SAKIT GIGI RASA DIA MACAM PERIOD PAIN KE?

PERSONAL : SAKIT GIGI RASA DIA MACAM PERIOD PAIN KE?

Salam guys,selamat malam.Sekejap je kita dah nak masuk hari Sabtu.Sekarang masa dah tak tunggu kita dah tau2 je bila kita bangun esok dah naik umur.Hari ni misi saya adalah untuk mencari klinik gigi.Semalam saya ada cerita yang saya sakit gigi kan.So hari ni terasa memang tak tahan dah dan decide nak pergi klinik gigi.



Adakah korang dapat merasakan kesakitan yang saya alami lepas tengok gambar ni?Memang sakit beb!Saya lebih rela pergi street fight dari sakit gigi.Memang bila sakit gigi mood tak menentu beb.Rasa macam nak marah je tapi ku tahan jebat.Jadi bila dah terlalu sakit maka kamipun ke sini :




Ooops silap masuk gambar pulak.Tulah bila sakit gigi otakpun jadi tak sempurna sekejap.Tempat sebenarnya adalah sini :




Jauh perjalanan luas pemandangan.Dari Kota Damansara kami pergi ke Kelana Jaya hanya untuk pergi check gigi sebab kat sini murah sikit.Tapi korang dapat bayangkan tak perasaan si pesakit ni.Sampai2 je kat tempat periksa nurse tu dengan selamba je cakap :


Nurse : Sapa yang nak check adik?
Bean : Saya lah kak siapa lagi.
Nurse : Hari ni untuk budak umur 17 ke bawah dik.kalau nak datang buat  
           appointment untuk hari Isnin.


Pergh berbulu beb.Dahlah tengah dalam kesakitan boleh suruh pulak tunggu hari Isnin dia ingat sakit datang akan buat appointment dulu dengan saya agaknya.So dengan hati yang kecewa kami keluar dengan hajat cari klinik lain.Tak kisahlah mahalpun janji boleh hilang sakit.Jadi saya decide nak pergi lepas hantar aiensepet pergi interview dan secara automatiknya bila saya cakap nak pergi klinik sakit tu hilang.


Tiba2 lepas hantar aiensepet pergi interview sakit datang lagi.Pergh rasa macam nak cari tukul then pecahkan gigi geraham ni.Satu Kota Damansara kitorang psuing semua klinik gigi tutup pukul 6.Habis kesimpulannya kami pergi Klinik Nadia dan beli ni :


pain killer

Kenapa saya terasa sakit gigi sama macam period pain :

1) Bila sakit gigi mesti emosi terganggu.Rasa macam nak marah2.Kan sama bila gurl tu period maka dia asyik nak marah2 (cakap macam pernah period je)

2) Saya ingat bila mintak ubat dia bagi ubat sakit gigi last2 beli pain killer.Saya dengar kalau periodpun ada sesetengah gurl akan ambil pain killer

Jadi dengan rumusan saya di atas dapat tak saya kaitkan sakit gigi dan period pain boleh menyebabkan benda yang sama dan juga memerlukan sesuatu yang sama untuk hilangkan kesakitan.

p/s :
* Entri ni saje2 dibuat untuk hilangkan bosan dan sakit takde niat nak perli sape2 ataupun mulakan gender war ye
* Sape ada petua untuk kurangkan sakit gigi sebab appointment hari Isnin





Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails