TIPS : APA YANG KORANG KENA TAU PASAL STATUS GLITERATI




Oklah tiba masa untuk saya share sedikit tips pasal Nuffnang.Mungkin ramai yang dah tau tapi dalam Malaysia sahaja ada beribu2 blogger dan statistik menunjukkan setiap hari akan wujud 2 blog baru (yang ni saya main pajak je).Mungkin juga ada blogger yang tak perasan pasal status glitterati diorang atau mungkin dengan penerangan ini ramai blogger yang tak guna Nuffnang akan berhijrah (ooops) ataupun ramai yang lain nak jadi blogger (alamak,Bean jangan larikan niat blogging orang boleh???!!).

Sebelum apa2 biar saya bagitau korang apa itu status Glitterati.Kalau ikut Nuffnang Glitterati ialah :

"Blogger yang hanya menggunakan ads service dari Nuffnang dan tidak meletakkan codes ads company dari SEA (asia tenggara)"

Macam mana nak dapat status ni :

"Just place ads dari Nuffnang then jangan letak code ads company lain"

Apa advantage yang korang dapat dari status Glitterati :

1) Nilai Cost Per Click

Kalau ordinary member korang just dapat RM0.15 je untuk satu klik ads.Tapi bila Glitterati korang akan dapat RM0.25.Beza seposen.Memang tak nampak banyak tapi seposen pun duit.Itu kalau satu klik cuba kalau seratus?

2) Payment Terms

Yang ni memang ramai akan mengeluh.Asyik2 dapat check lambat.Tapi tak tau status korang.Kalau ordinary korang akan receive payment dalam 60 hari.Tapi kalau Glitterati dalam masa 30 hari.Jadi kepada ordinary member jangan merungut kalau dapat payment korang lambat.

3) Advertorial

Advertorial ni memang agak susah nak dapat tapi tak mustahil.Korang just perlu usaha lebih sikit.Advertorial adalah entry khas yang korang buat untuk advertiser.Kira macam iklan besarlah.Korang perlu tulis apa yang advertiser nak sahaja ikut spec.Yang penting bayaran dia mahal dan lumayan.

4) Event

Saya dah banyak kali cerita pasal event Nuffnang ni.Dan dah banyak yang saya join.Dalam event ni je korang dah boleh dapat macam2.Nak tau lebih baca [ini].

5) Kontest

Yang ni pun agak best.Kalau korang perasan banyak kontest yang ada kat Nuffnang.Ada yang menang dapat hadiah & ada yang menang dapat duit.Bukan cikai2 tau.Semua best2.Just check je kat side bar blog Nuffnang sebelah kanan.

6) Innit

Yang ni ramai Nuffnanger lupa.Korang bukan takat boleh ping entri kat Gengblogger je.Kat innit pun boleh tapi kene ada Glitterati kalau ordinary member mintak maaflah ye.Pergi cari alternative lain.

Tulah serba sedikit penerangan apa itu status Glitterati.Yang penting korang kena tau apa yang boleh membuatkan status tu tetiba je kena tarik.Korang akan terasa macam pengawas yang kena lucutkan jawatan (saya pernah rasa).Apakah sebab yang membolehkan status ni ditarik oleh Nuffnang.Satu je sebab dia ialah bila korang letak ads dari company competitor.Siapa?Faham2 sendirilah.

Oklah nak tau penerangan dalam English korang boleh tengok kat blog atau baca kat [sini].Lepas blogwalking tadi baru saya tau dan perasan bahawa Youthsays juga dikira sebagai competitior Nuffnang.So berhati2lah ye...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails