Showing posts with label World Cup. Show all posts
Showing posts with label World Cup. Show all posts

WORLDCUP 2010 : SPAIN AKHIRNYA MENANG & LAGU LAWAK

Hye selamat pagi guys.Amacam sihat?Saya cam biasalah lepas solat subuh tak tidur dan terus menaip untuk korang.Saya masih tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ces apahal ntah!Bikin hati panas je.Sejak kebelakangan ni banyak je pertanyaan formspring masuk.Sorrylah 'tak dapek den nak nolong ' sebab Bean Moreno memang sibuk.So nak sebarkan dakyah blogging ni agak sukar sebab kena tangkap penjahat.Nanti bila saya dah sampai KL saya akan reply ye.


Akhirnya Spain berjaya membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat selepas menang dengan Honduras 2-0.Saya tak dapat nak bagi support sebab mata dah terlalu kuyu.Spain akan jadi kuat kalau first eleven Bosque letak David Villa dengan Fernando Torres kat depan.Dalam Game ni meraka bergandingan di depan dan menghasilkan 2 gol dan kedua2nya datang dari Villa (ingat lagi tak Euro 2008).Walaupun Villa bikin hal sebab tak score untuk penalti tapi oklah janji menang.
Dengan kemenangan ni bermakna peluang Spain semakin cerah dengan Syarat Spain kena menang dengan Chile.Kalau ikutkan kekuatan memang Spain boleh buat cuma diorang tak boleh jadikan Jabulani sebagai alasan.Jangan jadi macam England yang penuh dengan star tapi bagi alasan player injured dan bola Jabulani tu terlalu ringan.Sebagai star itu bukan alasan ok.Kan tak pasal2 kena ejek dengan supporter sendiri.Padan Muka!

Oklah untuk mendatangkan keceriaan kat muka korang yang sememangnya malas pagi2 ni jom kita layan video clip tenda biru tapi bukan dari penyanyi asal dia.Dia kira lagu yang paling femes or video klip yang memang kitorang suka tengok masa kat poli dulu.Agak2 tension nak study je mesti kitorang buka lagu ni nak tarik mood.So bagi yang dah layan jangan la pulak korang cakap Bean Moreno ni ketinggalan zaman ye seba lagu ni pun memang dah lama :




 





 

p/s:

*1* Saya ada banyak gambar2 pelancongan saya jelajah Perak.Nanti saya update kat Bean Moreno ye.
*2* Semalam saya buat kerja gila pergi tangkap gambar kat Istana Sultan Perak malam2 buta.Ntah apa la jadi kat gambar tu.
*3* Selamat Hari jadi kepada Alisya iaitu anak Eyriqazz pada hari ini.
*4* Gambar credit to Providingnews.

ENTRI SANTAI HARI SABTU : LADY GAGA MEMANG PELIK & KONTROVERSI

Selamat tengahari,wah sangat penat sebab tadi banyak kerja.Apa!Sabtu pun kene kerja?Yelah nak dapat pekerja Q pulak kan.Sekejeap je dah dua minggu saya kerja kat tempat baru.Tak rasa langsung mungkin sebab banyak kerja ataupun best kerja kat situ.hoho (marah boss lama gua...).Piala Dunia kali ni memang menghidangkan kita dengan keputusan yang pelik2.Team kuat2pun kalau tak seri kalah.Takpun first game belasah team tu cukup2 second game kalah!




Biasalah hari Sabtu hari santai2 dan saya memang malas nak update berat2.Biasa hari Sabtu saya memang akan tulis pasal artis or muzik (sorry takde niat nak lawan Beautifulnara ye).Sebelum tu saya nak tanya,korang pernah tak dengar lagu Lady Gaga - Alejandro.Rasanya ni kira lagu baru lah jugak sebab saya terdengar lagu ni minggu lepas.Itupun awal pagi masa si Nadia FlyFM buat suara pelik dia kat radio.Dari 'last week' sampai ke hari ni saya still tak faham apa maksud lagu ni.

Nak tau kenapa saya cakap pelik.Sebab Lady Gaga Lirik dia memang agak mengelirukan dan macam2 perkataan yang kalau kita salah sebut boleh buat kita terpesong.Tak taulah mungkin sebab dia ni salah sorang penyebar Freemason (ni orang cakaplah saya dengar2 je).Bahaya beb!Sebelum ni pun banyak kontroversi pasal minah ni masa lagu Bad Romance tengah meletup.Disebabkan video clip Alejandro ni Lady Gaga kena kritik dengan Katy Perry (yang ni memang saya minat).Katy Perry 'sound' Lady Gaga kalau nak 'famous' janganlah disebabkan kontroversi video klip biar muzik yang tentukan ke'famous'an artis tu.

Sampai sekarang saya layan video Aljandro tapi saya tak nampak apa2 pun lagi.Apa yang kontroversinya pun saya tak tau.Kalau nak ikutkan kan kontroversi lagu 'I kissed the girl' lagi kontroversi rasanya.Tapi kalau korang nak tengok layanlah video clip Lady Gaga - Alejandro :






Amacam nampak tak apa2 yang boleh jadi kontroversi.Tapi lagi kontroversi kalau ada artis yang mengamuk tak tentu pasal cakap orang nak rampas boyfriend dia padahal dia pun rampas husband orang kan.oooops...So kalau korang ada nampak something suspicious kat video clip ni silalah kongsi eyh.Kalau korang nak download lagu ni pun boleh :

ALEJANDRO - LADY GAGA -> DOWNLOAD HERE

p/s :
*1* Korang dah join ke belum contest Ipad tu.Cepat2 masa dah time ni.Jom Register.Siapa nak bagi Ipad Free kan.
*2* Nak pegi cari goreng pisanlah petang ni.
*3* Tengah nak amik tau pasal Freemasonary sebab takut ada benda yang kita tak sedar

IKLAN WORLD CUP YANG BEST - PEPSI COMMERCIAL FOR WORLD CUP


Hye selamat tengahari,baru bangun ni.Mengantuk tahap gaban.Saya agak rasa tak best sebab dari semalam setting domain untuk Cikhel still tak boleh redirect.Mungkin ada something dengan setting DNS NetKl kot yang saya tak tau sebab saya tak guna NetKL saya guna Godaddy.Amacam international tak domain saya.Setakat ni saya puas hati dengan service Godaddy.Ramai yang tanya saya kenapa tak nak export gi wordpress then guna self hosting. Jawapannya MALAS!hak3...

Saya tengah atur gambar2 Digi Breakfree Party untuk buat post.So tunggu jelah ye sebab saya tengok dah ramai orang post pasal event tu.Yelah nak menang Blackberry kan.Siapa yang tak nak.Tapi kali ni saya nak guna photoshop tu yang ambil masa sikit.Takpe usaha kena keras baru boleh dapat habuan.Hari tu saya buat post kalah so kali ni kene tingkatkan kawalan keselamatan supaya boleh menang.hoho...

Hari tu masa tengok Prince of Persia saya ada teruja tengok dua benda.Satu ialah kecantikan Princess Tamina dan yang kedua satu iklan kreatif dari Pepsi.Bagi saya iklan Pepsi tu memang best bukan sebab apa sebab jalan cerita dia memang menarik.Korang mesti pernah tengok tapi saya tetap nak tunjuk jugak.






Apa yang best dalam ni ada Akon beb sebab lagu ni memang lagu Akon tajuk dia Oh Africa.Dan dalam iklan ni juga ada 5 top Worldclass player iaitu Lampard ,KakaArshavinHenry dan Drogba (saya benci dia sebab dia pelakon hebat).Tapi yang musykilnya mana Torres.Bukan dia salah sorang star Pepsi ke?Ini tidak adil!

Saya ada lagi satu iklan Worldcup 2010 yang best & menarik.Nantilah saya reveal.Apa iklan Worldcup 2010 yang korang tau & best jom kongsi2.

p/s :
- Wah bestnya cuti seminggu,boleh rileks macam boss walupun kene jadi driver.hahaha
- Dengar cerita bola rasmi untuk Worldcup 2010 Adidas Jabulani dah ada kontroversi...






BLOGGING AKAN JADI BEST JIKA NIAT BETUL



Selamat malam,baru balik dari KL badan terasa penat tapi masih nak "up"kan entri.Memang tadi pergi kerja dengan keadaan diri yang tak ikhlas langsung sebab sekejap dia cakap lain pastu boleh plak berubah sekelip mata.Dah macam magik pulak.Letih lah saya nak ikut rentak macam tuh.Memanglah saya kuli tapi saya juga punya perasaan.

Oklah walaupun takde mood untuk bekerja saya tetap gembira dengan kehidupan saya hari ni.Tetiba plak saya mendapat mood untuk blogging semula.walaupun hari ni just sempat update blog pada malam hari.So hari ni saya nak promote satu kempen Youthsays.Kempen tu bersempena World cup yang bakal berlangsung pada Hari jadi saya iaitu bulan Jun nanti.Kempen ni dianjurkan oleh New Straits Times.Dan kempen ni naka ajak korang join contestlah apa lagi.So kalau sapa2 yang berminat nak join kontest World Cup ni boleh la klik link ok.Menang dapat tiket pergi tengok match dan korang akan dapat tengok Sepanyol menang dengan bergaya.Ni poster dia :






Lupa plak.Tadi masa saya tengah siap2 nak balik dari kerja saya dapat satu panggilan dari Nuffnang.Semalam pun dapat tapi pasal Slurpee dan nantilah saya tag team ngan Kak Tash utnuk buat Video tuh.Harap2 menang.Tadi Mandy (rasanyalah) ada kol inform saya pasal satu benda yang best & benda ni saya anggap hadiah kepada saya untuk menaikkan semangat saya supaya menulis lagi.Saya rasa inilah satu benda yang membuatkan penulisan saya dihargai.Pergh rasa tak sabar plak nak pergi Gatsby.So kalau korang nak tau apa benda tuh tunggu masa n lepas Gatsby.Doakan saya berjaya ye kawan2.


p/s :
- Macam yang saya pernah cakap kat entri sebelum2 ni.Nak blogging jangan fikir duit sangat sebab itu pengalaman sebelum ni.Bila kita nak sangat duit maka kita takkan rasa dan nampak benda tuh.Tapi bila kita rileks kita akan nampak jalan dia
- So blogging akan jadi best kalau kita pasang niat yang betul

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails