Showing posts with label Domain. Show all posts
Showing posts with label Domain. Show all posts

INVESTMENT DALAM BERBLOG

INVESTMENT DALAM BERBLOG



Salam Guys,

Entri kali ni bukan nak ajak korang pi buat MLM ataupun beli saham.  Kalu bab-bab investment dalam kehidupan korang boleh refer blog Matjoe sebab kalau korang refer blog ni memang investment tu tak menjadi.  Yang pakar bagi saya ialah Matjoe sebab sayapun selalu refer pada dia.

Persoalan pertama entri ni,  apa yang korang faham pasal investment untuk blog korang?  Actually ramai yang tak tau betapa perlunya investment untuk blog.  Bagi saya ada beberapa investment yang perlu korang buat untuk blog korang kalau korang nak maju dalam dunia blog ni.

1. Investment Untuk Gadget

Seorang blogger perlukan gadget untuk berblog contohnya macam laptop, hanphone, dan juga kamera.  Selain dari tu software edit gambarpun korang perlu ada dan tau guna.  Ni benda-benda penting yang mana kita sebagai serang blogger perlu ada.  Yelah takkan kita asyik nak pinjam laptop or komputer orang je bila nak taip entri.  habis kalau tuan punya laptop tu pun blogger takkan dia nak bagi muka kat korang plak.

So dengan gadget-gadget nilah korang akan dapat belajar dan lakukan kerja korang sebagai blogger.  Takkan asyik nak cari gambar kat google je kan.  Tak prolah kan.


2. Investment Pada Blog Impression (Penampilan)

Yang terbahagi kepada dua iaitu 'template' dan juga Header.  Dua benda yang kebanyakan orang tak ambil port pun dan kalau nak ikutkan remeh.  Tapi kalau korang buat benda remeh ni dia dapat tolong blog korang.  Dulu sayapun tak ambil port tapi lepas kaji balik dua benda ni memang penting.

Kita ibaratkan blog itu rumah kita, template itu struktur rumah,  header itu laman rumah,  dan gadget itu perabot.  Korang nak buat open house,  korang malu tak ajak orang dengan keadaan rumah yang bersepah dan jugak serabut serta tak lengkap dengan perabot.  Lepas tu korang kena fikir dengan keadaan rumah yang serabut (tak nak cakap kotor takut ada pulak blogger cakap saya hina blogger lain).  Tu kena fikirlah sendiri. 

So kalau korang dah cari kat net takde yang berkenan invest lah sikit duit pada orang yang pakar buatkan template untuk korang.  At least korang dapat template yang orang tak pakai dan benda tu boleh attract visitor datang.

3. Investment Untuk Domain or Hosting

Domain dan Hosting itu memang penting dalam berblog.  Memang akan ada orang cakap alah ada je blog yang stil 'dotblogspotdotcom' yang berjaya.  Ada je blogger yang still tumpang domain blogspot dapat banyak visitor.  Jawapannya ye memang boleh tapi adakah blog korang macam tu.  Korang puas hati ke dengan performance blog korang.  Ni rahsia, sila jangan bagitau orang lain. hak3...  

Sila bayangkan korang ni ialah advertiser korang nak iklankan product korang contohnya pada Utusan Online.  Kalau lah korang tengok domain utusan.blogspot.com korang rasa keyakinan korang tu menebal tak?  Itu adalah satu logik online business.  Kenapa ramai advertiser iklankan produk kat website dan blog selain mereka tengok Alexa dan Page Rank.

Korang cuba fikirlah kan betul ke tak apa yang saya share dengan korang ni.  Kalau korang ada pendapat yang berbeza korang boleh bagitau tapi dengan cara berhemah.

p/s :

* Kalau korang tak sanggup keluar duit sedikit duit untuk invest pada blog so silalah jangn bising earning tak naik-naik.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

MACAM MANA DARI BLOGSPOT NAK PAKAI DOMAIN SENDIRI


TIPS - MACAM MANA DARI BLOGSPOT NAK TUKAR DOMAIN SENDIRI

Yeay!Saya dah kat Teluk Intan dah ni.Kenapa saya suka hati?Sebab bila tengok schedule yang ada nama Teluk Intan maka bermakna itu adalah hentian outlet terakhir yang perlu saya lalui.So esok boleh la saya main 'kawin-kawin' dengan aiensepet (ooops ni hal orang dewasa ye.kanak2 bawah 21 sila abaikan).Malam ni mungkin akan pergi ambil gambar sekeliling Teluk Intan sebab blog lagi satu dah bersawang.

Oklah kita sambung topik kat atas.Saya ada dapat dua 'Formspring' dari cik annon yang baik.Yelah biasa annon boleh kita spesifikasi sebagai penjahat siber sebab asyik kondem blog orang je kan.Tapi kali ni annon ni bertindak sebagai pemberi pahala kepada Bean Moreno.Kenapa?Sebab dia tanya ilmu so bila saya sebarkan ilmu saya dapat pahala (sembahyang cukup tak bean?).

Sekarang saya reveal apa yang patut korang buat selaku pengguna blogspot tapi nak berdomainkan dot com.Bukan nak tunjuk pandai lah kan.But juts share sebab saya ada ternampak satu kesalahan yang dilakukan blogger bila tukar domain sendiri.

1) SILA PILIH DOMIAN YANG SENANG ORANG INGAT

Yang ni memang selalu orang bikin silap dan mungkin tak perasan.Biasanya kalau nak pilih domain biar ringkas dan unik.Bila ringkas dan unik maka orang akan senang ingat.Bila orang senang ingat maka diorang akan datang.saya bagi contoh eyh...

Buayasarawak.com
Bujangsenang.com

Pada hakikatnya memanglah sama panjang perkataan nya.Tapi 'wording' dia yang membezakan domain tu bakal berkuasa di maya.Sebab buaya sarawak tu susah nak sebut.Kalau bujang senang orang dah memang awal2 lagi ingat lagi satu nama tu memang top dan lagend.So itu dah boleh membuatkan nama blog korang naik.Korang nampak tak perbezaan.

2) BELI DOMAIN

Apa?FREE!!korang ni nak benda free je eyh.Masuk tandas pun RM1 tau kat Low Yatt.Alah kalau korang memang minat apa salahnya invest sikit.Tak percaya tanya Matjoe berbaloi tak invest kat dot com.Setahun RM29.90.Kalau tak silap harga dah naik sikit dah.Korang boleh dapatkan domain yang available kat netkl.com ataupun datakl.com.Kalau tanya yang mana bagus saya tak boleh nak bagi pandangan sebab saya guna Godaddy dan setakat ni Godaddy tak mengecewakan saya.

3) SETTING BLOGAPOT

Yang ni agak penting ye sebab kalau korang salah setting maka domain korang akan terbengkalai.So pastikan setting betul.Setting dia lebih kurang macam ni :

1- Login blogspot
2- Setting
3- Switch to Custom Domain
4- Kat ruang Your Domain : www.bujangsenag.com (ni contoh jelah)
5- Jangan lupa 'tick' "Redirect {domain}.com to www.{domain}.com"



6- Tunggu untuk domian tu bergerak cargas

Oklah saya rasa itu je yang penting.So selamat mencuba eyh.Saya nak pergi melepak dulu....

p/s :
- Mungkin saya akan export blog ni ke wordpress tapi mungkin dalam dua bulan lagi.
- Ingat nak cover buat gambar cun2 since cc ni just ada paint je maka terimalah ye...

DUA BENDA BERMAKNA BAGI BEAN MORENO SEPANJANG MINGGU NI

Morning guys,si romantik ni kembali menulis.Semalam just boleh produce satu entri je sebab terlupa makan kismis doa.hak3...takde lah saya hanya terlalu busy semalam sampai kena buat OT.Nasib baik aiensepet balik lambat kalau tak dah tentu dia kebuluran kat LRT Taman Bahagia.Hoho (saya tak sekejam itu ye).Semalam ingat nak makan Pizza baru tu tapi apakan daya tak sempat.So hari ni akan membalas dendam sambil2 masuk kontest Nuffnang - Pizza Hut.

Actually benda ni cerita kelmarin tapi saya tak tulis atas desakan nafsu yang memaksa saya tulis tips.Yelah korang kalau takde tips bukan nak bacapun entri dalam ni,hak3...Semalam saya dapat dua sampul surat.Biasanya saya dapat surat dalam mailbox (bukan email ye) saya akan terus buang,Tapi dua surat ni saya simpan.Nak tau apa saya dapat :

1) CHECK NUFFNANG

Apahal hidung aku kembang sangat tuh.Amount tetap menjadi rahsia

Hm,dah dapat dah check Nuffnang saya.Kali ni on time.Maybe dulu2 saya cash out tak kena time yalah samalah macam nak pinjam duit tengah2 bulan baru mintak pinjam memang lah takde sebab semua tengah kering.Ni check ke -4 saya dengan Nuffnang.So orang kata rezeki kan.Ada lagi 2 cashout yang still pending (tu penangan orang yang tak sabar).Saya takde niat nak berlagak just nak kasi semangat kat korang je supaya berusaha untuk dapat kan sesuatu & tolonglah jangan sesekali korang pandang duit.Tulis dulu baru fikir duit.Bila korang fikir duit maka korang susah nak menulis.Duit tu akan block mentaliti korang.

2) KAD KAHWIN BLOGGER CUN AINA

cantik tau card ni

Apa2pun thanks to Cik Aina sebab sudi hantar card ni untuk saya.InsyaAllah saya akan attend sebab tempat tak jauh dari rumah mak saya.First time makan nasi minyak golongan blogger2 ni.Saya pernah jumpa Cik Aina ni sekali je masa main Paintball tapi tak dapat nak beramah mesra sebab time tu terlalu ramai.

Oklah actually ni nak isi masa apang sebelum kena present dengan pihak MQA.Nampak gayanya turn saya dah hampir tiba so kalau sempat saya akan post entri baru petang lepas solat Jumaat.Chow...

p/s :
- Dengar cerita ramai yang nak tukar domain?Betul ke?
- Doakan saya dapat buat terbaik untuk MQA ni sebab mungkin ni kali terakhir saya akan buat MQA visit untuk kolej ni
- Gila ke nak buang dua2 benda ni dalam tong sampah!hak3

BERITA GEMBIRA DARI KENGKAWAN


Selamat pagi,saya baru siap print report so sebelum saya present still ada masa untuk saya bercengkerama dengan korang.Minggu ni saya agak sibuk sehinggakan saya terpaksa buat kerja balik ke rumah.Badan letih2 dan rasa macam nak pergi SPA (bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ye).

Akhirnya saya dapat hantar video untuk jadi Guest Blogger Project Alpha.Actually dah tak fikirpun sebab malas melanda diri.Tapi terasa tak best kalau tak hantar or submit task minggu 9 (b).Jadi kepada korang tolong lah vote video saya yang tak seberapa itu.Video yang bertajuk Bean Moreno - Project Alpha Guest Blogger.Memang agak perit bila suruh orang vote tetiba kena pulak Register.Takpelah saya tak paksa tapi kalau boleh votelah ye.hak3...

Minggu lepas boleh lah saya namakan sebagai minggu penukaran domain untuk kebanyakan blogger dan boleh diletakkan dalam kalendar sebagai cuti umum.Yelah Geng Gagak Hitam sahaja dah berapa orang tukar domain.Ada pulak yang tukar tak nak bagitau.Tapi takpe saya boleh detect dengan alat terbaru ciptaan Smart Shop.Nak tau Geng Gagak Hitam siapa yang dah tukar domain :

- Melromeo.blogspot.com dah tutup sekarang Melromeo.com
- Eyriqazz.blogspot.com dah bungkus sekarang tukar Eyriqazz.com
- Sigilatv.blogspot.com sekarang kat Tanjung Rambutan sekarang dah jadi Cikliliputih.com
- Tertunailahhasratdihati.blogspot.com (mak aiyh punya panjang) dah jadi Kakinakl.com

Minggu lepas jugak menjadi medan pertempuran blogger2 yang tukar template.Geng Gagak Hitam yang dah tukar template :

- Kakinakl.com (yang ni saya marah.selamba je delete hasil kerja saya)

So sebagai seorang insan kita memang dituntut melakukan perubahan untuk diri kita dari baik ke lebih baik.Apa yang dilakukan oleh mereka memang bagus sebab boleh merubah apa yang diorang nak dalam blogging walaupun kena invest sikitlah kan.Yelah nak hasil yang "kick" kenalah keluar duit.Jangan kedekut sebab nanti jadi macam Haji Bakhil.

Kesimpulannya silalah vote saya sebagai Guest Blogger Project Alpha eyh.Kerjasama anda amatlah dihargai.Sekalai lagi kalau nak vote sila lah ke Guest Blogger Project Alpha.

p/s :
- saje2 try mengharap tu tidaklah kan sebab ramai lagi contestant yang gile kentang

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails