SEDIH TAPI FIKIRAN MESTI POSITIF


Selamat malam semua.Mata ni dah kelip2 macam lampu raya dah tapi hati still nak menaip jugak.Ni tengah menaip sambil layan Upin & Ipin episod baru (kadang2 kena tengok kartun untuk hiburkan hati kan).Lagipun Upin & Ipin dah boleh dikira sebagai satu simbol negara sebab satu asia kenal dengan kembar botak ni.Bangga seyh...

Sedih la pulak rasa hari ni.Nak tau kenapa Bean Moreno sedih?Ada dua sebab iaitu yang pertama sebab saya tak dapat tiket Toy Story 3.Saya betul2 berharap nak tengok cerita tu.Tunggu2 email confirmation yang biasa saya dapat tapi tak dapat2 jugak sampai hari ni.Apahal ntah padahal saya rasa saya hantar antara 50 terawal tau.Kenapa saya nak sangat tiket tu?Actually aiensepet suka tengok cite tuh dan 13 hb hari tu Annerversary kitorang yang pertama.Ingat nak lah bawak dia jenjalan tengok wayang tapi tak dapat pulak.Mungkin Nuffies dah bosan kot asyik2 bila redeem tiket nama Suterablogger je yang redeem.hak3.

Yang kedua tadi dapat email dari Nuffnang pasal Big Fish Moment at Pizzahut.Baca punya baca tapi permalink saya takde.Menambahkan kekecewaan di hati ni dan rasa macam nak terjun rumah flat 3 tingkat ni.hoho... Saya sebenarnya berharap tapi mungkin tak cukup bagus kot so kena cuba lagi tapi saya rasa saya dah nampak apa yang kurang.Lepas ni saya nak beli monitor baru tehn akan edit gambar2 guna kehebatan photoshop.

Oklah cukuplah update untuk malam ni.Orang kata kalau takde rezeki jangan mengeluh tapi fikir kenapa sebab tak dapat dan cube berfikiran positif.So saya rasa banyak lagi kelemahan yang saya ada dalam blogging ni dan kena ubah.Oklah nak tido.

*1* Kak Tash dah ada kat rumah tengoklah esok kalau sempat saya nak gi tengok dia.
*2* Cuba dan cuba lagi !!!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails