WORLDCUP 2010 : KEJUTAN PORTUGAL & APA AKAN JADI PADA SPAIN

Hye selamat malam semua.Saya sekarang ada kat Kuala Kangsar dan tengah online guna laptop company.Punyalah lama nak tunggu partner saya guna sebab dia layan 'Mafia Wars'.Ni barulah dapat guna.Esok saya ada briefing untuk outlet Kuala Kangsar dan lepas tu akan terus ke Taiping petang esok.Memang masa untuk jalan2 cari pasal.

Korang mesti layan Worldcup kan sebab sekarang tengah musim orang pakai jersey bola.Susah nak tengok orang pakai baju Padini dah sebab semua nak jadi penyokong fanatik.Silap2 kalau office tak kena pakai casual semua dah pakai jersey bola.Macam yang kita tau Worldcup kali ni memang banyak kejutan.Kebanyakan team hebat2 menang tipis dan banyak jugak yang bakal tempah tiket kapal terbang awal contohnya macam France.Mungkin England juga akan terima padah yang sama.

Hari ni satu lagi kejutan dan rekod baru tercipta bila Portugal belasah North Korea 7-0 dan dua gol datang dari Tiago (kalau tak silap dulu main Chelsea).Memang kow diorang bantai.Tak bagi 'chance' langsung dan yang kelakarnya bila kepten Portugal iaitu pelakon terbaik Cristiano Ronaldo dapat 'score' satu gol murah.Dia sendiripun tak percaya yang dia score agaknya.Hajat di hati nak tengok Spain main tapi mata dah kuyu badan pun dah agak sangap.So saya rasa better saya tidur takut esok tersenggok2 kat 'conference room'.

p/s :

*1* Harap2 Spain menang besar malam ni lawan Honduras.Kalau seri jugak baik suruh je Benitez jadi coach sebab situasi dia tetap sama je.
*2* Entri tanpa gambar sebab MALAS!!!
*3* Apahal Gengblogger tak boleh PING nih!!!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails