WORLDCUP 2010 : 2 BENDA YANG DIANGGAP ANNOYING SEMASA WORLDCUP


Selamat pagi semua (bangun!!!).Hari ni datang awal sikit sebab nak update Suterablogger.Semalam saya just update Bean Moreno.com je sebab tak sempat.Banyak sangat gambar yang perlu dikecilkan dan diupload atas permintaan (cececeh sape ntah yang mintak).Macam yang kita tau kan sekarang ni musim World Cup 2010 kat Africa Selatan.Saya salah seorang peminat bola sepak (walaupun main terkangkang tapi boleh la).Bila saya baca surat khabar pasal World Cup maka terbacalah banyak komplen2.

So saya listkan 2 daripada komplen yan hangat diperkatakan masa Worldcup kali ni :

1) BOLA ADIDAS JABULANI



Ni isu yang tengah hot sekarang ni kat Africa walaupun baru first game.Kehadiran bola ni memang merungsingkan pemain dan juga jurulatih.Even penjaga gol terhebat dunia macam Cassilas pun takut dengan bola ni walaupun bola ni sebenarnya tak boleh gigit orang.Menurut diorang bola ni terlalu ringan dan mudah melayang bila disepak.Ia juga senang melantun bila terkena permukaan tanah dan menyebabkan penjaga gol susah nak bajet bola tersebut dan akan menyebabkan gol2 mudah dan memalukan.Tak percaya korang boleh tanya penjaga gol England iaitu Robert Green kenapa dia tak boleh tangkap bola tu (tapi England memang takde gol keeper best2pun memang akan buat 'worst plunder' pun.hak3).Mungkin bola ni jugak akan menyebabkan Ronaldo gagal ambil or lakukan 'free kick' yang cun (padan muka dia).

2) VUVUZELLA




Menatang ni ialah trompet kecil yang dibawa penyokong masa tengok World Cup kat Africa Selatan (kat Malaysia tak de ye).Vuvuzella ni adalah trompet kecill yang akan menghasilkan bunyi serombong kapal yang kuat.Ramai player yang komplen diorang tak boleh tumpu perhatian masa bermain dan susah nak berkomunikasi antara player bila bunyi vuvuzella kedengaran.Tapi ada betul jugak alasan tu takkan diorang nak kena menjerit sekuat hati kat padangkan.Tadi saya dengar kat Flyfm ada pendengar cakap mereka terpaksa mutekan TV semata2 tak nak dengar bunyi Vuvuzella.Tapi kalau 'mute' kan tv apa kah 'feel'nya tengok bola.Rugilah pasak HD kat astro.

So tu je yang dapat saya sharekan untuk hari ni.Nak tau lebih sila baca surat khabar bahagian belakang sekali ye.Kalau korang asyik2 baca politik memang takkan tau.hak3...Oklah nak sambung buat kerja memandangkan masa dan time.

p/s :
*1* Teringin nak tengok bola dalam HD.Kenapalah saya tak menang Astro Byond hari tu.

*2* Malam ni match best2 so kalau boleh nak tengok match Spain.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails