Showing posts with label Final Worldcup 2010. Show all posts
Showing posts with label Final Worldcup 2010. Show all posts

KEPUTUSAN FINAL WORLDCUP 2010 - SPAIN VS HOLLAND

WORLDCUP 2010 : KEPUTUSAN FINAL WORLDCUP 2010

Bean Moreno masih berjaga walaupun dah tau esok hari Isnin email akan banyak di dalam inbox.Tapi nak buat macam mana 4 tahun seklai je bukan tiap2 hari.Korang mesti tengok final worldcup kan.Match antara Spain & Holland.Korang rasa siapa yang menang Final Worldcup 2010.Dah tentulah Spain.Berapa score ?1-0.Dan siapa yang score gol untuk Spain.Macam biasalah dah tentu Iniesta.


Ringkasan perlawanan :


First half Spain banyak menyerang.Villa dapat banyak peluang tapi defend Holland macam bagus je main malam ni.Pedro pulak tak habis2 nak tunjuk yang dia boleh jaringkan gol so dia ibaratkan padang dia je yang main untuk Spain.Walau macam manapun kedua2 team bermain dengan corak permianan menyerang.So perlawanan agak seimbang.First half je dah ada 4 yellow card.Macam biasalah match besar2 memang akan mengundang banyak card.


Second half permainan menjadi lebih best sebab Holland tambah serangan.Kad kuningpun bertambah dan akhirnya satu kad merah dilayangkan kepada pemain Holland.Spain pun banyak peluang dan David Villa tak dapat nak score.Dan akhirnya Gol kemenangan dijaringkan oleh Inniesta pada minit ke 113 dalam masa tambahan.


Aksi Bean Moreno :


pada awalnya sungguh cool sebab tiada percubaan.sila abaikan tag yang belum dicabut

berdebar bila nampak bola ada pada player Holland


kecewa bila David Villa terlepas banyak peluang


So keputusan akhir:


SPAIN 1 - 0 HOLLAND

BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN

WORLDCUP 2010 : BEAN MORENO BERSEDIA UNTUK FINAL WORLDCUP DAN RAMALAN PERLAWANAN FINAL

Selamat malam.Bean Moreno masih berjaga macam burung hantu semata2 nak tgk match Final Worldcup 2010 walaupun keadaan hidung dah macam Vuvuzella sebab selsema.Dah banyak tisu yang saya habiskan sebab asyik berair je.Apa itu vuvuzella korang boleh google dan tengok sendiri rupa dia.Siapa yang main Final Worldcup?Aduh takkan tak tau dah tentulah Spain dengan Holland.Dua2 negara yang pernah menjajah Malaya satu ketika dulu.hak3...

Untuk Final ni saya dah bersiap sedia dengan sesuatu.Owh memang sesuai sangat sebab saya beli jersey Spain untuk dipakai pada malam n.Walapun cuma duduk seorang diri di hadapan LCD 29" Toshiba.Gaya dah macam tengok kat I City dah kan.Tak percaya...

Mata dah macam Panda dah

Macho bersama jersey & seluar Hawaii.Kalau tengok ada macam David Villa tak?

Sebenarnya kalau nak diikutkan saya merupakan salah seorang pemain yang bakal bermain malam ni.Tapi masa selection saya terkena serangan resdung dan tersalah pakai seluar so saya dihantar pulang oelh Del Bosque untuk berehat kerana dikuatiri kalau saya bermain bunyi hembusan hidung boleh mengalahkan bunyi vuvuzella berehat.


Kalau tengok dari atas mungkin bergaya

Disebabkan inilah saya terlepas peluang bermain di Worldcup 2010

Perlawanan akan bermula pada pukul 2.30 am.Tapi macam biasa kedai2 mamak telah di'booked' sebelum pukul sepuluh siap ada yang dah call tokey suruh letak nama diorang kat table pada pukul 6.00 pm.So macam biasalah sebelum match saya nak buat prediction sikit.Sebenarnya dah malu sebab prediction lepas salah (biasalah mana boleh accurate).Paul The Octopus pun tau negara je.Cuba tanya dia berapa gol.Mesti pengsan punya dia.


Kalau ditanya saya siapa yang akan menang Worldcup 2010.Dah tentu saya cakap Spain sebab tengoklah jersey apa saya beli.Lainlah penyokong kelab yang dah kecundang.Ramalan saya macam ni.Kalau Holland guna taktik 4-5-1 dan Spain guna 4-4-2 maka ada kemungkinan yang Spain akan menang sebab serangan Holland akan tumpul dan akan mengharap pada Sneijer & Robben sahaja.Tapi kalau Spain buat counter attack maka serangan berganda akan berlaku sebab macam yang kita tau midfielder Spain memang antara yang terhebat di dunia.Tapi bila saya tengok line up yang Pedro first eleven maka was2 menjelma.Harap2 Pedro tak bikin hal malam ni.


Jadi saya rasa kalau Spain menang mungkin 2-0.Itu ramalan je ye jangan percaya sangat sebab saya bukan Paul The Octopus mahupun Mani the Nuri.Harap2 Pedro tak buat aksi bolot dan akan teringat bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan.Oklah nak layan tongkat ali jap kalau tak memang tertido.


p/s :
* Harap2 esok tiupan vuvuzella dari hidung akan stop sebab susah nanti nak fokus kerja
* Jangan percaya ramalan binatang sebab diorang bukan tau apa2 pasal bola dan nama playerpun diorang tak tau.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails