TRIP : AKHIRNYA BEAN MORENO JEJAK TANAH GERIK



Salam dan selamat malam,Yeay akhirnya saya dapat update jugak dan tak perlu takut sebab kat hotel ni ada wireless.Untuk pengetahuan korang Bean Moreno sekarang berada di Gerik,sebuah pekan kecil yang memang kecil (memanglah takkan besar pulakkan).Saya dah agak sugul sebab bila sampai je kat depan hotel memang bajet kemudahan dia agak cipan.Tapi lepas buat payment dan masuk bilik pergh lengkap beb siap ada LCD ngan Astro (yang penting bukan BYond).

Untuk orang yang duduk Perak (terutama anakperak) mungkin diorang dah pernah datang.Tapi buat budak town macam Bean Moreno ni pengalaman pertama berada di pekan Gerik.Apa yang bagusnya The Store dia agak besar.hoho...Untuk yang nak tau apa saya buat kat sini.Bean Moreno pergi Gerik bukan untuk bercuti ye tapi atas urusan kerja.Kalau pergi untuk bercuti dah tentu aiensepet ada sekali.Dan yang best nya The Store hantar team 1Malaysia untuk pergi outlet Gerik.Saya bersama seorang Chinese dan Indian.

Oklah tu je yang saya nak bagi tau.Nanti gambar2 perjalanan dan aktiviti saya kat sini saya akan update kat Beanmoreno.com ye.hoho...Bye nak pergi makan lepas layan bola.

p/s :
*1* Pekan Gerik lebih kurang macam Pekan Sabak Bernam.Teringat zaman2 study dulu kat poli.
*2* Perut dah lapar dah.
*3* Paraguay main baek seyh kalau lawan Englandpun belum tentu England boleh makan.
*4* Blogger Gerik mai lah lepas sekali...hohoh
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails