MAAFKAN SI PRIA ROMANTIK KERANA LUPA TANGGUNG JAWAB



Hye guys!Amacam rindu tak kat Bean Moreno a.k.a Pria Romantis ini?Lama tak update so menaippun dah agak kaku dan macam takde apapun nak tulis sebenarnya.Saja memenuhi tuntutan nurani untuk tulis 'something' kat Suterablogger ni.Bila dah berkawan dengan 'Spiderman' korangpun tau kan apa jadi kat blog ni.Asyik2 bila buka je vsHub dan tak update2 kan.Project Alpha pun dah nak habis tapi dari minggu 10 tak pernah dapat.hak3...

Korang mesti nak taukan kenapa saya dah lama tak update blog.Sebab pertama ialah saya nak tahan diri dari ketagihan blog.Saya dah 'start' buat kerja kaT tempat baru dan seperti yang saya sangkakan di sini tidak ada kemudahan untuk 'online'.Jadi kesimpulannya kena tunggu balik rumah baru boleh 'online'.Jadi kalau saya tak sekat kemahuan untuk 'blogging' maka saya akan jadi separuh gila sambil buat kerja sebab tak dapat tulis entri.

Sebab kedua ialah saya terpengaruh dengan hasutan hari Jumaat Aus.hak3 (tak pasal2 aus jadi point).Penat jugak bila kita fikirkan pasal traffik blog.Lenguh otak fikir cara nak maintain traffik beb.Kadang2 malam kena sawan sebab asyik terfikir traffik untuk esok.So bak kata Aus jangan jadi hamba traffik.Anggaplah traffik itu hamba kita maka dia akan berjalan dan buat kerja dia tanpa disuruh (itupun kalau dia hamba yang setia lah).Tapi saya happy even saya tak updatepun korang datang sini baca kan itu sebenarnya yang saya nak tengok kat Suterablogger.hoho...

Sebab yang ketiga ialah saya tengah buat something yang baru.Saya tengah 'develop' blog baru iaitu.Kalau nak tengok sila ke [sini].Bukan sebab saya terlalu rajin atau menunjuk2 yang saya rajin tapi saya ada 'something' yang saya nak buat dengan blog tersebut.Kalau korang masuk korang 'just' dapat tengok template kosong sebab saya belum buat apa2 yang menarik lagi.Bagi saya masa dan saya akan bikin 'something' untuk korang baca.Harap korang dapat kasi komen tentang template tuh.Saya belum habis edit lagi sebab masa agak terhad.Jadi komen anda amatlah berharga (sila komen yang baik2 sahaja kalau tak nak kena lempang.hak3).

Oklah tu je nak bagi tau.Harap korang maafkan saya sebab tak dapat nak menunaikan tanggungjwab saya sebagai seorang blogger dan saya harap korang akan tetap masuk Suterablogger walaupun saya jarang update ye.'Anyway' thanks sebab korang punya support kat blog ni.Dan nanti kalau blog lagi satu tu dah siap harap2 korang akan 'support' jugak ye.Bye...

p/s :

* Kepada tuan punya gambar ni sorry la i ter'hotlinking' sebab picasa dah penuh.Kalau exceed bandwidth silalah maafkan saya ye...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails