Showing posts with label Spain. Show all posts
Showing posts with label Spain. Show all posts

KEPUTUSAN FINAL WORLDCUP 2010 - SPAIN VS HOLLAND

WORLDCUP 2010 : KEPUTUSAN FINAL WORLDCUP 2010

Bean Moreno masih berjaga walaupun dah tau esok hari Isnin email akan banyak di dalam inbox.Tapi nak buat macam mana 4 tahun seklai je bukan tiap2 hari.Korang mesti tengok final worldcup kan.Match antara Spain & Holland.Korang rasa siapa yang menang Final Worldcup 2010.Dah tentulah Spain.Berapa score ?1-0.Dan siapa yang score gol untuk Spain.Macam biasalah dah tentu Iniesta.


Ringkasan perlawanan :


First half Spain banyak menyerang.Villa dapat banyak peluang tapi defend Holland macam bagus je main malam ni.Pedro pulak tak habis2 nak tunjuk yang dia boleh jaringkan gol so dia ibaratkan padang dia je yang main untuk Spain.Walau macam manapun kedua2 team bermain dengan corak permianan menyerang.So perlawanan agak seimbang.First half je dah ada 4 yellow card.Macam biasalah match besar2 memang akan mengundang banyak card.


Second half permainan menjadi lebih best sebab Holland tambah serangan.Kad kuningpun bertambah dan akhirnya satu kad merah dilayangkan kepada pemain Holland.Spain pun banyak peluang dan David Villa tak dapat nak score.Dan akhirnya Gol kemenangan dijaringkan oleh Inniesta pada minit ke 113 dalam masa tambahan.


Aksi Bean Moreno :


pada awalnya sungguh cool sebab tiada percubaan.sila abaikan tag yang belum dicabut

berdebar bila nampak bola ada pada player Holland


kecewa bila David Villa terlepas banyak peluang


So keputusan akhir:


SPAIN 1 - 0 HOLLAND

BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN

WORLDCUP 2010 : BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN FINAL

Selamat malam.Bean Moreno masih berjaga macam burung hantu semata2 nak tgk match Final Worldcup 2010 walaupun keadaan hidung dah macam Vuvuzella sebab selsema.Dah banyak tisu yang saya habiskan sebab asyik berair je.Apa itu vuvuzella korang boleh google dan tengok sendiri rupa dia.Siapa yang main Final Worldcup?Aduh takkan tak tau dah tentulah Spain dengan Holland.Dua2 negara yang pernah menjajah Malaya satu ketika dulu.hak3...

Untuk Final ni saya dah bersiap sedia dengan sesuatu.Owh memang sesuai sangat sebab saya beli jersey Spain untuk dipakai pada malam n.Walapun cuma duduk seorang diri di hadapan LCD 29" Toshiba.Gaya dah macam tengok kat I City dah kan.Tak percaya...

Mata dah macam Panda dah

Macho bersama jersey & seluar Hawaii.Kalau tengok ada macam David Villa tak?

Sebenarnya kalau nak diikutkan saya merupakan salah seorang pemain yang bakal bermain malam ni.Tapi masa selection saya terkena serangan resdung dan tersalah pakai seluar so saya dihantar pulang oelh Del Bosque untuk berehat kerana dikuatiri kalau saya bermain bunyi hembusan hidung boleh mengalahkan bunyi vuvuzella berehat.


Kalau tengok dari atas mungkin bergaya

Disebabkan inilah saya terlepas peluang bermain di Worldcup 2010

Perlawanan akan bermula pada pukul 2.30 am.Tapi macam biasa kedai2 mamak telah di'booked' sebelum pukul sepuluh siap ada yang dah call tokey suruh letak nama diorang kat table pada pukul 6.00 pm.So macam biasalah sebelum match saya nak buat prediction sikit.Sebenarnya dah malu sebab prediction lepas salah (biasalah mana boleh accurate).Paul The Octopus pun tau negara je.Cuba tanya dia berapa gol.Mesti pengsan punya dia.


Kalau ditanya saya siapa yang akan menang Worldcup 2010.Dah tentu saya cakap Spain sebab tengoklah jersey apa saya beli.Lainlah penyokong kelab yang dah kecundang.Ramalan saya macam ni.Kalau Holland guna taktik 4-5-1 dan Spain guna 4-4-2 maka ada kemungkinan yang Spain akan menang sebab serangan Holland akan tumpul dan akan mengharap pada Sneijer & Robben sahaja.Tapi kalau Spain buat counter attack maka serangan berganda akan berlaku sebab macam yang kita tau midfielder Spain memang antara yang terhebat di dunia.Tapi bila saya tengok line up yang Pedro first eleven maka was2 menjelma.Harap2 Pedro tak bikin hal malam ni.


Jadi saya rasa kalau Spain menang mungkin 2-0.Itu ramalan je ye jangan percaya sangat sebab saya bukan Paul The Octopus mahupun Mani the Nuri.Harap2 Pedro tak buat aksi bolot dan akan teringat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan.Oklah nak layan tongkat ali jap kalau tak memang tertido.


p/s :
* Harap2 esok tiupan vuvuzella dari hidung akan stop sebab susah nanti nak fokus kerja
* Jangan percaya ramalan binatang sebab diorang bukan tau apa2 pasal bola dan nama playerpun diorang tak tau.

KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY


WORLDCUP 2010 : KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY

Pergh dah lama tak kiamullail untuk benda2 'lagha' ni.Hari ni Bean Moreno dengan semangat yang jitu tahan tidur untuk layan bola.Macam yang kita tau lah kan Match ni oenting untuk tentukan siapa yang akan pergi ke Final Worldcup untuk lawan dengan Netherland.Netherland awal2 dah tempah tiket ke final semlam sebab berkaya kalahkan Uruguay 3-2.

Pasal match Spain vs Germany pagi ni.'First half' memang agak bosan atau boleh kita cakap biasa2 je.Takde percubaan yang boleh buat kita sakit jantung.David Villa macam dikawal rapi oleh defend Germany dan memang tak boleh nak buat apa.Masuk je second half Spain dah bikin penyokong Germany sakit jantung dengan percubaan jarak jauh dan rembatan selaju meteor oleh Xabi Alonso.Akhirnya minit ke 75 Carles Puyol berjaya melakukan tandukan cantik mengegar gawang.


Fernando Torres dan David Silva hanya dimasukkan pada masa akhir.Mungkin nak save untuk ke final kot.Kalau nak ikutkan Spain pegang game sebab diorang lebih banyak control game.Jadi keputusan akhir perlawanan ialah Spain mara ke final setelah mengalahkan Germany.


Spain 1 - 0 Germany

RAMALAN PERLAWANAN ANTARA GERMANY VS SPAIN

WORLDCUP : PREDICTION PERLAWANAN GERMANY VS SPAIN

Artwork by Bean Moreno

Hye selamat mala ye.Saya tau ramai yang tak tidur lagi sebab nak layan semi world cup malam ni.So saya dengan berani dan sombong nya buat post di kala bulan mengambang sebab sayapun tengah tunggu match tu.Takdelah saje buat entri 'lagha' ni sementara tunggu match sebab tak nak tertidur.

Kalau korang nak tau malam ni semua bookie target Germany menang 2-0.Tapi kalau korang main judi bola tolong jangan ikut bookie sebab itu taktik diorang nak sedut duit korang.Korang kena sokong team sebaliknya (macam ada pengalaman je).Saya sebenarnya penyokong Spain so saya dengan angkuhnya akan cakap Spain akan menang malam ni.Ni bukan nak ikut ramalan sotong yang bernama Paul.Tapi memang hakikatnya Spain akan menang.Dua2 gol dijaringkan oleh David Villa dan hasil assist Torres (macam Euro 2008).

Lagi satu saya dah tau rahsia kemenangan Germany di perlawanan2 lepas.Sebelum2 ni korang tengok Germany boleh menang besar dengan team2 kuat kan.Itu adalah sebab coach dia menggunakan jampi yang memang berkesan.Tapi malam ni harap2 dia terlupa nak jampi & makan bijih timah.

Oklah masa untuk berehat dan layan Titanic.Harap2 ramalan saya tepat malam ni sebab sebelum saya ramal AF8 semuanya tak kena.hak3...


p/s :


* Korang rasa siapa menang dan berapa jaringan dia?
* Harap2 tak tertidur...

WORLDCUP 2010 : SPAIN AKHIRNYA MENANG & LAGU LAWAK

Hye selamat pagi guys.Amacam sihat?Saya cam biasalah lepas solat subuh tak tidur dan terus menaip untuk korang.Saya masih tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ces apahal ntah!Bikin hati panas je.Sejak kebelakangan ni banyak je pertanyaan formspring masuk.Sorrylah 'tak dapek den nak nolong ' sebab Bean Moreno memang sibuk.So nak sebarkan dakyah blogging ni agak sukar sebab kena tangkap penjahat.Nanti bila saya dah sampai KL saya akan reply ye.


Akhirnya Spain berjaya membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat selepas menang dengan Honduras 2-0.Saya tak dapat nak bagi support sebab mata dah terlalu kuyu.Spain akan jadi kuat kalau first eleven Bosque letak David Villa dengan Fernando Torres kat depan.Dalam Game ni meraka bergandingan di depan dan menghasilkan 2 gol dan kedua2nya datang dari Villa (ingat lagi tak Euro 2008).Walaupun Villa bikin hal sebab tak score untuk penalti tapi oklah janji menang.
Dengan kemenangan ni bermakna peluang Spain semakin cerah dengan Syarat Spain kena menang dengan Chile.Kalau ikutkan kekuatan memang Spain boleh buat cuma diorang tak boleh jadikan Jabulani sebagai alasan.Jangan jadi macam England yang penuh dengan star tapi bagi alasan player injured dan bola Jabulani tu terlalu ringan.Sebagai star itu bukan alasan ok.Kan tak pasal2 kena ejek dengan supporter sendiri.Padan Muka!

Oklah untuk mendatangkan keceriaan kat muka korang yang sememangnya malas pagi2 ni jom kita layan video clip tenda biru tapi bukan dari penyanyi asal dia.Dia kira lagu yang paling femes or video klip yang memang kitorang suka tengok masa kat poli dulu.Agak2 tension nak study je mesti kitorang buka lagu ni nak tarik mood.So bagi yang dah layan jangan la pulak korang cakap Bean Moreno ni ketinggalan zaman ye seba lagu ni pun memang dah lama :




 





 

p/s:

*1* Saya ada banyak gambar2 pelancongan saya jelajah Perak.Nanti saya update kat Bean Moreno ye.
*2* Semalam saya buat kerja gila pergi tangkap gambar kat Istana Sultan Perak malam2 buta.Ntah apa la jadi kat gambar tu.
*3* Selamat Hari jadi kepada Alisya iaitu anak Eyriqazz pada hari ini.
*4* Gambar credit to Providingnews.

WORLDCUP 2010 : KEJUTAN PORTUGAL & APA AKAN JADI PADA SPAIN

Hye selamat malam semua.Saya sekarang ada kat Kuala Kangsar dan tengah online guna laptop company.Punyalah lama nak tunggu partner saya guna sebab dia layan 'Mafia Wars'.Ni barulah dapat guna.Esok saya ada briefing untuk outlet Kuala Kangsar dan lepas tu akan terus ke Taiping petang esok.Memang masa untuk jalan2 cari pasal.

Korang mesti layan Worldcup kan sebab sekarang tengah musim orang pakai jersey bola.Susah nak tengok orang pakai baju Padini dah sebab semua nak jadi penyokong fanatik.Silap2 kalau office tak kena pakai casual semua dah pakai jersey bola.Macam yang kita tau Worldcup kali ni memang banyak kejutan.Kebanyakan team hebat2 menang tipis dan banyak jugak yang bakal tempah tiket kapal terbang awal contohnya macam France.Mungkin England juga akan terima padah yang sama.

Hari ni satu lagi kejutan dan rekod baru tercipta bila Portugal belasah North Korea 7-0 dan dua gol datang dari Tiago (kalau tak silap dulu main Chelsea).Memang kow diorang bantai.Tak bagi 'chance' langsung dan yang kelakarnya bila kepten Portugal iaitu pelakon terbaik Cristiano Ronaldo dapat 'score' satu gol murah.Dia sendiripun tak percaya yang dia score agaknya.Hajat di hati nak tengok Spain main tapi mata dah kuyu badan pun dah agak sangap.So saya rasa better saya tidur takut esok tersenggok2 kat 'conference room'.

p/s :

*1* Harap2 Spain menang besar malam ni lawan Honduras.Kalau seri jugak baik suruh je Benitez jadi coach sebab situasi dia tetap sama je.
*2* Entri tanpa gambar sebab MALAS!!!
*3* Apahal Gengblogger tak boleh PING nih!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails