PANDANGAN MATA & HATI BEAN MORENO : KEGANASAN YAHUDI, SELAMAT HARI BAPA, VIDEO PORNO ARIEL PETERPAN, WORLDCUP 2010





Salam & selamat pagi semua.Hari ni hari ahad kan so semua cuti.Jadi saya menaip entri ni tanpa rasa sakit hati jika takde orang baca sebab saya faham hari ahad memang kebanyakan orang nak bangun lambat.Yelah cuti pulakkan. Hari saya rehatkan otak dari belajar benda2 baru.Yelah kat tempat baru ni memang 'totally different' dari kerja sebelum ni. Lebih kepada 'application'. Setakat ni saya dah belajar sedikit pasal 'Oracle'.Memang pecah otak tapi bagi saya seronok sebab dari dulu memang saya nak sangat belajar 'coding Oracle'.

Semalam saya ada cerita pasal Lady Gaga kan.Mintak maaf ye saya terletak salah Vclip tapi saya dah betulkan.Nasib baik Hakim remind saya kalau tak sampai kiamatpun saya takkan rasa vclip tu kontroversi.Saya minat lagu dia je dan tak terikut trend Gaga ni.Sebab saya tau yang dia ni memang seboleh2 masukkan unsur Freemason dalam video clip & lagu2 dia.Memang terlalu banyak 'satanic' dalam apa yang dia buat.Sebab tu saya keluarkan entry semalam supaya kita sedar dan tak tertipu.

Oklah kita sambung terus 'main topic' sebelum saya melalut dan cerita benda lain. Nanti tak pasal2 tajuk lain tetiba keluar TIPS BLOGGING pulak. hak3...Sekarang saya na cerita pasal 3 benda yang saya nampak sepanjang minggu ni :

1) KEGANASAN ISRAEL

Ni adalah perbincangan utama seluruh dunia.Tapi dari dulu sampai sekarang walau apapun kita buat tetap tak boleh nak ubah.Macam2 cara kita buatpun diorang tetap dengan perangai diorang yang macam tu.Apa yang korang nampak bila terjadi benda2 bangsat yang dilakukan oleh Israel dan kenapa kita still tak boleh nak bawa diorang ke muka pengadilan.bagi saya ada 2 sebab utama :

* NEGARA ISLAM SENDIRI TAK BERSATU (TERUTAMA NEGARA ARAB)
* PBB ISRAEL YANG 'CONTROL'

Dua sebab nilah yang membuatkan ISLAM Gaza terus diseksa.Perbezaan ideologi negara ISLAM membuatkan ISLAM itu ditindas.Kenapa saya cakap macam tu.Di negara arab sendiri ada banyak kabilah dan banyak pegangan.'Way of Life' pun berlainan padahal tetap ISLAM.Bila benda ni terjadi maka pergaduhan akan berlaku.So macam mana nak tolong negara Palestin sedangkan negara sendiri bergolak.Kita pun nampak yang ada jugak negara arab yang menyokong Israel.SO...Kesimpulannya kalau kita negara ISLAM bergabung dan bersatu mesti Israel takut.

"haibar haibar ya ya hud!!! daulah daulah Islamiah!!!ya hud laknattullah!!!Allahuakbar!!!"

2) SELAMAT HARI BAPA

Sebeleum apa2 saya nak ucapkan selamat hari bapa kat semua bapa2 di dunia terutama sekali papa saya Hussin bin Abdullah.Memang betul syurga di bawah tapak kaki ibu tapi bapa adalah tunjang keluarga.Yelah kalau bapa tak bekerja keras mana nak datangnya 'hasil'kan.Ingat senang ke nak jaga Bean Moreno?Susah beb sebab dulu saya memang degil.Belajar dah la tak pandai tau menghabiskan duit je.hoho...Tapi walau sedegil2 saya papa saya tetap kasi duit bila saya nak.hak3...Sekarang baru saya sedar bahawa kita kena hargai bapa kita selagi dia masih ada.Kalau tak dulu asyik nak ikut kepala otak terejak saya je.Orang buat semua saya nak ikut.So harap korang hargai Bapa korang ye...

"SELAMAT HARI BAPA KEPADA HUSSIN BIN ABDULLAH SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI"


3) VIDEO PORNO ARIEL PETER PAN

Ni pun satu berita gempar dari seberang.Saya tak amik port sangat tapi bila saya ping kat gengblogger & blogged.my kebanyakan blogger buka isu ni.Hot sangat ke Ariel tu?siap Luna Maya pun boleh cair.Memang siapa yang buat isu ni last week mungkin (saya cakap mungkin ye) traffik melimpah2 kan.Silap2 boleh lebih banyak dari buat 'review movie' (owh sedih mendengar perkataan movie) ataupun cerita pasal Worldcup 2010.Ni kes memang pelik.Korang pernah dengar tak peribahasa "baling batu pada cermin jangan sampai nampak tangan yang membaling" (betul ke peribahasa ni saya main pajak je.Kalau salah tolong betulkan eyh).Maksudnya nak buat jahat janganlah tunjuk kat orang.

Banyaklah saya tengok artis2 ni menunjukkan kebodohan diorang (termasuk artis Malaysia).Dah tau nak 'sedap2' boleh pulak pergi rakam2.Nak buat apa ntah.Lepas tu kalau dah rakam pandai jaga takpe ni siap simpan dalam komputer.Lepas tu bila tersebar bagi alasan macam2.ces!Dah tau nak buat benda salah tu simpan sendiri dah la.Tak payah nak heboh2 kat satu dunia yang korang dah buat SEKS!Korang dah buat dosa pastu sarit orang lain dapat 'dosa kering' pulak.


4) WORLDCUP 2010 SOUTH AFRICA

Yang ni pun satu hal.Sepanjang saya tengok 'match Worldcup 2010' kebanyakan pasukan yang ada nama dan 'player' bintang semua bikin hal.Main ntah apa2 ntah.Macam hari tu ingat nak la bagi 'support' kat Spain (walaupun dari rumah je) tapi bila tengok corak permianan diorang pergh memang nak je saya suruh diorang main futsal dulu.Walaupun diorang ada pemain yang memang best kat midfield tetap tak dapat buat try.Saya taulah ramai yang merungut pasal Adidas Jabulani tapi korang kata korang STAR jadi itu bukan masalah rasanya.'Try to adapt' lah.

Bukan takat Spain,Germany pun sama jugaklah dan tak terkecuali England & France yang samar2 je dapat pergi 'knock off'.Boleh dikatakan makcik2 pun hafal lah nama player diorang.Tapi Worldcup kali ni korang buat Mak Timah jual goreng pisang tu kecewa beb.Corak permainan langsung tak boleh blah dan tak boleh dianggap berstatus bintang.


Apa2pun ni just pendapat Bean Moreno ye.Mungkin sama ataupun 'totally different' dari pendapat dan pandangan korang.Itu pasallah dalam blogging ada ruangan komen dan ia dicipta bukan untuk mengutuk tapi komen entri dengan pendapat korang tersendiri.Chow...


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails