UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

Salam guys,

Tahukah korang pasal Blog Pilihan Malaysia?Sayapun sebenarnya baru dapat tau tentang benda ni dan baru tau yang dia dikelolakan (cewah BM kelas tinggi siot) oleh saudara Azman Ruslan.Blog Pilihan Malaysia ni berkaitan vote untuk pilihan blog mana yang best mengikut kategori.Kalau tak silap ada 6 kategori iaitu Blog Personal Lelaki Pilihan, Blog Personal Perempuan Pilihan, Blog Personal Suami Pilihan, Blog Personal Isteri Pilihan, Blog Tutorial Pilihan dan juga Blog Lawak Pilihan.

Korang dah vote ke blom?Kalau blom pi vote sekarang!Ni adalah vote saya :

1. Blog Personal Lelaki Pilihan - Zack Zukhairi :



Korang pernah usha blog ni tak?Rugi kalau tak masuk sebab memang best! Katun dia simple tapi mesej dia memang kuat dalam kartun-kartun tu.Kenapa saya cakap blog ni layak dapat Blog Pilihan Malaysia ialah sebab dia ni jarang update bak kata omputih 'Once in the bluemoon' je feed dia naik.Tapi visitor ni kow!Daya penarik blog ni ialah setiap cerita katun yang dia publish berkaitan dengan hidup or mungkin diri dia kot itu pasal smooth je jalan cerita dia.


2. Blog Personal Perempuan Pilihan - Cik Epal :




Minah ni memang korang semua kenal lah kan.Dah berkurun header dia sama je.Saya kenal dia ni tahun 2008 tapi kat maya je.Realiti belum pernah jumpa lagi sebab dia takut kena tembak peluru paintball.Background sama colour dengan blog ni tapi visitor ni terlebih banyak.Apa lagi epal payung skit link ke sini.haha...Daya penarik blog ni ialah cara penulisan dia yang memang sempoi.Dulu dia kurang nak tonjolkan gambar-gambar dia tapi sekarang ni bertukar style.Mungkin dulu dia banyak jerawat kot!haha...Yang ni pun sama,sekali dia update visitor masuk berduyun tiba!


3. Blog Personal Suami Pilihan - Eyriqazz :




Dia ni pulak memang antara blogger yang rapat dengan saya.Dulu di up sebab dia buat segmen terjah blogger.Semua blogger dari sebesar-besar nama sampai sekecik-kecik anak dia nak terjah.Template simple je dan header memang menampakkan yang dia ni agak berumur (tapi belum lanjut).Daya penarik blog ni ialah kekerapan dia publish entry dan idea-idea dia memang syok.One more thing anak dia memang cute...


4. Blog Personal Isteri Pilihan - Kak Ina KL :




Actually dia start blogging sama time dengan saya.Dulu kebanyakan content dia pasal masakan atau resipi yang dia tau.Walaupun saya lelaki saya selalu masuk blog dia kalau terasa nak makan.Kira dulu bolehla kalau kita nak cakap niche blog dia ni ialah resipi dan makanan.Tapi sekarang ni dia ada selitkan aktiviti harian dia.Daya penarik blog dia ni ialah dia tak sorok-sorok yang dia adalah ibu.Korang baca lah blog dia memang kita dapat rasa naluri keibuan dia yang kuat.Kalau korang jumpa dia silalah tanya siapa yang set domain dia?hak3..Salah seorang blogger yang memang rapat dengan Bean Moreno.Seorang blogger yang memang rajin blogwalking...


5. Blog Tutorial Pilihan - Mari Bina Blog :




Yang ni saya rasa layak kita panggil authority blogger sebab kalau kita terfikir nak ubah blog kita dari template sampai ke widget mesti boleh kalau refer kat blog dia.Cukup complete.Bro Nesca ais ni memang gempak bab-bab modi blog.So kalau korang terasa template or widget blog korang tu agak kureng just drop in ke sini dan refer tutorial dia.Memang berkesan.


6. Blog Lawak Pilihan - Tubelawak : 




Saya jarang masuk blog ni tapi bagi saya content dia memang menarik.Bukan takat benda lawak je ada kadang-kadang ada gak article yang sedih.Ada jugak kadang-kadang sedih tetiba at last lawak.Daya penarik blog ni ialah tempate yang simple dan menarik and then content dia agak best.So boleh hilangkan serabut bila usha blog ni.


So ni blog-blog yang saya undi.Semua blog platform blogspot.Baru pakai blogspot dah hebat belum lagi tukar ke self-hosted blog mesti lebih gempak!Satu je tolong jangan tanya kenapa blog ni tak tersenarai.Sebab jawapan dia ialah saya still belum layak nak masuk!hahaha...Apa lagi pi undi blog yang korang rasa layak kat Blog Pilihan Malaysia 2010! Kepada yang tersenarai tahniah Anda Memang Layak berada di Carta!

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails