ILMIAH : PENTINGNYA KITA TAU PASAL PRESENTATION SEMASA TENGAH STUDY


Selamat pagi ye  semua.Saya still di Ipoh dan mungkin petang ni lepas siap2 semua saya akan ke Sitiawan.Sekejap je rasanya dah hari Rabu.Semalam saya pergi layan bola kat mapley tapi match England memang agak mengecewakan.Penuh dengan star tapi dengan Slovakia pun 1-0 je.Baik ko panggil pemain Norwich City je Capello sebab gaya permainan lebih kurang sama je.Masing2 nak tunjuk individual skills.Ko ingai ko main guli ke?

Oklah entry ni saya nak jadi kan 'straight to the point' & tak cecah lantai sebab masa tak cukup.Main topik ialah 'Presentation'.Korang rasa penting ke kita tau teknik nak present?Kalau korang perasan masa kita belajar kat University dan college mesti kene present apa yang kita belajar.Terutama sekali untuk 'Final Project'.Betul ke tak?Tapi adakah kita ambil benda tu penting atau setakat present untuk dapat markah je?Sila jawab ye.

Dulu saya cukup benci dengan 'presentation2' ni.Bagi saya memang leceh & menyusahkan.Dalam hati mesti terdetik "Apa kejadahnya nak kena present semua ni bagai.Buat project hantar dahlah..."Tapi tanpa saya sedari 'presentation' di college tu adalah satu latihan untuk kita pergi ke alam pekerjaan.Ia akan jadi penting bila korang apply & dapat kerja Exec ke atas.Untuk jawatan cleaner ataupun tukang cat memang korang boleh abaikan pasal 'presentation' ni sebab tak 'related'.hak3...

Bila saya dah naik dan rasa pangkat atas sikit (exec ni) baru saya tau pentingnya 'presentation' sebab kalau kita tak tau apa teknik2 sebenar dan macam mana nak 'present' dengan betul mungkin akan mengundang gelak besar dari orang yang tengok kita 'present' dan kegagalan buat 'presentation' akan menyebabkan orang2 bawahan kita hilang kehormatan (ooops hormat) pada kita as a leader.So kepada korang yang still study tu sila jangan ambil ringan pasal 'presentation' ni.Jangan asyik mengharap 'team member' je yang 'present' untuk korang sebab nanti bila tiba masa memang korang akan merasa jugak.Kalau tak masa belajar tu masa kerja.

p/s :

*1* Korang rasa presentation itu penting tak?
*2* Pagi ni ada presentation module outlet pulak...
*3* Yeay saya dah 28 tahun!!!
*4* Kalau korang kerja sendiri & ada company besar2pun kena tau jugak buat presentation....
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails