Showing posts with label internet marketing. Show all posts
Showing posts with label internet marketing. Show all posts

WALAU STRESS DI TEMPAT KERJA TAPI HATI TETAP GIRANG


Hari ni ada rasa sikit rajin la nak update blog sebab banyak masa terluang bila diarahkan supaya menyiapkan laptop company lagi satu.Punyalah susah nak cari driver dia dan disebabkan kat website Twinheadpun dah takde driver untuk model ni saya terpaksa merayap ke forum2 untuk download.Website2 yang ada semua bagi perkhidmatan yang tak ikhlas sebab nak download kena bayar (yelah Bean,mana ada barang free sekarang).Yang best akhirnya saya dapat siapkan configuration untuk router TP-Link yang sengal tuh.

Saya masih stress di tempat kerja sebab email still tak boleh guna dan yang membuatkan kepala rasa macam nak pecah semua orang dalam office bertanyakan soalan yang sama.Soalan yang saya memang tak dapat nak jawab sebab MYNIC tu bukan company saya.Tapi apa yang membuatkan saya sikit gembira ialah bila ada orang bagitau something yang saya rasa berharga lah dalam diri saya.

Saya masih tak faham apa maksud mamat kacak si AnakPerak ni.So saya buat dek je sampai datang pulak lagi satu komen.
Bila dapat je komen ni saya tanpa rasa was2 mesti ada something yang Nuffnang buat kejutan untuk penulis cap ayam macam saya ni.So dengan sepantas kilat saya bukak twitter Nuffnang.Maka keputusannya ini :


Terasa kembang sedikit punggung dan menyebabkan spender saya koyak (tipu jer).Kalau tak silap entri ni saya tulis 24 April.Kalau nak baca boleh baca kat sini.Memang terharu beb.Ada jugak something yang saya buat dihargai.Terasa best je.Nampak sangat Nuffnang ambil berat kat saya.hak3...Saya tulis bukan nak bodek ye.Kalau itu dikira bodek dah tentu buffered bersepah2 kat suterablogger.

Lagi satu yang buat saya happy bila saya received email ni :


Kalau korang dah biasa dapat email ni mesti korang tau kan pasal apa.Saya kalau dapat je email HSBC memang happy dan takde fikir negatif sebab saya takde kredit card HSBC mahupun hutang kereta dengan HSBC.Dan bila dapat email ni memang saya tersenyum sebab itu payment dari Nuffnang.Dalam email tu ada attachment tapi saya malas nak upload.hak3...

Jadi kesimpulan yang kita boleh dapat dari entri ni ialah,usaha kena keras sikit sebab kalau tak usaha macam mana nak dapat hasil dan jangan fokus pada DUIT nanti susah hati.Tak lupa jugak ye Thanks a lot to Nuffnang sebab appreciate hasil tulisan saya.Siapa kata Nuffnang tipu jangan percaya sebab Nuffnang tak pernah tipu blogger cuma payment sampai lambat sikit je.Nuffnang akan hargai korang kalau korang setia dengan Nuffnang.So fikirlah sendiri.

p/s :
- Manalah tau Nuffnang nak kasi advertorial ke...Kasilah eyh....yang murah2 pun takpe saya terima...hak3 (ada nampak cam desperate tak?)
- Tunggu bila check sampai saya publish

MATAHARI TAK KAN SAMPAI KE MALAM - ENTRI 3 IN 1


Saya masih terkejut dan agak sugul sejak pagi tadi selepas membaca entri Rina Salleh tentang pemergian pelawak yang memang ulung di Malaysia.Saya memang begitu minat dengan dia sejak Radio 9 dan disebabkan dialah saya sanggup pasang Astro Warna.Setiap pagi mesti saya akan pasang radio Era untuk dengan drama sebabak & sawancara yang beliau kendalikan.Tapi nak buat macam mana matahari yang Allah kurniakan tak semestinya sampai ke malam.Maka hilanglah satu cahaya kegembiraan Malaysia.So dia dipinjamkan untuk memberi kegembiraan kepada kita dan bila2 masa Allah boleh ambil balik dia sebab itu milik-Nya.Jadi takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.


Oklah cukuplah sampai di sini.Tak payah kita meratapi sangat pemergian dia sebab itu bukan kuasa kita.Semalam saya agak ter kejut dengan kehilangan tarian ads di blog ni.Tapi pada pagi ini Nuffnang bagi saya dua kegembiraan dalam satu masa (sedih ke semalam.xrasapun.hak3).Adakah korang dapat tengok ads saya masih menari2 (maka tak perlulah saya print screen).Ya betul ini bermakna buffered campaign saya masih berjalan seperti biasa dan menyangkal pendapat sebilangan blogger yang akaun saya telah di"banned". Uiks apahal plak nak banned saya tak buat salah.Saya tak join klik2 Nuffnang. Dan di akaun Nuffnang saya jugak buffered belom lagi menjadi metered ye.Lagi satu yang bestnya earning untuk "Project Alpha 2" week 4 dah credit ke dalam akaun.Wah maksudnya saya berjaya melengkapkan ekspedisi "Project Alpha" 4 minggu berturut2.Tak caye eyh tengok ni :


klik untuk tumbesaran sempurna

Yang terakhir sekali,tetiba saya dapat email.Bukan dari Nuffnang ye,sebab saya tak buat fraud click.Ni email dari youthsays yang suruh saya buat satu lagi kempen.Saya dapat satu kempen bertajuk "Digi The Next Level Reality Show".Ni adalah satu realiti TV terbitan digi yang menjemput beberapa ahli perniagaan ataupun usahawan menyertai program ini.Mungkin ala2 "The Apprentice".Mesti best.Nak tau lebih lanjut sila klik link atas ataupun sini.




klik untuk tumbesaran sempurna

Oklah ni je yang dapat saya kongsikan dengan korang buat masa ni.Tghari sikit saya akan sambung lagi sebab nak siapkan report.Pukul 2 ada meeting besar.

p/s :
- Kadang2 sesuatu yang kita dapat tak semestinya kekal.So sementara benda tu ada depan mata tolonglah hargai dan sayangi sebelum terlambat
- Fraud klik ada dalam terms Nuffnang je.Dalam youthsays anda boleh klik beberapa kali pun takpe.Itu tandanya anda menderma kepada saya.Thanx.

BILA PENAT BERJOGET DIA AKAN TAU BERHENTI REHATKAN BADAN



Aaaarrrggghhh...nak menggeliat jap lah penat arini check inventori kolej.Kapala agak sakit sebab banyak sangat.So bila letih, kerja pun jadi sedikit malas sebab tenaga yang diperlukan untuk berjuang hampir habis.Uiks tadi kata bz sangat ni sempat plak taip entri.Abis dah bosan saya buat la apa yang patut takkan nak jadi patung je kat kolej.Saya bukan maskot yang kerjanya berdiri dan ucap selamat pada tetamu.


Apa perubahan yang korang dapat tengok pada blog ni?Cuba teka?Korang tak nampak eyh ada gambar Rihanna naked kat sidebar....Pergilah tengok ni terbaru punya tau...Hak3 mana ada ni blog bersih tak mainlah dapat traffik secara mata keranjang (walaupun saya ni suka tengok perempuan cantik).Yela kalau saya berminat tengok lelaki hensem macam Fahrin Ahmad mana nak letak status Aiensepet.


Oklah sebenarnya perbezaannya ialah tiada ads menari2.Tak taulah apa sebabnya.Mungkin dia dah oenat sangat jadi dia berhenti dan ingin bersara. Mungkinkah tempoh or impression saya untuk iklan tu dah habis ataupun ada kes lain.Pelik tetapi benar.Baru berapa hari je dapat.Tapi tak kisah sebab dah banyak jugak dapat dari tarian tuh.haha...Ataupun mungkin Nuffnang nak hantar penari lain yang lebih menarik.So just positif ok sebab saya tengok ramai jugak yang tiada iklan.Bukan takat saya blogger yang hitz kow2pun macam Narapun xde ads.So rileks sudah.Saya tak kecewa langsung sebab rezeki ada di mana2.


Tadi saya dikejutkan dengan satu ayat dari Dex kat shoutbox.Agak memeranjatkan dan sungguh mengejutkan.Mungkin kebanyakan blogger dapat mail tu tapi saya tak dapat.Nak tau apa kandungan email tu boleh masuk blog Jieda.Tapi malangnya dia dah delete.Senang cita macam nilah,Nuffnang agak mengamuk bila korang main klik2 secara kow2 (total).Maknanya klik2 yang terlalu extreme akan dikelaskan sebagai Fraud click.Nak tau pasal Fraud click gi kat blog ARied.Saya malas nak tulis panjang2 sebab penat dan malas (uiks entri ni tak cukup panjang eyh?).Tapi yang bestnya saya tak kena banned sebab still ada ads running.hak3...Thank god...Alhamdulillah...


p/s :
- Oklah masa untuk pulang dan makan bersama isteri yang comel.
- Ingat kawan2 jangan terlalu ghairah nak buat duit sehingga mencalarkan nasib si penggembala kambing macam saya.
- Kalau korang nak menderma kat saya korang boleh klik link ads yang ada pada entri saya untuk Youthsays.
- Entri tak bergambar sebab saya teramat lapar sekarang ni.Sorry eyh...
- Kak Ina ingat tak kes saya dulu...kelakarkan time tu...

TUTORIAL : NAK BUKAK FB GAK

Entri ni ditulis atas pujuk rayu wife saya yang cantik dan comel tuh.Sebenarnya saya nak tulis entri ni semalam tapi tak sempat.Tapi sebelum baca saya harap korang buang rasa ego tapi moto ego jangan buang rugi.Sebab entri ni boleh mengundang sedikit rasa riak anda.hak2..

Banyak gak la orang tanya saya macam mana nak bukak Facebook kat office kalau dah kene block.Wah sebelum ni saya tak tau(uiks pelik IT support tak tau bypass) hak2 saje je bikin gempak.Saya tau tapi bukan cara ni la kan cara lain.Cara unblock Facebook ada banyak.So ini adalah salah satu yang simple je.Budak kecil pun boleh buat.So kalau sapa yang dah tau tu tolong jangan riak dan merendah2kan orang yang tak tau eyh.Sebab kita bukannya tau semua pasal kehidupan saya nipun just sharing ilmu yang baru saya belajar.

Masih nak tau.Oklah saya ajar tapi make sure jangan bagitau saya ajar kalau kantoi eyh.Bak kata pepatah cina "Anak Ikan makan Anak Ikan,Pandai Makan Pandai Simpan...".

First step ialah pastikan korang boleh masuk ke google.Sebab untuk korang berjaya menyelinap masuk ke FB perlukan google.Taipkan youtube f_proxy pada search bar korang macam ni :

(klik untuk pemandangan lebih jelas)

Step kedua pilih web yang kedua.Youtube Proxy.Tgk gambarajah ye...

(Sudah jelas jangan klik)

Bila keluar je page ni klik proceed anyway :

(Klik kalau korang tak dapat baca)

Bila ABypass dah keluar taipkan laman web apa yang dah kene block.Saya tau yang penting FB kene bukak betul tak???hak2 itu motivation pekerja kan...


Then korang tgkla sendiri apa yang jadi.So seperti mana yang saya cakapla kan.Kalau korang nak buat pastikan tempat clear ok.Jangan jadi bijak buat depan boss.Pastu petik nama blog saya yang tak popular ni.Habis CIA semua ambush rumah saya.Kalau Eyriqazz terjah nak gak at least dapat traffik.

p/s :
- Tolong gunakan bende ni untuk kebaikan.Tak elok buat jahat tau dosa.Saya ajar untuk blogger supaya boleh ping blog kat gengblogger.Sebab kalau tak leh bukak FB tak leh ping.Yang ni saya tak tau samada boleh tak ping GB tanpa FB.Sila beri tunjuk ajar...

- Kelajuan internet akan menjadi perlahan sedikit akibat penggunaan benda ni so berwaspadalah.
- Saya budak baru belajar.Kongsi untuk tambah ilmu.Kalau dah tau jangan berlagak OK!!!

ASEAN LOGIC CAMPAIGN

 


Morning semua.Adus satu kejutan berlaku hari ni di mana pagi2 saya dah produce entri baru.Ini bukanlah satu yang biasa saya buat selaku blogger.Kalau ada pun mungkin sebulan 2 kali perkara pelik dan ajaib ini akan berlaku.hak2.

Semalam saya ke kelas bahasa Jepun bersama Serizawa selama dua jam setengah.Memang cerita tu best giler.Bagi saya kalau nak buat cite gaduh2 xperlu ada heroin sebab akan mencacatkan pergaduhan tersebut.Saya paling tak suka kalau tengok cerita pergaduhan kongsi gelap tetiba ada pulak watak heroin.Memang stim pergaduhan akan bertukar jadi stim lain plak.huh! membosankan. Daripada cerita Crow Zero saya belajar bahawa dalam pergaduhan kita perlu kecoh(ke kongsi gelap jepun memang kecoh!) untuk saiko lawan.Sebab apa sepanjang pergaduhan diorang mesti akan menjerit seperti seorang yang ditinggalkan kekasih.Kadang2 diorang nak pegi makan pun kene menjerit.Mungkin sebab diorang nak order diorang cepat sampai kot.


Oklah apa plak saya melalut pagi2 ni.Just nak share pagi ni bila saya bukak email saya terpanggil untuk buat satu kempen untuk Youthsays.Kempen ni nama dia ASEAN LOGIC iaitu ASEAN Students Engaging Action for Local and Regional Contribution to Society.Mari saya terangkan skit apa dia kempen ni...


Ia merupakan satu forum di mana semua belia ASEAN boleh menyuarakan pendapat dan bertukar ilmu pengetahuan.Forum ni dianjurkan oleh WAWASAN CLUB University Islam Antarabangsa dengan kerjasama Japan-ASEAN Solidarity Fund dan Kementerian Pelajaran Tinggi malaysia.Korang jangan plak ingat ni komuniti untuk blogger macam gengblogger plak ye(No..No..No..jangan salah anggap ye).So saya diberi amanah(wah besar pangkat) untuk mencari supporter bagi merealisasikan forum ni.Sebab objektif kempen ni ialah untuk mencari 5000 klik(unique tau) pada webpage ASEAN LOGIC ni.So jom kita bergabung tenaga untuk support benda ni.APA YANG PENTING!!!..korang tolong jawab ye...

Oklah xboleh nak melalut sangat sebab saya kat umah mak saya dan objektif saya berada di sini adalah untuk membantu mak saya mengmas rumah dan berpindah ke rumah baru.Yeay!!!Perut pun dah lapar dan mak saya dah masakkan makanan yang saya suka iaitu LONTONG GORENG...Wah besh giler...

p/s :
- Kalau korang support saya tolong la support kempen ni dengan mengklik link ASEAN LOGIC tu ye.
- Keperihatinan kita mungkin akan dapat merubah masa depan(uiks ada kene mengena ke???)
- Maaf kali ni takde gambar yang diedit sebab laptop adik saya takde photoshop...

QISKIDZ

Hye saya baru lepas solat Jumaat.Khutbah arini pasal budaya songsang.Jangan risau entri kalau ni xde kene mengena dengan khutbah tadi saje je nak kasi tau manala tau korang xpegi tadi.Entri kali ni saya buat untuk promote blog kawan saya.Tetiba bukak pc tadi die PM Facebook saya :

 

Jadi kepada semua sekarang saya nak promote business blog kawan saya iaitu QISKIDZ.



Ini adalah interface blog dia.tapi bila kita scroll ke bawah kita akan nampak satu gambar yang sungguh cute.


Ni gambar anak tokey kedai merangkap model diorang.Qiz nanti mintak abah duit lebih skit sebab jadi model.Tapi pelik la apahal anak dia cute tapi bapak dia tak hensem(hak2 acah je.kang kene pukul aku).Contoh pakaian yang ada macam ni :


Kat atas ni contoh je.ada banyak lagi barang kat dalam blog die.Kalau sape-sape berminat pegi terjahla blog die and pilih nak beli apa untuk anak korang.So jemputlah ke QISKIDZ.

p/s :
- Kerm ko dah kaya kasi aku royalti skit ha!!!(hak2 aku main2 jela.tapi kalau nak kasi itu rejeki kata orang jawa)

DUIT TWITTER KU

Huh!!!rasanya dulu saya ada tulis entri pasal bende ni.tapi off course la dalam English sebab saya baru je start tulis entri BM start semalam.Perubahan ni lah yang buatkan saya agak keliru.Adakah saya ada split identiti(owh no!!!).

Hm nak cite skit pasal Twitter.Kita tau yang twitter ni merupakan salah satu SN(social networking ye bukan Siti Nurhaliza).So SN ni digunakan untuk communicate dengan kawan-kawan la takkan dengan haiwan plak.Tapi ramai yang tak nak cuba Twitter ni sebab diorang cakap susah dan interface kureng la cha...Tapi bagi saya la kan interface tan cun takpe janji boleh guna.Memang la Twitter agak leceh skit kalau nak compare dengan FB.Tapi bagi saya la kan OK je.tak caya tanya la orang yang guna Twitter.
Ramai orang tertanya-apa yang Twitter ada tapi Fb takde.Simple je...Sebagai seorang blogger setengah tegar seperti saya ni,twitter best sebab widget yang kita boleh guna untuk letak kat blog.Contohnya macam nih :

 Tweets on the Blog

Hm,nampak tak keberkesanan tweets ni dalam blog korang.KENAPA???Jawapan dia simple sekiranya kita ada akaun Geng Blogger link kan je dengan Twitter then tweet kite akan auto update so senangla kite nak promote yang kite dah update blog(senangkan bagi orang yang pemalas).

Apa lagi yang best eyh...Ok sayapun pernah jugak cita pasal tweets yang mendatangkan duit.ADA KE???Dah tentu la ada sebab saya dah try cuma belom cash out je sebab tak cukup limit.Tapi sebelum korang bukak akaun ni saya harap korang ada sifat2 terpuji dalam diri iaitu bersabar macam saya.KENAPA???Ok kalau lah korang ada nuffnang kat blog and then tak sabar-sabar nak dapat earning or check lupakan lah niat elyana korang untuk join bende nih.Sebab earning die lagi lambat.Saya yang dah nak dekat 6 bulan join pun baru dapat skit je.tak percaya...


Ha...sekarang korang percaya tak???Baru RM.4.26 dan yang paling bestnye nak cash out kena achieve RM100 dulu.Mungkin akan mengambil masa seperti seorang ibu mengandung yang menunggu masa bersalin.Tapi tak kisah sebab setau saya awal-awal dia bagi sikit je.Contohnya masa awal-awal join dulu satu iklan dia bagi RM0.15 je tapi sekarang nilai tu dah bertambah satu tweets RM1.00 jadi orang sabar seperti saya ni memang selalu untung.Semalam baru lepas settlekan dua kempen ChurpChurp ni dan hari ni diorang approvedkan tweet tuh.

Nama benda ni ialah ChurpChurp.Benda ni kalau tak silap salah satu syarikat Nuffnang juga.So kalau dah sama mestila ada kaitan dengan iklan.Ya BETUL???Kalau korang nak try bolehla register kat ChurpChurp punya website.Dan kalau lah dia salah satu syarikat Nuffnang maknanya ia adalah bukan SCAM.Sebab dengan Nuffnang pun saya dah cash out 2 kali.Ni tengah tunggu kali ketiga.

SELAMAT MENCUBA YE

p/s :
- Selamat mencuba kalau tak dapat campaign jangan merungut ye tunggu sampai dapat.PASTI ada.
- Kesabaran itu penting sebab kalau tak sabar kita akan stress.
- Jangan lupa mencuba itu amalan yang mulia melainkan kita mencuba untuk pergi ke Karaoke tanpa izin ibu bapa...hakhak...nanti kantoi macam sape???

-= TwIttEr LiNk =-


Morning...Nice to have it blogging again...I am still in fever mode...Still got sore throat...But still have passion to write this blog(actually for money...huhu...& have to)..I still don't have any activities to write(except my kitchen was corked yesterday...do you want to know???hahah)..So i decided to write about internet marketing and some of the method that we can use in social networking.So what else lol...Sharing is caring ma!!!If you care about somebody just share don't blame ok!!!Oooops!!!

Ok in twitter we normally write about product,share what we are doing, and also share links with our followers(i do it everyday)...So yesterday i keep on thinking some of my follower posted short link in their tweets.So i am very curious to know how to do that.So what else i do "Googling" lor!!!

Then I found this :
bit.ly
 



With this thing(maybe it look like rubbish...ahaha) we can shorten our link that we want to post in our tweets simple as that just put your link in the box For example we put suterablogger.blogspot.com:






Then we will get result like this :


After that just copy and paste the shorten links to your tweets...Isn't it easy???ahaha...so let's use this..So it is depends on you either you want to use it or not..I am just sharing and i am not "otai" that can influence you to follow what ever i do.ahaha...Sorry otai!!!So let the technology benefits your usage of internet!!!

p/s : 
- don't forget to tweet me @bean_suterablog...
- Remember sharing is caring ma!!! 
- One thing that people like is ...The service is FREE...



-= ChUrp ChUrP =-



Haha...Its time for me to share something about making money online...Firstly i want to apologize for the crazy idea that i have suggested in the last two days.So past is past lets move on to the next chapter.Life must go on.So that the "Otai" will respect us as a newbie...(haha..if i have blogging since 2006 is it consider as OTAI!!!)...Ok2 stop2..

What i wanna share is about advertisement.For "newbie" blogger the thing that we know about advertising is blog advertising such as adsence(i have use it but...),nuffnang(now using and earning with it),or maybe payperpost(also using it as a tool for earning).But we forgot about one thing or another method of advertisement.That is social networking advertisement.

Blogger and twitter is actually same.Nowdays blogger also is a twitter(me as an example).So have you ever heard about churp churp...It is an advertisement company that works on Twitter.So we can have fun tweeting and also earn money with the system.So let take advantage with it.Maybe we will not earn a lot but we still have something to do.So maybe we will know about something new.

Just try this.so far i have earn some money diong this just tweet n earn.But Remember for muslim please reject the offer that related to alcohol or non-halal product.It is HARAM!!!So before thingking to do something that can make the OTAI mad(haha) so better we change it and try to figure out something that can benefit us.Make your tweets benefit you ok!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails