MAINTAIN TRAFFIK

TIPS : MAINTAIN TRAFFIK

Salam dan selamat malam.Sorry hari ni satu hari saya tak update sebab saya baru balik dari Melaka melawat outlet & bagi briefing pasal system baru.Pergh rasanya dah lama saya tak singgah Melaka tadi tersentuh sikit sebab pergi tempat yang sememangnya port dak2 Terendak main game sebelum naik bas.Yang tak bestnya tempat tu dah berubah.Takde lagi kedai cermin mata dan tiada lagi tempat main game Marvel Superheroes.Totally dah jadi The Store.

Saya dapat banyak pertanyaan tentang macam mana nak cari traffik & nak maintain.Untuk pengetahuan korang salah satu sebab untuk korang dapat buffered earning ialah traffik dan maintain kan traffik.Nak tau cara2 Bean Moreno  dapat buffered korang boleh godeh2 tab atas tuh.Tapi dalam tips tu saya terlupa nak tambah.Ni adalah satu benda yang saya kaji sendiri guna blog ni.Nuffnang akan bagi buffered ikut keyword dan traffik blog itu.Tapi korang kena maintain lah.Jangan hari ni korang dapat 500 unique esok 25 unique then naik turun.Tak kisahlah kalau korang boleh dapat sehari 60 pun tapi kalau korang maintain traffik tu korang tetap akan dapat buffered cuma impression yang Nuffnang bagi tak banyak lah.

Jom saya nak share macam mana nak maintain traffik blog.Bagi yang dah tau anggaplah saya ni baru belajar dan nak share dengan orang2 yang lebih baru dari saya.

1) CONTENT BLOG

Content ni adalah penting di mana ia jugak boleh drive traffik ke blog korang.Sebenarnya dengan hanya taip benda yang orang nak tau walaupun sebaris dalam entri korang ia juga menjadi satu faktor traffik itu wujud dan menjalar ikut SERP.Kalau content korang kuat pasal topik yang tengah hot contohnya Worldcup maka lebih banyaklah traffik yang tertuju ke blog korang.Tak percaya trylah buat.

2) MASUK & TENGOK HOT SEARCH

Ni ada kaitan dengan content jugak.Benda simple je.Apa yang perlu korang buat just survey hot topic kat Google Trend ataupun Yahoo! bahagian atas kanan.Memanglah semua dan kebanyakan hot seach tu pasal benda kat luar negara.Korang jangan la pulak copy paste je.Maksud saya gunakan keyword tu untuk relate kan dengan entri yang korang nak publish.Maka tak mustahil ada traffik yang akan masuk.

3) SUBMIT SITE KAT GOOGLE

Yang ni simple je.Korang pergi ke Google Webmaster then submit site.Bila korang dah submit site maka senang sikit ulat gonggok google nak trace blog korang.Lepas korang dah subkit site google akan bagi satu code untuk korang verify blog korang.Dengan coding tu ulat gonggok Google akan merayap dan masuk ke blog korang.Bila dia dah merayap ada peluang blog korang tersenarai dalam google search.

4) PING BLOG/ ENTRY

Yang ni pun satu daripada faktor yang mana korang boleh dapat traffik walupun tak banyak.Macam2 tempat yang korang boleh ping entry korang.Yang paling hot sekarang ialah Gengblogger dan blogged.my.Yang ni memang untuk korang ping entri korang terbaru.Jangan takut mesti ada punya traffik yang masuk.Saya pulak tak tumpu pada dua ni je.Saya ada juga ping kat Innit dan Totalping.Totalping merupakan cara untuk korang ping blog ke macam2 directori dan serach engine selain google.

5) BLOGWALKING

Yang ni saya rasa semua orang buat rasanya.Simple je masuk blog orang then tinggalkan lah jejak.Makin banyak kita tinggal jejak makin banyak traffik.Korang jangan takut sebab bukan takat tuan blog je yang akan masuk blog korang tapi orang yang blogwalk ke blog tersebut pun akan masuk kalau diorang tau teknik blogalking.Ramai yang blogwalk tapi main bo je.Tak tengok tarikh.So untuk dapat kesan efektif sila tengok tarikh last chatbox tersebut.

6) UPDATE DENGAN KONSISTEN

Yang ni pun penting.Update biar konsisten.Korang kena fikir kebanyakan orang yang masuk blog nak membaca dan ada kemungkinan blogger yang blogwalkpun nak cari idea untuk menulis.Dengan update secara konsisten maka korang akan bagitau diorang (walaupun tak bercakap) yang korang aktif.Dulu saya suka update 3 kali sehari.Tapi selepas kesibukan di tempat kerja saya just update sehari sekali at least.Kenapa perlu update?Satu untuk visitor baca dan satu lagi untuk tambahkan keyword dalam blog korang.

7) JOIN CONTEST

Korang rajin tak join kontes?Untuk pengetahuan korang join kontes pun boleh drive traffik ke blog korang dan dapat tolong orang yang buat kontes tu dapat traffik.Kiranya 'What You Give You Get Back' lah.Lagi2 kalau korang masuk kontes Nuffnang.Walaupun tak menang tapi orang akan usha entri korang untuk jadikan contoh.Bukan susah nak dapat traffik dari Nuffnang.Tak percaya korang try lah masuk apa2 kontest.Tengok ada tak link dari blog tu.

Sebenarnya banyak lagi tapi saya tak boleh nak reveal sekarang sebab masa terhad.Korang pun tau saya ni dah kahwin so ada tanggungjawab yang lebih penting.Harap2 korang manfaatkan ilmu ni sebab takde dijual kat kedai buku popular.

p/s :
* Bagi sikit2 je korang cuba dulu
* Badan masih penat dan mata masih layu
* Traffik saya tak hebatpun cuma saya maintain

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails