MOVIE : KARATE KID


Hye selamat malam korang.Aisey man baru dapat online disebabkan tiada kemudahan dan memantg tak boleh nak online tapi at least saya rasa happy bekerja tanpa gangguan sesiapapun.Itulah salah satu yang dinamakan 'Freedom of Life'.Saya tak rasa sangat dah even saya tak dapat online sebab saya tau korang tetap akan masuk jugak blog ni (saja perasan sorang2) dan kesan SERP dan SEO pun makin buas sekarang.Semalam saya dah bagitaukan yang saya dan 'partner sparing' saya aiensepet pergi tengok movie free.Dan macam biasalah kalau 'Movie Free' tu memang datangnya dari Nuffnang takpun ChurpChurp. Saya takde source lain nak dapatkan tiket.


Kali ni memang pelik sikit dan lain dari screening sebelum2 ni.Sebabnya satu tak ramai Nuffnangers yang saya kenal dan yang kedua ialah kami di"HARAM"kan membawa masuk Telefon bimbit ke dalam.Tak kiralah korang Nuffnangers ke wartawan ke memang 'handphone not allowed'.So siapa2 yang bawak masuk handphone semalam sila samak sebab haram.hak3...

Semalam saya dapat free ticket tengok Karate Kid.Korang pernah tengok cerita Karate Kid yang sebelum2 ni?Kalau sebelum2 ni budak2 yang jadi Karate Kid ialah Mat Salleh (bukan jiran Kak Ina Kl ye) tapi kali hero nya adalah pelakon cilik kulit hitam (negro).So main actor dia ialah Jackie Chan & Jaden Smith (dia ni anak Will Smith).


Sinopsis :

Cerita ni pasal seorang budak Negro, Dre yang baru berpindah ke China disebabkan mak dia kena pindah tempat kerja.Kat China dia tak kenal siapa2 dan baru je sampai rumah dia dah kena buli dan kena belasah oleh budak2 cina sebab dia nak ngorat seorang amoi.Jadi budak2 cina tu tak berhenti membuli si Dre ni sampai dia rasa dia tak suka Negara China sampai dia bertemu dengan Mr Han (Jackie Chan) dan mengajar si Dre ni Kung Fu.Nama yang Mr Han bagipun agak style la kan iaitu 'Xiao Dre'.Untuk menghentikan si Dre ni dari dibuli dia kena masuk satu pertandingan Kung Fu.Adakah dia berjaya?Korang kena beli tiket ye.

ScreenShot :





Kesimpulan yang kita boleh dapat dari cerita ni ialah :

1) Jangan melawan cakap guru sebab dia guru.Kalau kita guru tu lain ye
2) Balik dari sekolah baju kena sangkut elok2 kalau tak mak membebel
3) Ilmu mempertahankan diri ada dalam setiap perbuatan kita

Tapikan 'ending' cerita ni ada sikit macam cerita melayu yang pasal budak belajar silat.Bila pertandingan akhir tetiba kaki dia patah sebelah dan last2 menang jugak dia dalam 'tournament' tuh.Kalau korang ingat cerita yang ada lagu "pakai baju kancinglah suasa'...hak3...

p/s :
* Kepada awek2 yang suka bergaya kan,korang kalau nak barang branded bolehlah try shopping kat vshub.Sebab sekarang ada promotion.Brand NIna In IvoryLidia from Caparros, dan macam2.



Cantikkan kasut2 tuh.Kalau korang nak beli n tengok harga boleh datang masuk ke vshub.Belom Register?So pergilah register sekarang...FREE je!!!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails