PANDANGAN MATA DAN HATI BEAN MORENO : AF8,BOIKOT ISRAEL


Nama dan nilai terpaksa dirahsiakan.Cukup korang nampak lantai rumah saya je eyh

Salam semua,akhirnya dapat jugak Bean Moreno update blog ni.Setelah lapan jam beroperasi tanpa internet maka bila balik melepaskan ketagihan terhadap blog ni.Harap2 tiada akta baru yang mewajibkan blogger yang ketagih blogging masuk 'rehab'.hak3...Esok ada screening 'Karate Kid' so sapa2 yang dapat pergi esok boleh lah kita meleset2 bersama ya.Masih tiada masa nak deco,deco,deco untuk blog baru.Mungkin hari minggu boleh kot.Tapi disebabkan ketagihan itu saya berjaya dapat check lagi.Ini adalah check ke-5 saya dengan Nuffnang.So thanks kat korang dan juga Nuffnang....hak3...


Sepanjang menyepi banyak benda yang dapat saya perhatikan pada persekitaran kita.Korang perasan tak yang banyak benda terjadi tanpa kita sedari.Walaupun Bean Moreno tak update blog tapi saya masih baca surat khabar tau dan masih 'civilized'la kan.Apa yang saya nampak sepanjang minggu lepas :

AKEDEMI FANTASIA 8

Pada mulanya saya memandang rendah pada kemampuan AF8 dan saya tau korang pun sama kan.Tapi sebenarnya kita terlepas pandang satu benda iaitu Pengetua AF 8 ialah Norman KRU.Kenapa?Oklah bila saya fikir2 balik memang pelajar AF8 ada yang terlebih gedik (AF yang lain pun ada jugak) tapi bila terfikir tentang pengetua diorang so saya dapat rumuskan bahawa pelajar2 AF8 ada potensi dalam dunia hiburan.Macam yang kita pernah nampak adik beradik KRU dah banyak naikkan artis contohnya macam Elite dan Ezlynn.Jadi tak mustahil diorang boleh bagi AF8 meletup sebab sekarangpun masing2 dah ada single sendiri plus videoclip (walaupun tersingkir awal).

BOIKOT ISRAEL

Yang ni isu agak serius (walaupun Bean Moreno bukan seorang yang serius).Zeonis ni memang perangai dia semakin haram jadah dan menjadi2 kan.Orang nak hantar makanan dan bantuan kemanusiaanpun nak bunuh & tawan (mungkin terlebih telan dadah la yahudi ni).Tapi tetiba wujud pulak 'trend' pengguna facebook yang dok letak gambar hitam kat profile.Konon nak support pertubuhan.Saya jadi tak faham kenapa benda ni boleh wujud sedangkan tak boleh bagi effect pun dan dengan buat macam tu Mark Zukerberg takkan terjejaspun sebab revenue Facebook bukan dari gambar2 korang tapi dari penggunaan korang.Taki kiralah korang letak gambar Saddam Hussein pun dia tetap dapat duit jugak.Jadi silalah sedar ye.Kita just tunjukkan yang kita ni kurang bijak je dengan buat macam tu.

Oklah saya ada misson malam ni.Nak jumpa somebody jap.So harap korang akan tetap support blog ni ye walaupun tak kerap update.

p/s :

* Banyak kontest sekarang kan so saya nak 'announce' yang vshub ada nak buat kontest jugak.Hadiah dia memang lumayan.Iaitu Ipad (pergh memang sayapun nak masuk.Nasib baik dah jadi member). Jomlah jadi member dia free je.Nak just register.Saya tak nak paksa tapi kalau korang tak join memang peluang terebuka luas antara saya dan Eyriqazz.So fikir ye.hak3...



Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails