Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts
Showing posts with label Fernando Torres. Show all posts

KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY


WORLDCUP 2010 : KEPUTUSAN SPAIN LAWAN GERMANY

Pergh dah lama tak kiamullail untuk benda2 'lagha' ni.Hari ni Bean Moreno dengan semangat yang jitu tahan tidur untuk layan bola.Macam yang kita tau lah kan Match ni oenting untuk tentukan siapa yang akan pergi ke Final Worldcup untuk lawan dengan Netherland.Netherland awal2 dah tempah tiket ke final semlam sebab berkaya kalahkan Uruguay 3-2.

Pasal match Spain vs Germany pagi ni.'First half' memang agak bosan atau boleh kita cakap biasa2 je.Takde percubaan yang boleh buat kita sakit jantung.David Villa macam dikawal rapi oleh defend Germany dan memang tak boleh nak buat apa.Masuk je second half Spain dah bikin penyokong Germany sakit jantung dengan percubaan jarak jauh dan rembatan selaju meteor oleh Xabi Alonso.Akhirnya minit ke 75 Carles Puyol berjaya melakukan tandukan cantik mengegar gawang.


Fernando Torres dan David Silva hanya dimasukkan pada masa akhir.Mungkin nak save untuk ke final kot.Kalau nak ikutkan Spain pegang game sebab diorang lebih banyak control game.Jadi keputusan akhir perlawanan ialah Spain mara ke final setelah mengalahkan Germany.


Spain 1 - 0 Germany

NIKE SALAH KE MEREKA YANG TAK BAGUS


COMMERCIAL : NIKE - WRITE THE FUTURE

Selamat petang semua.Hari ni saya kena update blog lebih sikit.Tetiba terasa rajin tahap kow punya ni walaupun terasa sakit perut.Oklah pagi tadi saya dah dedahkan sedikit pasal Freemason.Bahaya beb benda tu sebab dia akan contro mind kita.Korang pernah tengok iklan Nike - Write The Future tak?Iklan ni pasal Worldcup 2010 dan dalam iklan ni banyak star2 bola sepak dunia.Ok kalau korang belum pernah tengok kita layan sama2 :




Ok,lepas tengok iklan tu apa yang dapat korang rumuskan.Saya ada dua rumusan yang boleh kita nampak dari iklan ni :

1) DISEBABKAN BOOT BOLA NIKE DIORANG TAK BERMAIN DENGAN BEST

Kenapa saya cakap macam tu?Korang tengok siapa yang ada dalam video tu?Christiano Ronaldo, Didier Drogba, Fabio CannavaroFrank Ribery, Wayne Rooney, Cesc Fabregas, dan Ronaldinho.Ni semua nama2 besar dalam bola sepak dunia.Mungkin bila kalah hari tu masing cakap kat 'coach' macam ni :

" Alamak coach bukan saya yang main tak best.Taktik coach pun bagus cuma saya pakai boot Nike ni lepas tu bola pakai Adidas.Mana ngam..."

2) BOOT NIKE MEMANG BAGUS CUMA DIORANG YANG TAK BAGUS

Gila ke apa nak cakap boot Nike tak best.Harga ratus2 tau bukan macam harga kasut Foong Keong.Cuma orang akan kata diorang 'off form'.Owh tidak diorang bukan 'off form' sila betulkan pemikiran korang.Sebenarnya diorang main tak baguspun dan ada 'attitude' yang kurang menyenangkan.Contohnya macam Rooney,asyik2 nak maki orang je.Ingat dah star boleh maki2 orang.Ataupun Critiano Ronaldo,Bila kalah ludah 'cameraman'.Mak aiyh dia ingat kamera tu dia yang belikanke apa?Kalau dah kalah tu kalah la maknanya tengok Frank Lampard gol tak kirapun cool je (hak3...sorry supporter England).

So dalam 7 star yang ada dalam iklan ni hanya tinggal 2 je yang masih ada.Yang lain tu awal2 lagi dah pergi lapangan terbang beli tiket dengan alasan ahli keluarga sakit.Yang penting Go SPAIN Go!

p/s :
* tengok star2 yang masih tinggal,macam Messi,Villa, dan Torres semua pakai Adidas dan walaupun diorang tak 'write the future' tapi masih boleh beraksi.

WORLDCUP 2010 : SPAIN AKHIRNYA MENANG & LAGU LAWAK

Hye selamat pagi guys.Amacam sihat?Saya cam biasalah lepas solat subuh tak tidur dan terus menaip untuk korang.Saya masih tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ces apahal ntah!Bikin hati panas je.Sejak kebelakangan ni banyak je pertanyaan formspring masuk.Sorrylah 'tak dapek den nak nolong ' sebab Bean Moreno memang sibuk.So nak sebarkan dakyah blogging ni agak sukar sebab kena tangkap penjahat.Nanti bila saya dah sampai KL saya akan reply ye.


Akhirnya Spain berjaya membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat selepas menang dengan Honduras 2-0.Saya tak dapat nak bagi support sebab mata dah terlalu kuyu.Spain akan jadi kuat kalau first eleven Bosque letak David Villa dengan Fernando Torres kat depan.Dalam Game ni meraka bergandingan di depan dan menghasilkan 2 gol dan kedua2nya datang dari Villa (ingat lagi tak Euro 2008).Walaupun Villa bikin hal sebab tak score untuk penalti tapi oklah janji menang.
Dengan kemenangan ni bermakna peluang Spain semakin cerah dengan Syarat Spain kena menang dengan Chile.Kalau ikutkan kekuatan memang Spain boleh buat cuma diorang tak boleh jadikan Jabulani sebagai alasan.Jangan jadi macam England yang penuh dengan star tapi bagi alasan player injured dan bola Jabulani tu terlalu ringan.Sebagai star itu bukan alasan ok.Kan tak pasal2 kena ejek dengan supporter sendiri.Padan Muka!

Oklah untuk mendatangkan keceriaan kat muka korang yang sememangnya malas pagi2 ni jom kita layan video clip tenda biru tapi bukan dari penyanyi asal dia.Dia kira lagu yang paling femes or video klip yang memang kitorang suka tengok masa kat poli dulu.Agak2 tension nak study je mesti kitorang buka lagu ni nak tarik mood.So bagi yang dah layan jangan la pulak korang cakap Bean Moreno ni ketinggalan zaman ye seba lagu ni pun memang dah lama :




 





 

p/s:

*1* Saya ada banyak gambar2 pelancongan saya jelajah Perak.Nanti saya update kat Bean Moreno ye.
*2* Semalam saya buat kerja gila pergi tangkap gambar kat Istana Sultan Perak malam2 buta.Ntah apa la jadi kat gambar tu.
*3* Selamat Hari jadi kepada Alisya iaitu anak Eyriqazz pada hari ini.
*4* Gambar credit to Providingnews.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails