Showing posts with label Samseng. Show all posts
Showing posts with label Samseng. Show all posts

36 ITU SAMSENG?

36 ITU SAMSENG?




Salam guys,

Mula-mula saya nak tanya korang adakah menjadi samseng itu cool?Sebenarnya nombor ni saya dah lama dah dengar sejak saya still student lagi.Saya still ingat masa saya study kat Poli dulu (poli mana itu biarlah saya rahsiakan) memang ramai jugak yang agak taksub dengan budaya samseng ni.Pantang kene cuit sikit je mulalah kepak jadi kembang.Tapi hakikatnya bila keluar je dari tempat study kepak yang tadi lebar mula jadi kuncup dan jalan mula tunduk.ces!

Saya tertarik dengan article Harian Metro hari ni iaitu No 36 Cetus Kegusaran.Dah baca?Kalau belom jom layan sat :

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas bimbang berikutan wujud nombor ‘36’ dipercayai milik kumpulan kongsi gelap yang diconteng pada beberapa blok rumah pangsa Sri Perak di Bandar Baru Sentul, di sini.Kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini bertindak liar dengan menconteng nombor pengenalan kumpulan di beberapa dinding. Wanita yang mahu dikenali sebagai Ani, 60, berkata dia pernah terserempak beberapa ahli kumpulan terbabit ketika mereka menconteng dinding di satu tingkat sebuah flat. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan. “Ini bukan perbuatan gengsterisme. Perbuatan (menconteng nombor 36) tidak ada kaitan aktiviti gengsterisme. “Bagaimanapun, kami akan lihat lebih teliti perkara ini. Polis tidak mahu wujud gengsterisme di kalangan penduduk,” katanya sebaik selesai majlis dialog bersama penduduk flat itu, semalam.

Actually menjadi samseng itu dah kira macam budaya dah bagi teenagers dalam Malaysia.Semua gara-gara tengok cerita Young & Dangerous.Actually saya dah lama nak tulis pasal gangsterisme ni cuma takut nanti ada pihak2 yang terasa.Tapi setelah lama berfikir buat apa saya nak jaga hati orang sedangkan ada ke orang peduli pasal saya.Nak marah-marah la...Kalau kita fikir balikkan atau kita baca article kat atas ni kita tengok diorang di takdelah samseng sangatpun.Kenapa saya cakap macam tu?Setakat conteng dinding...Samseng ke?

Saya banyak kali bedepan dengan orang yang bergelar samseng atau lebih kasarnya yang mengaku mereka ni Kongsi Gelap.Alamak memang lawak la.Kata kongsi gelap tapi nak melepakpun takde duit.Patutnya kalau dah mengaku kongsi gelap poket kene lah kepok.Nampak sangat tak faham maksud kongsi gelap.Semua poyo je.Ni heboh cakap diri tu kongsi gelap kononnya tapi rokokpun mintak orang belikan.Tak macho langsung.hak3...

Ramai yang mengaku diri kongsi gelap tapi ada tak diorang tanam dalam hati susah sama susah,senang sama senang?Takde beb yang diorang amalkan bila lu senang lu dengan gua tapi bila lu susah lantak lu lah.Mustahillah bila korang susah 'abang-abang' korang akan datang tolong.Tapi cuba kalau diorang yang susah kelam kabut telefon suruh datang.So mana 'brotherhood'nya?Kalau diorang takde duit maka akan sibuklah yang lain buat kutipan tapi bila orang bawah tengah sengkek,ada diorang nak amik tau.Ces mintak maaf lah der...Takde...haha...

So kepada ahli-ahli kongsi gelap saya mintak maaflah ye.Saya just cakap apa yang saya nampak je dan kalau ada yang membaca sepatutnya bukan korang patut marah tapi korang kena baiki keadaan yang sememangnya harus diperbaiki.Jangan jadi penakut!Bangun dan sedar kita ada dalam realiti bukan maya.





p/s :

* Samseng eyh...kalau berani lawanlah dengan Pendekar Mustar!

TIPS : FOLLOWER JUGA BOLEH MENJATUHKAN MORAL BLOG OWNER


Salam semua,Dah lunch ke blom?saya baru balik lunch ni tgh tunggu boss kasi dana untuk beli software.So lepas je saya dapat dana tu saya dah takde depan pc sebab kena pergi Low Yatt angkat barang.Saya tak sempat nak baca surat khabar dan kalau baca pun isu bukan2 je keluar contohnya Suami Toreh Kemaluan Istreri,Nenek Kene Tikam Denga Cucu, dan banyak lagi berita yang boleh buat kita fikir negatif.Jadi buat masa ni saya akan kurangkan baca surat khabar.Sehingga pihak akhbar tukar berita headline yang menggembirakan.

Chan Ho Nam ramai follower.Tapi cuba bayangkan kalau bila dia perlukan follower dia buat dek je 

Mungkin entri ni pendek je sebab actually just nak tunjuk kat korang maksud follower sebenarnya.Benda ni saya dah pernah tegur dua kali dan ni masuk kali yang ke-3 (yelah lepas dua memanglah 3).Ramai di antara kita yang still tak sedar maksud follower dalam blogging.Betul2 memang syok kan "I follow,you follow" tapi sedarkah kita dengan cara itu ia akan bagi blog owner down.Ye memang betul pada mata kasar bila follower kat blog itu ramai readers lain akan terpengaruh dan beranggapan blog itu paling best la konon nak lagi jelas sila baca sini.Oklah biar saya terangkan maksud follower dulu yek.

Follower - pengikut yang sering mengikuti perkembangan atau penulisan blog yang di"follow"

Ok bila kita dah follow blog itu tanggungjawab kita seterusnya ialah mengikuti apakah yang di"update" oleh penulis.Jadi untuk apa kita follow sesuatu jika kita tak minat dengan apa yang dia ada?Sila jawab ye blogger.Kalau korang tak sanggup nak buat sedemikian sila jangan follow.Ok sekarang saya akan cerita kenapa follower boleh buat blogger itu down.

Secara logiknya bila blog itu ada follower yang banyak ia juga boleh mempengaruhi traffik yang dijana ke blog tu.Macam mana?Senang je sebagai contoh Suterablogger ni yang tak berapa nak banyak follower dan traffiknya.Follower kat blog ni cuma ada 521 orang.Secara logiknya juga kalau follower itu genuine maka sekali update traffik yang sepatutnya masuk ke Suterablogger akan bersamaan dengan >200.Dan kalau semua followers menjalankan tanggungjawab maka traffik blog ni akan menjadi 521 unique sehari (ni kalau follower semua online,tak sakit perut or sebagainya).Itu kalau kita ambil Bean Moreno kena migrain dan publish entri satu je sehari.Betul ke tak?Sila jawab...

Tapi kalau Bean Moreno tetiba hari tu makan kismis doa lepas tu tetiba pulak otak jadi cargas maka dia akan update 3 kali.Jadi perkiraannya akan jadi 521 x dengan 3.Tolong jawabkan berapa?So sekarang korang nampak tak apa yang terjadi?Adakah susah nak dapat traffik tinggi kalau semua follower beri kerjasama.Disebabkan inilah juga moral seorang blogger itu akan down.Bila follower di blog nya itu banyak tetapi bila check stats rendah dan memang tak masuk akal.Contohnya Follower 600 tapi traffik 60 atau paling tinggi 150 apa perasaan blogger tersebut?Sila jawab?Itu satu bab,lagi satu bab ialah follower ramai tapi komen ciput.Ni tak boleh nak buat apalah kan kalau dia sendiri susah nak letak komen kat blog orang lain.

Jadi silalah bertindak bijak.Bukan saya nak larang tapi dah banyak blogger yang saya baca entrinya masa blogwalking merungut traffik sikit tapi saya tengok follower pergh banyak gila.Dan kalau korang fikir2 balikkan ,kalau semua follower buat apa yang patut selaku seorang follower kita dah tak payah nak pakai system yang generate traffik macam easyhitz dan macam2 lagi.So think wisely.Enjoy blogging.

p/s :
- Sanggupkah kita tengok seorang blogger tutup blog sebab give up dan puncanya adalah kita.Renung2kan dan selamat beramal...
- Alamak panjang jugak entri ni...

ASEAN LOGIC CAMPAIGN

 


Morning semua.Adus satu kejutan berlaku hari ni di mana pagi2 saya dah produce entri baru.Ini bukanlah satu yang biasa saya buat selaku blogger.Kalau ada pun mungkin sebulan 2 kali perkara pelik dan ajaib ini akan berlaku.hak2.

Semalam saya ke kelas bahasa Jepun bersama Serizawa selama dua jam setengah.Memang cerita tu best giler.Bagi saya kalau nak buat cite gaduh2 xperlu ada heroin sebab akan mencacatkan pergaduhan tersebut.Saya paling tak suka kalau tengok cerita pergaduhan kongsi gelap tetiba ada pulak watak heroin.Memang stim pergaduhan akan bertukar jadi stim lain plak.huh! membosankan. Daripada cerita Crow Zero saya belajar bahawa dalam pergaduhan kita perlu kecoh(ke kongsi gelap jepun memang kecoh!) untuk saiko lawan.Sebab apa sepanjang pergaduhan diorang mesti akan menjerit seperti seorang yang ditinggalkan kekasih.Kadang2 diorang nak pegi makan pun kene menjerit.Mungkin sebab diorang nak order diorang cepat sampai kot.


Oklah apa plak saya melalut pagi2 ni.Just nak share pagi ni bila saya bukak email saya terpanggil untuk buat satu kempen untuk Youthsays.Kempen ni nama dia ASEAN LOGIC iaitu ASEAN Students Engaging Action for Local and Regional Contribution to Society.Mari saya terangkan skit apa dia kempen ni...


Ia merupakan satu forum di mana semua belia ASEAN boleh menyuarakan pendapat dan bertukar ilmu pengetahuan.Forum ni dianjurkan oleh WAWASAN CLUB University Islam Antarabangsa dengan kerjasama Japan-ASEAN Solidarity Fund dan Kementerian Pelajaran Tinggi malaysia.Korang jangan plak ingat ni komuniti untuk blogger macam gengblogger plak ye(No..No..No..jangan salah anggap ye).So saya diberi amanah(wah besar pangkat) untuk mencari supporter bagi merealisasikan forum ni.Sebab objektif kempen ni ialah untuk mencari 5000 klik(unique tau) pada webpage ASEAN LOGIC ni.So jom kita bergabung tenaga untuk support benda ni.APA YANG PENTING!!!..korang tolong jawab ye...

Oklah xboleh nak melalut sangat sebab saya kat umah mak saya dan objektif saya berada di sini adalah untuk membantu mak saya mengmas rumah dan berpindah ke rumah baru.Yeay!!!Perut pun dah lapar dan mak saya dah masakkan makanan yang saya suka iaitu LONTONG GORENG...Wah besh giler...

p/s :
- Kalau korang support saya tolong la support kempen ni dengan mengklik link ASEAN LOGIC tu ye.
- Keperihatinan kita mungkin akan dapat merubah masa depan(uiks ada kene mengena ke???)
- Maaf kali ni takde gambar yang diedit sebab laptop adik saya takde photoshop...

SAMPAI UNTUK BERJUANG


Haloo saya dah sampai di rumah dan akhirnya dapat online tanpa gangguan internet yang perlahan.Rasa kurang best sekiranya saya hanya dapat kuarkan satu entri sahaja.Bukan sebab nak popular tapi bila benda yang ada dalam kepala dibiarkan kering maka migren akan datang menyerang.Jadi janji saya pada blog ni bahawasanya saya Bean Moreno yang kacak akan update blog sekiranya ada ruang.

Esok saya masih bercuti so boleh tidur lewat skit.Hajat di hati nak tengok bola live tapi macam takde match melibatkan team saya yang boleh saya anggap looser jugakla season ni.Terasa rugi plak bayar duit membership season ni.Bila fikir2 balik macam season depan saya nak sokong...OOOOPPPS tidak mungkin pasukan MANCES(MU) sebab saya bukan bomoh nak sokong setan.So better saya sokong FELDA UNITED je kot.Kalau kalahpun tak sakit hati sangat.




Sambil saya tulis entri ni saya juga berpacaran dengan DVD player sambil menyaksian DVD Crow Zero.Hak2 akhirnya saya dapat jugak cari DVD cite ni.Disamping belajar cara2 menjadi samseng saya juga sedang dan dapat belajar satu perkataan Jepun iaitu "Hait" yang bermaksud baiklah.hak2 senang je tak susahpun bahasa Jepun.Alangkah best kalau saya dapat jadi watak Serizawa.Pergh cool bapak nye.Dah la kacak.Huh!!!dalam cite ni takde heroin jadi memang kene fokus kat pergaduhan Yakuza je.


Apa yang best kat cite ialah pergaduhan di antara sekolah.Suzuran VS Houssen(pergh macam nama bapak gua).Tak tau pulak kat Jepun samseng die bodoh dan lawak.hak2 memang bestla dalam lawak2 diorang bergaduh pun tetap A.tak macam samseng Malyasia gaduh bila agak tak boleh makan gerak lari.Ada jugak yang tau kasi arahan je tapi bila gaduh maik aih menyorok ini saya pernah tengok sendiri badan je besar tapi dia punya penakut...mak aih...hak2 itu cerita lama sekarang tutup buku lama bukak buku baru.Cerita baru ialah sekarang saya seorang blogger yang menulis ikut kepala yang mereng.So sapa tak puas ati mai datang jumpa saya biar saya ajar nak susun widget macam mana...hak2.

Oklah masa untuk beri tumpuan pada pergaduhan Yakuza.Nak feeling2 rasa macam zaman jahat dulu2.Nak tau pasal cite zero crow boleh beli DVD dia murah je RM6 di Muar Johor.hak2...Kalau kat Uptown RM8 je.Gi beli...Esok saya tulis sambung tulis entri balik.Challo betta...
p/s :
- Jangan terpengaruh nak jadi samseng nnt menyesal
- Dahulu masa di sekolah saya sering dibuli sebab terlalu comel tapi sekarang tidak lagi...hak2...
- Jangan anggap saya ni jahat k...saya seorang yang romantis...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails