CULTURE : BLOG DICIPTA BUKAN UNTUK BERGADUH TETAPI BERKONGSI

Selamat malam akhirnya setelah berjalan kaki sejauh lebih dari 5 KM (ye ke Bean jangan gebang boleh?).Akhirnya Bean Moreno dapat cari 'Cyber Cafe' dan update blog.Fuh memang letih sebab biasanya saya 'online' kat hotel je senang boleh baring2 sambil pakai 'underware' dan 'online' (apa buruk sangat perangai).Dahlah tadi mencari Maybank sikit punya susah.Ooops terlupa pulak saya nak bagitau yang sekarang ni saya kat Taiping sebab esok nak ushar line outlet Taiping.Apa ada kat Taiping?Ntah sayapun tak tau sebab first time datang sini yang penting susah nak 'online'.

Oklah 'straight to the point' eyh.Kalau kita tengok sejak kebelakangan ni memang banyak kes yang melibatkan blogger.Kadang2 saya jadi pelik kenapa blog itu wujud kat dunia maya ni.Oklah saya tanya korang yang bijak bistari.Apakah binatang berkeris di kaki?hak3 takdelah.Cuba korang fikir balik apa tujuan kita bikin & up kan satu blog tu?Korang rasa kalau saya bagi jawapan untuk berkongsi adakah jawapan tu akan menjadi lebih poyo dari 'tagline' blog ni iaitu kekacakan mengatasi segala rintangan?hoho...

'Seriously' saya bukan di pihak mana2 dan saya tak kata pun dua2 salah (mana ko tau yang bergaduh tu dua orang beb!).Sejak hari isnin saya baca pasal blogger berbalas tembakan di dalam blog kat dalam blog Kak Jie.Tadi ternampak Melz pulak update pasal isu ni.Wo!!!Dah macam jadi serius dong!Sebelum2 ni saya just baca je dan tak mau ambil port sebab takut menyinggung perasaan orang (walaupun menyinggung perasaan orang itu BEST!).Saya jadi pelik sebab terus terang saya cakap blog yang diorang mention tu merupakan blog yang saya suka baca satu ketika dulu.Tapi lepas jadi hal yang macam ni saya terfikir mana perginya tatasusila kita.

Apa kata kalau kita ternampak kesalahan orang lain then kita tak suka jadi gunakan ketajaman minda kita untuk tegur kesilapan orang tu.Jangan terus nak maki hamun & 'bahasakan' orang tu kow2.Macam saya pernah cerita dulukan.Sayapun ada juga tak puas hati dengan satu blogger ni & saya ada buat entri untuk dia tapi takdelah saya hentam teruk2 just perli2 je.Saya takde pun cakap saya tak suka blog dia just saya tak suka 'attitude' dia.Apa yang tak best nya sekarang bila ada blogger tak puas hati dengan blogger tu mulalah kasi link terang2.Bagi saya kan kalau betul2 lah saya memang dah tak suka ngan blogger tu saya memang dah takkan masuk blog dia lagi dah.Buat apa kasi traffik percuma & buat amal jariah padahal dalam hati tak ikhlas.Ni siap kasi link maka akan bertambahla traffik mamat tu (uiks mana ko tau mamat?).

Sebelum saya habiskan entri cecah lantai dan bebelan mak bedah ni saya korang semua fikir satu benda.Kalau kita tak suka & cakap orang yang buang sampah merata2 itu BODOH,jadi kita janganlah buang sampah merata2 sebab orang lain pulak akan kata kita BODOH.Understand?!So kalau tak suka angkat kaki lambung sudah brother!Just dont get bother...

p/s :
*1* Misi selesai sebab dah dapat update blog.
*2* Hati akan jadi gelap kalau kita asyik gilap dia pakai kiwi kasut!


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails