Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

INVESTMENT DALAM BERBLOG

INVESTMENT DALAM BERBLOG



Salam Guys,

Entri kali ni bukan nak ajak korang pi buat MLM ataupun beli saham.  Kalu bab-bab investment dalam kehidupan korang boleh refer blog Matjoe sebab kalau korang refer blog ni memang investment tu tak menjadi.  Yang pakar bagi saya ialah Matjoe sebab sayapun selalu refer pada dia.

Persoalan pertama entri ni,  apa yang korang faham pasal investment untuk blog korang?  Actually ramai yang tak tau betapa perlunya investment untuk blog.  Bagi saya ada beberapa investment yang perlu korang buat untuk blog korang kalau korang nak maju dalam dunia blog ni.

1. Investment Untuk Gadget

Seorang blogger perlukan gadget untuk berblog contohnya macam laptop, hanphone, dan juga kamera.  Selain dari tu software edit gambarpun korang perlu ada dan tau guna.  Ni benda-benda penting yang mana kita sebagai serang blogger perlu ada.  Yelah takkan kita asyik nak pinjam laptop or komputer orang je bila nak taip entri.  habis kalau tuan punya laptop tu pun blogger takkan dia nak bagi muka kat korang plak.

So dengan gadget-gadget nilah korang akan dapat belajar dan lakukan kerja korang sebagai blogger.  Takkan asyik nak cari gambar kat google je kan.  Tak prolah kan.


2. Investment Pada Blog Impression (Penampilan)

Yang terbahagi kepada dua iaitu 'template' dan juga Header.  Dua benda yang kebanyakan orang tak ambil port pun dan kalau nak ikutkan remeh.  Tapi kalau korang buat benda remeh ni dia dapat tolong blog korang.  Dulu sayapun tak ambil port tapi lepas kaji balik dua benda ni memang penting.

Kita ibaratkan blog itu rumah kita, template itu struktur rumah,  header itu laman rumah,  dan gadget itu perabot.  Korang nak buat open house,  korang malu tak ajak orang dengan keadaan rumah yang bersepah dan jugak serabut serta tak lengkap dengan perabot.  Lepas tu korang kena fikir dengan keadaan rumah yang serabut (tak nak cakap kotor takut ada pulak blogger cakap saya hina blogger lain).  Tu kena fikirlah sendiri. 

So kalau korang dah cari kat net takde yang berkenan invest lah sikit duit pada orang yang pakar buatkan template untuk korang.  At least korang dapat template yang orang tak pakai dan benda tu boleh attract visitor datang.

3. Investment Untuk Domain or Hosting

Domain dan Hosting itu memang penting dalam berblog.  Memang akan ada orang cakap alah ada je blog yang stil 'dotblogspotdotcom' yang berjaya.  Ada je blogger yang still tumpang domain blogspot dapat banyak visitor.  Jawapannya ye memang boleh tapi adakah blog korang macam tu.  Korang puas hati ke dengan performance blog korang.  Ni rahsia, sila jangan bagitau orang lain. hak3...  

Sila bayangkan korang ni ialah advertiser korang nak iklankan product korang contohnya pada Utusan Online.  Kalau lah korang tengok domain utusan.blogspot.com korang rasa keyakinan korang tu menebal tak?  Itu adalah satu logik online business.  Kenapa ramai advertiser iklankan produk kat website dan blog selain mereka tengok Alexa dan Page Rank.

Korang cuba fikirlah kan betul ke tak apa yang saya share dengan korang ni.  Kalau korang ada pendapat yang berbeza korang boleh bagitau tapi dengan cara berhemah.

p/s :

* Kalau korang tak sanggup keluar duit sedikit duit untuk invest pada blog so silalah jangn bising earning tak naik-naik.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

GADGET : IPAD DAN CARA NAK BELI KAT MALAYSIA


Hye salam guys,kejap je dah Sabtu dan esok dah Ahad.Saya ada kat Port Dickson ni sebab ada 'family gathering' kat rumah makcik (ni takde kena mengena dengan upacara pinang meminang ye).Yelah asyik2 'blogger gathering' je kadang2 'family gathering'pun kena pergi jugak.Tak pasal2 saya dapat info business dari pakcik saya.Sebenarnya saya dengan beberapa orang blogger yang lain ada plan nak bikin satu gath tapi mungkin biulan 7 sebelum puasa kot.Kena tunggu semua free baru boleh yang tak best nya Mel mungkin dah tak lepak ngan kita dah sebab dia dah jadi 'pure Johorean'.

Nak cerita pasal traffik pun tak best jugak sebab kalau cerita pasal traffik di hari Sabtu dan Ahad memang tak sesuai.Kebiasaannya traffik 'weekend' memang boleh buat blogger yang gila traffik (actually macam saya dulu) boleh jadi sedikit sewel.So saya buat sikit research pasal satu gadget ni.Saya memang pernggemar gadget (even tak mampu nak beli).Rasanya ramai yang dah tau pasal Ipad kan.Ipad ni kalau kita tengok bentuk dia memang lebih kurang macam Iphone just beza pada function dan saiz.Pada korang yang tak pernah tengok sila lihat gambar di bawah :

Amacam,smart tak Ipad ni?Bagi saya memang best la kan (walaupun nampak macam bentuk Iphone China saya.hak3).Kalau korang dah puas tengok gambar dia kita tengok spec dia pulak :


                     
Ok,kalau korang tak nampak tulisan tuh sila klik kasi besar ye.Itu saya adjust guna 'paint' je.Kalau nak diikutkan memang function dia sama je macam Iphone tapi Ipad ni ada kurang satu function iaitu tak boleh call or receive call sebab dia bukan telefon.Dia cuma gadget store and play yang mana korang boleh simpan fail dan transfer.

Yang buat benda ni menarik ialah interface dia dan function dia.Saya dengar kalau kita simpan ebook ke apa2 kita boleh buka helaian tu macam baca buku betul.Lagi satu yang best saiz dia memang agak besar kalau nak dibandingkan dengan Iphone tapi dia nipis je.So maknanya Ipad ni ringan je.nak lebih best jom layan video pasal Ipad ni :





Sekarang puas tak tengok.Ada terasa macam best tak?Saya kalau duit Nuffnang saya dah cukup memang saya ada berangan nak beli Apple Ipad ni.Sebab smart dan tak ramai yang pakai lagi.So bila saya pakai boleh la diumpamakan macam orang kaya yang pakai Kereta Ferrari.Ye memang ramai orang yang kaya tapi tak ramai kan yang pakai Ferrari macam Norman KRU.

Oklah nak tunggu depan TV sebab England ada match malam ni.Nak tengok apa strategi Capello.Mana tau bagus boleh 'recommend' boss baru Liverpool appoint dia jadi manager.

p/s:
*1* Mungkin lepas ni pergi sekolah dah tak payah pakai beg Swan lagi semua budak pakai Ipad dan mungkin penggunaan kertas dapat dikurangkan (bankrup la Indah Kiat).

*2* Ipad ni still susah nak cari kat Malaysia.Tapi jangan takut kalau korang minat korang boleh beli secara online dengan harga yang best dan reasonable sebab vshub ada buat promotion.Nak tau sila refer [sini].

*3* Credit to Apple for the Info

BEAN MORENO BELAJaR SIKIT PASAL BLACKBERRY 9700 MALAM NI


Selamat malam,dah dinner?Saya dan aiensepet dah dinner kat Damansara Perdana.Tadi pagi saya ada dengar pasal Steven Gerrad dah nak bertukar kelab.Mungkin dia akan ke Man City.Aduh memang mengecewakan sebab Gerrard adalah satu lambang dan nama yang besar di Anfield.Gerrard memang membesar dengan cara Anfield dan kalau Gerrard keluar memang Liverpool akan jadi pasukan paling dungu di BPL.Yang penting itu keputusan dia dan dia berhak nak pergi mana yang dia suka (wah ayat cam kecewa gila Bean).Sama macam Gerrard mungkin Bean Moreno akan berpindah ke kelab yang memberikan cotract tinggi.Esok Bean Moreno akan pergi ke kelab barunya untuk sesi skodeng (bak kata Aus).Harap2 dapat invironment yang best di kelab baru.


Malam ni saya belajar satu benda baru.Macam yang saya cakap dalam entri lepas manusia sentiasa dan perlu belajar benda baru dan orang yang tidak mahu belajar benda baru sama seperti lembu hanya tau buat benda yang sama je.Malam ni saya tolong aiensepet godeh2 Blackberry Bold 9700.Rupa2nya semalam kitorang online guna data plan (pergh habislah bil maxis naik).So tadi saya godeh2 untuk online guna wifi rumah saya.Rugilah bayar P1 Wimax kalau tak guna byk komputer kan.hak3...

Meh saya share camne nak configure WiFi tanpa data plan kalau korang pengguna Blackberry Bold 9700...

1) Connect ke WiFi yang korang nak connect (kalau ada WEP/WPA masukkan)

2) Tukar default browser










- Cari dan klik Browser icon -> tekan menu ->Option -> General Properties
- Dan set macam ni :










(tolong ikut setting macam kat atas.kalau tak ikut jangan marah kalau tak jadi)

- Dah ikut setting atas tekan Menu -> Save Option

3) Browse terus Internet

- Masa korang browse sila tengok samada ada tak simbol 3G kalau ada maknanya setting tu tak jadi sebab sepatutnya kalau online pkai WiFi cuma simbol WiFi je yang nyala.


p/s :
- Credit to ehow.com sebab saya belajar sikit dari situ

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails