Showing posts with label Blog Review. Show all posts
Showing posts with label Blog Review. Show all posts

BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

BLOG REVIEW | SI KATAK PINK

Salam guys,

Waduh dah lama rasanya saya tak review blog orang lain sebab kesibukan tahap menteri.  So sebelum skill review blog ni hilang dari kotak memory DDR3 Kingston ni better saya start semula.  Malam ni saya nak review satu blog yang dipunyai oleh adik saya sendiri.  Sampai sekarang saya fikir apasal nick dia Si Katak Pink (gua geli dengan katak beb even nampak ganas).  Mesti ramai yang cakap "Alah nak kasi up adik lah tu".  Ni pun saya review setelah beribu kali dia minta.  Oklah jom start...

Interface :



Dia ni merupakan adik no 2 saya dan dia dah lama ada blog cuma saya saja buat kedekut ilmu tak nak ajar dia.  Sekarang dia dah tau apa yang patut dia buat sebagai seorang blogger even tak nampak dia punya pro lagi.


Komen Bean Moreno :


* Template ringkas, tak sakit mata tapi kalau boleh sila kemaskan lagi aturan.
* Blogger bukan macam myspace sebab blogger lebih pro so tulisan kena nampakkan kita ni faham, apa itu blogging.  Bagi saya tak sesuai kalau guna tulisan 'warna manja gedik'.


* Kedudukan iklan dalam blog itu penting so sila tukar kedudukan itu kalau header letak betul-betul kat header dan kalau sidebar letak kat sidebar sebab itu satu cara dapat buffred earning.


* Ada satu benda yang saya memang anti iaitu autoplay so sebelum saya yang buang baik buang sendiri (pergh gaya samseng plak).  kalau nak letak lagu sila jangan buat autoplay sangat menyakitkan minda.


* Sila manage size gambar sebab kalau gambar tak ngam maka akan 'makan' sidebar.


Mintak maaflah ye even adik pun kena mintak maaf sebab takut kalaulah terasa hati susah plakkan. hak3...


Blog Name : Si Katak Pink
URL : http:/sikatakpink.blogspot.com
Blogger : Fiza Si Katak Pink



p/s :


* Satu review RM5 wahai adikku haha

BLOG REVIEW | THE KAK INA KL

BLOG REVIEW | THE KAK INA KL

Salam guys,

Kali ni saya nak review satu blog yang korang anggap dia otai dalam blogging ni.Ya dulu dia sama-sama up dengan saya tapi sekarang dia lebih hebat.Kalau korang rajin pi event Nuffnang memang akan jumpa dia dengan manager dia.Wah siap ada manager lagi tau.Siapa tak kenal Kak Ina KL chef blogger kita kan.

Interface :



Komen Bean Moreno :


* Macam yang kita tau blog kak ina ni satu je kelebihan dia dia tulis apa yang dia buat termasuk tips blogging.So apa info yang ada dalam blog ni jujur bukan Ctrl C + Ctrl V.


* Widget kat blog kena tersusun so nampak kemas sebab susunan widget pun menampakkan kesungguhan kita blogging.


* Kita kena anggap blogging itu sama macam masuk Akademi Fantasia.Gunakan ruang dengan baik sebab ruang tu akan menarik minat readers.


* Tab Link kat atas tak nampak so readers tak perasan.


So macam biasa lah saya mintak maaf kalau review saya ni tak kena dengan citarasa owner blog.Just pandangan dan pendapat seorang blogger cap kentang putar. 


Blog Name : TERTUNAILAH HASRAT DI HATI
URL : HTTP://KAKINAKL.COM
Blogger : Kak Ina KL



p/s :


* kak bila nak masak untuk saya lagi?

BLOG REVIEW | MYVITRD

BLOG REVIEW | MYVITRD

Salam guys,

Dah lama tak buat blog review.So kali ni saya nak share satu blog iaitu MyviTRD.Pernah masuk tak?Jangan takut ni bukan blog jual kereta ataupun spare part Myvi.Nama je Myvi mungkin sebab dia pakai Myvi Putih.First of all saya buat review pasal saya agak tertarik dengan komen dia semasa saya tengah takde mood hari tu ...



Memang dengan komen ni saya cuba lawan kemalasan dan akhirnya dapat buat satu entri.Anyway thanks bro sebab bagi saya something yang boleh mengembalikan mood berblog saya.Kalau nak ikutkan saya baru sekali jumpa dia itupun kat Nokia Ovi yang baru je approve saya punya apps selepas tarikh tamat.


Interface :




Komen Bean Moreno :


* Page tak berat dan simple tapi kalau boleh background tukar yang lebih menarik sikit.


* Bagi saya header itu melambangkan identiti blog.So bila saya tengok header blog ni terasa macam blog travel agency.Sorry bro ni pendapat saya je...


* Isi dan cara penulisan agak menarik.Yang apling saya kagum cara dia tulis entry tu pendek tapi boleh faham.Kalau lah saya boleh buat entry pendek-pendek kan best.


* Dalam blogging ni kita perlu psyco readers dengan gadget-gadget (tapi tak perlu banyak) susunan widget itupun penting untuk psyco.


Macam biasalah sorry kalau review saya ada tak kena dengan citarasa owner blog.Tu apa yang saya lihat dan rasa.Apa-apa pun saya memang suka baca blog ni even tak komen pun.


Blog Name : Cinta Hatiku Sampai Ke Syurga
URL : http://www.myvitrd.com/
Blogger : MyviTRD

BLOG REVIEW | JMR

BLOG REVIEW | JMR

Selamat malam guys,

Saya mau review blog siapa mau direview?Status ni wujud kat dalam facebook profile saya sebab saya terasa amat kering idea.Hanya beberapa orang sahaja yang berminat mungkin sebab traffik saya tak tinggi atau komen saya tak cukup ikhlas.hak...Ok hari ni saya nak review satu blog yang merupakan Nuffnangers dan juga seorang kawan yang support blog ni.Nama blog tu JMR (sayapun tak tau nama betul dia mungkin JAMAR BAHAR.hahah).


Interface ...



Dia ni antara blogger yang aktif pergi event dan banyak kali dapat tiket screening.Apa rahsia bro?Tapi lepas ni attendlah event aku ngan Melz.hoho...


Komen Bean Moreno :


* Interface memang kemas.Ini barulah blogging bukan serabut dengan peliharaan lain.Template kalau kita tengok memang tak sakit mata.


* Dia ni photogragher ada kamera mahal wo!!!So saya suka bila tengok gambar yang dia ambil.Ko boleh geng dengan Carlsamsudin lah bro...haha


* Sepatutnya dalam blogging kita perlukan facebook share sebab effek dia lebih hebat dari facebook like.So bro button share ko terlalu comel orang tak perasan.


* Apa kata ko tukar twitter widget yang mention punya.Satu sebab boleh nampak conversation dengan detail & dua lagi interactive sebab boleh gerak-gerak.So bila ko letak link entri kat tweet orang akan nampak interaksi.


Akhir sekali saya nak mintak maaf kalau komen saya ni ada terbuat empunya blog sakit hati.Saya komen bukan untuk menjatuhkan tapi pandangan peribadi je.Harap-harap ko tak terasa ye dan terima kasih sebab support Bean Moreno.




Blog Name : JMR23
URL : http://jmr23.com
Blogger : JaMaR BaHaR



p/s :


* Ajarkan aku menagkap photo bro!

BLOG REVIEW | THE SHARKOX

BLOG REVIEW | THE SHARKOX

Selamat malam guys,

Dah lama eyh saya tak buat sedekah blogging.Dah lama tak review blog lain.So hari ni saya terasa macam nak buat amal jariah kat maya.Hari ni saya nak review satu blog nama dia Sharkox.Pernah masuk tak?Kalau blom jom layan ...

Interface :



Actually mamat ni dulu suka komen-komen blog ni tapi sejak dua menjak tiga menjak ni dah takde.Takpe mungkin dia sibuk sekarang sebab dah ramai peminat.

Komen Bean Moreno :

* Interface dah menarik memang masuk je terang hati nak membaca.Cuma satu je kasi balance sikit ang punya sidebar dengan body post.Sidebar ang sangatlah comel.hak3...

* Apa yang buat blog ni bagus pada pandangan mata kasar bukan sebab owner dia kacak tapi cara dia elaborate isu memang sempoi.

* Dia pandai guna kartun untuk ceritakan isu yang dia nak up.Saya memang suka tengok ayat dalam cloud kartun dia.

Sorrylah bro kalau saya terlebih komen sebab itu citarasa saya.Kalau tak nak ikutpun takdehal sebab itu blog hang dan saya tiada hak ke atas blog itu.hahah...Tapi apa yang boleh saya rumuskan blog ang memang best!

Blog Name : The Sharkox
URL : http://thesharkox.blogspot.com/
Blogger : Sharkox

p/s :

* boleh ajar saya buat kartun tu tak?hahaha
* Jangan angpun tutup blog macam apyzs dah le...Review terus close blog

APA KAITAN BEAN MORENO DENGAN PAKATAN BLOGGER

APA KAITAN BEAN MORENO DENGAN PAKATAN BLOGGER



Salam guys,

Hari ni tiada tazkirah sebab terlalu busy dengan keduaniaan.hak3...Jangan salah faham sebab tadi saya pi Sembahyang Jumaat ye.Saya ada dua soalan.Soalan pertama ialah apa benda baru dalam blogsphere yang korang tau?Ni takde kene mengena dengan ads company baru.Soalan kedua ialah apa yang akan jadi kalau ramai blogger berpakat?Jawapannya sama iaitu Pakatan Blogger.

Apa itu Pakatan Blogger?Korang jangan ingat asal pakatan je mesti politik takpun group untuk menjatuhkan kerajaan.Owh tidak selaku seorang Skinhead Tegar satu ketika dulu saya memang 'Politic Hater!'.Pakatan Blogger ialah satu komuniti dari blogger untuk blogger.Faham tak?Ini bermaksud dalam web komuniti Pakatan Blogger terdapat macam-macam info untuk blogger.Silap-silap nanti tutorial untuk mendirikan rumahtanggapun ada beb.hak3...




Yang ni adalah entry pertama Bean Moreno untuk Pakatan Blogger.Entri simple dan harap-harap readers boleh faham sebab saya publish entry ni malam Jumaat.So korang kena fahamlahkan.Mood riang sedang naik kepala.Nak baca boleh usha sini.Kepada korang yang sememangnya blogger dan mempunyai idea korang jangan malu-malu drop by ke Pakatan Blogger then baca.Kalau nak publish entrypun boleh.Kita pegang satu falsafah je dalam blogsphere ni.'Sharing Is Caring'...


p/s :


* Semalam kalau tak silap cuma ada 6 entry je tapi hari ni dah berlambak.
* Thanks to Melz sebab bukak opportunity. 

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

Salam guys,

Tahukah korang pasal Blog Pilihan Malaysia?Sayapun sebenarnya baru dapat tau tentang benda ni dan baru tau yang dia dikelolakan (cewah BM kelas tinggi siot) oleh saudara Azman Ruslan.Blog Pilihan Malaysia ni berkaitan vote untuk pilihan blog mana yang best mengikut kategori.Kalau tak silap ada 6 kategori iaitu Blog Personal Lelaki Pilihan, Blog Personal Perempuan Pilihan, Blog Personal Suami Pilihan, Blog Personal Isteri Pilihan, Blog Tutorial Pilihan dan juga Blog Lawak Pilihan.

Korang dah vote ke blom?Kalau blom pi vote sekarang!Ni adalah vote saya :

1. Blog Personal Lelaki Pilihan - Zack Zukhairi :



Korang pernah usha blog ni tak?Rugi kalau tak masuk sebab memang best! Katun dia simple tapi mesej dia memang kuat dalam kartun-kartun tu.Kenapa saya cakap blog ni layak dapat Blog Pilihan Malaysia ialah sebab dia ni jarang update bak kata omputih 'Once in the bluemoon' je feed dia naik.Tapi visitor ni kow!Daya penarik blog ni ialah setiap cerita katun yang dia publish berkaitan dengan hidup or mungkin diri dia kot itu pasal smooth je jalan cerita dia.


2. Blog Personal Perempuan Pilihan - Cik Epal :




Minah ni memang korang semua kenal lah kan.Dah berkurun header dia sama je.Saya kenal dia ni tahun 2008 tapi kat maya je.Realiti belum pernah jumpa lagi sebab dia takut kena tembak peluru paintball.Background sama colour dengan blog ni tapi visitor ni terlebih banyak.Apa lagi epal payung skit link ke sini.haha...Daya penarik blog ni ialah cara penulisan dia yang memang sempoi.Dulu dia kurang nak tonjolkan gambar-gambar dia tapi sekarang ni bertukar style.Mungkin dulu dia banyak jerawat kot!haha...Yang ni pun sama,sekali dia update visitor masuk berduyun tiba!


3. Blog Personal Suami Pilihan - Eyriqazz :




Dia ni pulak memang antara blogger yang rapat dengan saya.Dulu di up sebab dia buat segmen terjah blogger.Semua blogger dari sebesar-besar nama sampai sekecik-kecik anak dia nak terjah.Template simple je dan header memang menampakkan yang dia ni agak berumur (tapi belum lanjut).Daya penarik blog ni ialah kekerapan dia publish entry dan idea-idea dia memang syok.One more thing anak dia memang cute...


4. Blog Personal Isteri Pilihan - Kak Ina KL :




Actually dia start blogging sama time dengan saya.Dulu kebanyakan content dia pasal masakan atau resipi yang dia tau.Walaupun saya lelaki saya selalu masuk blog dia kalau terasa nak makan.Kira dulu bolehla kalau kita nak cakap niche blog dia ni ialah resipi dan makanan.Tapi sekarang ni dia ada selitkan aktiviti harian dia.Daya penarik blog dia ni ialah dia tak sorok-sorok yang dia adalah ibu.Korang baca lah blog dia memang kita dapat rasa naluri keibuan dia yang kuat.Kalau korang jumpa dia silalah tanya siapa yang set domain dia?hak3..Salah seorang blogger yang memang rapat dengan Bean Moreno.Seorang blogger yang memang rajin blogwalking...


5. Blog Tutorial Pilihan - Mari Bina Blog :




Yang ni saya rasa layak kita panggil authority blogger sebab kalau kita terfikir nak ubah blog kita dari template sampai ke widget mesti boleh kalau refer kat blog dia.Cukup complete.Bro Nesca ais ni memang gempak bab-bab modi blog.So kalau korang terasa template or widget blog korang tu agak kureng just drop in ke sini dan refer tutorial dia.Memang berkesan.


6. Blog Lawak Pilihan - Tubelawak : 




Saya jarang masuk blog ni tapi bagi saya content dia memang menarik.Bukan takat benda lawak je ada kadang-kadang ada gak article yang sedih.Ada jugak kadang-kadang sedih tetiba at last lawak.Daya penarik blog ni ialah tempate yang simple dan menarik and then content dia agak best.So boleh hilangkan serabut bila usha blog ni.


So ni blog-blog yang saya undi.Semua blog platform blogspot.Baru pakai blogspot dah hebat belum lagi tukar ke self-hosted blog mesti lebih gempak!Satu je tolong jangan tanya kenapa blog ni tak tersenarai.Sebab jawapan dia ialah saya still belum layak nak masuk!hahaha...Apa lagi pi undi blog yang korang rasa layak kat Blog Pilihan Malaysia 2010! Kepada yang tersenarai tahniah Anda Memang Layak berada di Carta!

BLOG REVIEW | APYZS ACTIVE BLOGGER

BLOG REVIEW | APYZS ACTIVE BLOGGER

Selamat malam to all readers.Rasanya dah lama saya tak review blog lain tapi agak sibuk atau alasan paling kukuh ialah bilangan blog di Malaysia dah bertambah banyak menyebabkan saya agak keliru untuk me'review' blog-blog yang wujud.Yelah kalau saya sesuka review tanpa sebab nanti ada pulak yang menyamar jadi annon untuk menjatuhkan maruah saya yang sememangnya suci dalam debu ni.

Ok hari ni saya nak review satu blog baru yang saya jumpa ketika berjalan kaki blog ke blog.Penat wooo!Saya tak pasti samada korang perasan tak kewujudan blog ni (alamak agak kasar kan ayat ni).So kalau tak perasan hari ni saya nak review sikit eyh.Kali ni saya nak review blog yang bernama Apyzs | Active Blogger. Jom usha...

Interface :



Simple je kan interface dia.Hitam itu emas lagi beb.Actually saya perasan dia selalu intai saya tukar baju (oops) sebab link dia mesti ada dalam shoutmix saya.Anyway thanks eyh Apyzs sebab masuk blog ni yang mungkin tak berapa nak informatif sebab saya suka menulis ikut apa yang ada dalam kepala otak.


Komen Bean Moreno :


* Bab interface blog saya tak boleh nak komen sangat sebab sayapun takde la bagus sangat design template tapi kalau boleh guna warna terang tak kiralah untuk body post ataupun background.Sebagai contoh kalau kita dah guna background gelap so body post letaklah terang untuk bagi readers sejuk mata.


* Content blog actually ok dan kalau nak lagi best bila kita nak upkan entri yang ada dalam surat khabar jangan just copy & paste atau bahasa robot ctrl + C & ctrl + V.Untuk bagi keratan akhbar tu best kita tambah sikit apa yang perlu contohnya komen kita untuk cerita tu or apa-apa yang boleh bagi kelainan.


Satu benda yang saya suka pasal dia ni ialah dia tak pernah putus asa mungkin tu kot dia pilih tagline active blogger.Saya still ingat lagi time dia baru nak up kan blog dia dia pernah down sebab ada orang suruh dia tutup blog (poll).Ala rileks ar awal-awal blogging takkan terus nak jadi pro macam Fazreen kot.Mana boleh kenalah pijak anak tangga pertama & daki sampai atas baru boleh jadi rockstar writer.So korang kalau tercari-cari mana nak blogwalk simple je just masuk je blog Apyzs sebab tiada bayaran dikenakan hanya dia je yang akan dapat bayaran dari Nuffnang.hak3...


Blog Name : Apyzs Active Blogger
URL : http://apyzs.blogspot.com/
Blogger : Apyzs

MAMAKU JUGA SEORANG BLOGGER BEB!

PERSONAL : MAMAKU JUGA SEORANG BLOGGER BEB!

Selamat tengahari guys,apa cer?Dah lunch ke blom?Saya still ada kat rumah mama lagi sebab masih ada something yang perlu di'settle'kan.Hari ni takde idea ataupun aktiviti yang best nak cerita kat sini.So bikin entry personalpun ok gak kan.

Dulu saya ada buat entri pasal wife saya seorang blogger.Ni masa aiensepet baru belajar macam mana nak tulis blog.Sekarang tiba masa untuk mama saya pulak merasa situasi menjadi seorang blogger.Setelah dipujuk rayu dan dimasakkan Nasi Ayam akhirnya saya kalah dengan rundingan damai tersebut dan akhirnya terhasillah HUSNOR.BLOGSPOT.COM.Sebenarnya sayapun ada terfikir nak suruh mama buat satu blog so dia boleh release stress dengan menulis lagipun mama seorang bekas Guru Pakar BM nak jugak saya tengok dia menulis blog.So lepas ni takdelah dengar mama membebel lagi sebab semua dah dia tulis kat dalam blog (ooops).

Saya tak sempat nak buatkan custom template untuk mama sebab takde idea.Nanti bila saya free saya akan buatkan.So ni lah interface blog mama saya buat sementara :



Amacam smart tak?Ni default je.Nanti kalau saya free siap header saya buatkan.Selain mama ada lagi anggota keluarga saya yang ada blog sendiri iaitu :


Aini Haslina - aihashus301.blogspot.com
Aini Hafiza - ainihafiza.blogspot.com
Syafiq - terompahcaring.blogspot.com
Nurul Aien - aiensepet.blogspot.com


Jadi kepada blogwalkers ni saya bagi satu kemudahan untuk korang cari blog2 baru.Harap2 blogger2 semua dapat support blog diorang sampai berjaya macam korang sebab setiap orang bermula dari bawah dan tak mungkin terus ke atas.Jadi andai kata kalau Suterablogger dah menuju ke zaman kejatuhan saya masih boleh berbangga sebab saya dah lahirkan ramai blogger.Dan kira ada lah warisan.


p/s :
* tak sabar nak tunggu entri daripada mama saya.

BLOGGER HELP BLOGGER : TERIMA KASIH ANAK PERAK



Salam guys,Saya menaip entri di kala waktu staff2 lain pergi lunch sebab waktu lunch saya ialah pada pukul 1.30 petang.Agak lewat dari manusia normal biasa sebab saya adalah robot yang ditugaskan untuk memberi keceriaan kepada orang lain.Hari ni hosting untuk kolej problem diebabkan MYNIC DNS pointing bermasalah.Walau macam mana pun saya tetap gembira sebab terdapat perubahan dalam blog ni.Tadi saya ada mengadu yang tulisan entri saya amat kecil dan telah ditegur oleh Eyriqazz yang mengatakan dia juling mata membaca entri saya (mungkin pengaruh Fatimah Juling kot.hak3).


Komen Eyriqazz untuk saya.Takpe bro nanti saya belikan spec kat focus point.hak3...

Tapi ada seorang blogger yang saya rasa baik hati dan hebat telah men"settle"kan masalah saiz tulisan blog ni.Nak tau siapa?Dia adalah Anak Perak.Anak Perak atau Helmi.Saya mula2 jumpa mamat Anak Perak ni masa SamSung Corby kat Sunway Lagoon.Then sekarang ni bila event je mesti ada muka dia.Saya baru mintak tolong tak sampai 10 minit dia dah reply balik.


email terpaksa dirahsiakan atas nasihat doktor

Dan akhirnya


Benda yang saya godeh2 selama dua hari dia kasi settle 20 minit je.Memang hebat mamat ni kalau nak dibangdingkan dengan Bean Moreno.So apa2 pun terima kasih banyak2 Helmi sebab tolong saya.Nanti bila2 kita lepak saya belanja makan McD.Dalam hidup ni tak semua benda kita tau so kita perlukan orang lain untuk tolong kita.Kita tak boleh nak sombong dan bangga diri.Mungkin kita hebat bab buat duit online tapi bab CSS kita lemah.Mungkin kita ada duit beli kereta tapi bila rosak kita kena panggil Mekanik untuk repair.So manusia memerlukan antara satu dengan yang lain.Jangan terlalu riak dengan kehebatan kita sebab itu kurniaan Allah ye.

p/s :
- Helmi ko rasa entri aku ni boleh tak masuk contest ko tuh.Kalau boleh kasi aku menang terus eyh...hak3...aku promote ko ni...

ENTRI PAGI YANG DIBUAT UNTUK BERSEDEKAH


Morning guys,saya masih pening mengkaji sistem CSS yang ada dalam template ni.Sebenarnya tujuan dia satu je untuk dapatkan tulisan yang besar.Tapi setelah berkali2 mencuba Bean Moreno masih belum berjaya.Ni yang buat Bean Moreno nak menyanyi ni (mentang2 baru lepas karok semalam.hak3).

"Apa salahku,Apa salah ibuku.Templateku masih begitu..."

So sape2 yang hebat dalam CSS tolonglah Bean Moreno yang perlukan kasih sayang seorang CSS Pro.Tak nak la kacau Melz sebab diapun ada life dia kan.Sebagai seorang kawan saya faham dia sibuk.Tapi kalau Bro NescafeAis nak tolong lagi tergolek2 saya suka.Mak aiyh push2 rockstar buat kerja Lu siapa?hak3...

Oklha hari Isnin ni saya berniat nak sedekah kat orang.Bersedekah bukan semestinya bagi duit tapi dengan perbuatan pun kita boleh bersedekah.Dalam blog pun boleh.Tadi masa saya blogwalk bloglist saya saya ada terbaca entri kat blog Syafiqah.Dia ada buat entri pasal menguji tahap ketagihan berblogging.Jadi sayapun dengan rasa tak bersalah terus klik dan jawab soalan dia.Soalan2 yang diajukan kat dalam memang logik.Dan ini adalah tahap ketagihan saya dalam blogging (saya jawab dengan jujur tau,takde tipu2 langsung) :






74%How Addicted to Blogging Are You?




Tahap ketagihan saya masih belum kritikal walaupun telah disound oleh aiensepet berkali2 kerana asyik menghadap blog sahaja.At least saya dapat tunaikan tanggungjawab saya ye tuan2 & puan2.

Oklah,kita teruskan ke something yang mengejutkan.Apa benda eyh?Hari tu masa birthday aiensepet saya balik ke rumah mama dan tetiba adik saya bertanya.Betul ke buat blog boleh dapat duit.Saya cakap lah ye.Rupa2nya dia dah ada blog dan tanya saya macam2 pasal blog.Jadi sayapun turunkan sikit ilmu hitam apa yang saya tau pasal blogging ni.Yelah saya bukannya hebat sangat just tau basic2 je.Kalau korang terasa macam nak blogwalking masuklah blog dia ni.Nama dia Aini.


Tuan punya blog - Aini


Template or Interface

Harap korang boleh support dia sebab dia ni beginner lagi.Dan kebanyakan entri semua pasal perjalanan enjin kereta Kancil dia je.hak3...Dan mungkin kalau korang support dia dia boleh jadi cam Cik Epal ke?Mana tau kan boleh saya pow duit Nuffnang dia.hak3..Komen untuk aini :

- Template kasi cerah sikit.Sila pilih template di BTemplates ye 
- Kasi kurang sikit shortform nanti orang tak faham
- Jangan terlalu personal entri tu eyh

Oklah rasanya cukup sampai sini je entri ni.Ada task penting kalau tak nanti kena marah.Dengar cerita DNS pointing server kat MyNIC ada masalah.So website2 yang down jangan marah ye.

p/s :
- Ni cara saya bersedekah di dalam blog.Tak rugipun kasi link kat orang sebab benda tu akan datang balik kat kita dan memang kita perlukan benda tu pun
- Ingat adik Aus je ke boleh ada blog.Adik sayapun boleh tau...hak3...

BLOG REVIEW : CIK EJAA


At last saya dapat juga masuk ke blog dia.Jenuh saya fikir apakah yang telah terjadi kepada blog Cik Ejaa.Pusing kiri,pusing kanan semua tak boleh.Hari ni barulah sempuna.Boleh dah saya nak baca and komen blog dia.Oklah tak nak cita panjang saya nak review blog dia.Sebab hutang dah lama sangat ni.Rasa bersalah pulak simpan lama2.

Blog ni memang sempoi dan interface lama berbentuk diari tapi dia dah tukar...Syukur Alhamdulillah.

Interface :


Owner :


Mesti korang tertanya2 siapa dia ni kan.Oklah actually dia ni follower ke-300 saya.Dan saya dah terlambat nak buat review pasal blog dia sebab saya terlalu busy.Actually hari ahad saya ada plan nak buat tapi blog dia plak saya tak leh nak masuk.So hari ni saya buat.Sorry ye cik ejaa...

Tak dinafikan blog minah ni memang kebanyakannya pasal personal life dia.So korang boleh lah gi masuk blog dia & baca entri dia yek...


p/s :
- Tengah kebingungan...Banyak masalah kolej dah macam masalah Malaysia dah...hak3...

WIFE SAYA SEORANG BLOGGER


Hye guys,rasa cam tak bestla kalau Bean Moreno tulis satu post je satu harikan.Walaupun say rasa cam dah puas hati dengan traffik yang saya dapat takat ni tapi saya nak tulis lagi.Kenapa?Buat apa jadi blogger kalau tak konsisten update.Readerpun bosan betul tak?Kita walaupun dah jadi blogger kita kena bayangkan yang kita juga seorang loyal reader kepada blog kita.Barulah kita dapat tau apa yang reader kita nak.



Hari ni hari bersejarah bagi saya dan wife sebab hari ni wife saya officially dah ada blog dah akhirnya dia nak taip entri kat blog dia.Bukan saya paksa tapi saya bagi dorongan.Buat permulaan ni saya just biar apa yang dia nak buat dengan blog dia.Contohnya macam template, widget,dan cara menulis.Biar dia feel sendiri apa itu blogging.Actually blog tuh dah lama create kalau tak silap tahun 2008 just dia taknak menulis.So hari ni tanpa pengetahuan saya dia dah start menulis apa yang dia rasa dalam kehidupan dia.

Interface :


Blog Owner :




Aiensepet


Comel tak wife saya.Ni semua idea Aus supaya racun wife saya buat blog.Dia kata best kalau lakibini ada blog.Selama ni saya just tengok Ajid ngan awek dia ada blog.Terasa macam cool.Dalam blog wife saya dia mungkin akan tulis pasal feeling dia.Yela baru dua entri mana la saya tau apa dalam otak dia.hak3


So harap2 korang supportla blog dia sepertimana korang support blog saya.Sebab setiap insan berhak untuk dapatkan kegembiraan...Support tau...

BLOG REVIEW PART 3 - AUS MELANKOLIK

Owh minta maaf sebab hari ni lambat post entri ye.Saya terbangun lambat akibat melayan karenah wife saya yang ingin menonton "Bohsia".Jadi lepas saya dah habis layan "Bohsia" kamipun tido.Hari ni saya & wife cuti so tengah merancang untuk keluar ke mana2 sahaja yang kami mahu.Tapi malangnya...Masih Buntu...hak2...Jadi kesimpulan dok umah layan Astro.

Hm..Hari ni saya sangat happy sebab dapat tengok ramai kawan2 blogger update blog.Baru la dapat rasa cabaran untuk tulis entri and dapat cilok idea.Tapi jangan salah faham ye saya cilokpun then elaborate guna idea saya sendiri dan ukan copy paste.Kalau korang perasan tips ke, tutorial yang ada kat dalam blog ni adalah atas pengalaman saya selama 2 tahun berblogging dan menggunakan blogspot.hak2.Takde niat nak show off cuma berkongsi.Kalau saya nak show off baik saya tunjuk je earning saya kat Nuffnang yang ciput tuh. 

Entri kali ni saya nak up kan satu blog.Ni je yang boleh saya bagi untuk hargai bloggers2 yang masuk blog ni & baca entri yang saya tulis.Untuk pengetahuan umum(alamak ayat berita la plak) ni adalah kali kedua saya review blog dalam bahasa malaysia.Kali pertama adalah review untuk Blogshop Qiskidz.Kali ni saya nak review ataupun orang kata ambush seorang blogger yang nama dia AUS.

Sebelum saya letak interface dia harap korang semua tak pengsan.Jangan terkejut atau menganggap korang salah masuk blog ataupun blog ini ditutup.Interface dia belom habis di"renovate".Mungkin dia belum habis bayar Eric Leong kot.hak2.

Ni interface Blog dia :


Tuan punya blog :


Kan saya dah bagitau jangan pengsan ye bila masuk sebab dia tgh make over blog dia dan mencari ketenangan untuk buat header.hak2.Oklah saya cerita sikit macam mana saya boleh kenal dia.First time saya jumpa dia "Astro Byond Blogger Night" dan dia ni salah satu team member saya dalam mencari pembunuh.Tapi malangnya kami kalah...So sapa kata yang pegi Nuffnang event tak boleh dapat kawan dan traffik.

Walaupun korang tengok interface dia agak simple(saya suka jugak template yang simple) tapi cuba korang baca entri dia dulu.Kalau korang baca entri dia korang dapat tau betapa hebatnya mamat ni berimaginasi.Tak caya cuba baca entri:


ATAU MUNGKIN INI


Nah sekarang macam mana dah percaya.Banyak lagi entri dia ynag bagus2 n untuk pengetahuan korang dia ni pandai main content,keyword dan juga label.Korang boleh baca entri ni :


Korang jangan salah faham ye.Blog dia takde sexual content yang boleh menaikkan nafsu.Sebab kalau nak yang betul2 baik tgk kat redtube(ooops apakah ini???).Saya sudah berumah tangga jadi saya tak perlukan ini semua.Entri kat atas ni la yang buat blog dia meletup2 dah ramai visitor serta followers.Apa lagi yang boleh saya cakap selain daripada "Lu memang best bro!!!".Dia ni jugak seorang blogger yang aktif ngan Nuffnang dan dengar cerita dapat bufferred dari Nuffnang untuk bulan ni!!!Ces apahal aku tak dapat???

Kalau korang nak tau dia ni dalam usaha mengorat seorang model.Nak tahu sapa tanya la dia.Tak nak la buakak cerita ni nanti AUS bawak naik court...hak2

p/s :
 - Aus ko nak buat header baru ke???Meh aku tolong buatkan...amacam ade beran???
- Ko ingat ko je boleh terjah aku.Nah aku terjah ko secara terang2an nanti kalau dah femes kasi belanja sama aku ok...
- Credit to Deydeq untuk gambar AUS.Deq aku memang selalu masuk blog ko kalau ko update la...hak2
- Siapa seterusnya...Kita saksikan episod AMBUSH yang akan datang...
- Kalau saya tak update maknanya saya sedang sibuk ajar seorang "adik" untuk buat blog.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails