutur bahasa inggeris?Sebenarnya mempelajari bahasa Inggeris itu bagus tak salah sebab kita boleh communicate dengan bangsa lain dengan mudah.Sebagai contoh kalau kita pergi Thailand mungkin ada sesetangah orang yang faham bahasa Malaysia tapi  lagi setengah tak faham so dengan bahasa inggeris kita boleh communicate dengan diorang.Kalau tak kita mintak baju perempuan pink dia bawak kita pi 'Pink Lady'.

Tapi yang menjadi masalahnya ialah bila seseorang tu asyik nak bertutur dalam bahasa Inggeris padahal hari2 makan belacan dengan ikan kering.Lepak dengan kawan2 sama bangsapun nak bertutur macam mat saleh bukan takat tu je siap 'slang' beb.Memang tak boleh blah.Seolah2 diorang bertutur dalam bahasa Inggeris nak menunjuk kat orang lain yang diorang ni hebat dan konon nya banyak duitlah.Kadang2 cakap bersepah tapi nak jugak menunjuk yang diorang tu hebat 'speaking'.Owh what the cikhel...Come on la guys...

Saya bukan apa,saja saya bangkitkan benda ni sebab ada Melayu yang tak sedar diri bahawa dia tu Melayu.Asyik2 nak 'speaking' je macam sekarang diorang ni duduk kat Hollywood dan berkawan dengan Paris Hilton.Sebab apa saya jadi pelik,cuba korang bayangkan kalau korang pergi ke Jepun.Cubalah cakap bahasa Inggeris memang takkan diorang layan punya.Cuba korang pergi Russia belajar semua buku dalam bahasa Russia dan adalah wajib untuk kita belajar bahasa Russia.Tapi kat Malaysia kita sibuk nak poyo bertutur dalam bahasa Inggeris tak kira masa.Kadang2 dalam tandas pun nak 'speaking'.Abis kalau kita tak bertutur dalam bahasa kita sendiri korang rasa puak2 Paris Hilton nak ke bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Kesimpulannya kat sini silalah sedar diri dan jangan nak agung2kan sangat bahasa orang lain.Belajar dan praktis takdehal cuma tak payahlah bila melepakpun kita nak speaking london sampai terbelit lidah.Tu seolah2 kita macam nak bangga kita ni orang putih.Sedar lah yang kita ni orang coklat je.Kalau betul2 nak bertutur dalam bahasa Inggeris setiap masa pergi pindah luar negara.Sini Malaysia so tak payah poyo nak jadi David Becham ye.

p/s :
* Kadang2 ada jugak yang gunakan bahasa Inggeris ni untuk mengorat awek seolah2 nanti bila akad nikah tok kadi bacakan akad dalam bahasa Inggeris.Ces!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails