INVESTMENT DALAM BERBLOG

INVESTMENT DALAM BERBLOG



Salam Guys,

Entri kali ni bukan nak ajak korang pi buat MLM ataupun beli saham.  Kalu bab-bab investment dalam kehidupan korang boleh refer blog Matjoe sebab kalau korang refer blog ni memang investment tu tak menjadi.  Yang pakar bagi saya ialah Matjoe sebab sayapun selalu refer pada dia.

Persoalan pertama entri ni,  apa yang korang faham pasal investment untuk blog korang?  Actually ramai yang tak tau betapa perlunya investment untuk blog.  Bagi saya ada beberapa investment yang perlu korang buat untuk blog korang kalau korang nak maju dalam dunia blog ni.

1. Investment Untuk Gadget

Seorang blogger perlukan gadget untuk berblog contohnya macam laptop, hanphone, dan juga kamera.  Selain dari tu software edit gambarpun korang perlu ada dan tau guna.  Ni benda-benda penting yang mana kita sebagai serang blogger perlu ada.  Yelah takkan kita asyik nak pinjam laptop or komputer orang je bila nak taip entri.  habis kalau tuan punya laptop tu pun blogger takkan dia nak bagi muka kat korang plak.

So dengan gadget-gadget nilah korang akan dapat belajar dan lakukan kerja korang sebagai blogger.  Takkan asyik nak cari gambar kat google je kan.  Tak prolah kan.


2. Investment Pada Blog Impression (Penampilan)

Yang terbahagi kepada dua iaitu 'template' dan juga Header.  Dua benda yang kebanyakan orang tak ambil port pun dan kalau nak ikutkan remeh.  Tapi kalau korang buat benda remeh ni dia dapat tolong blog korang.  Dulu sayapun tak ambil port tapi lepas kaji balik dua benda ni memang penting.

Kita ibaratkan blog itu rumah kita, template itu struktur rumah,  header itu laman rumah,  dan gadget itu perabot.  Korang nak buat open house,  korang malu tak ajak orang dengan keadaan rumah yang bersepah dan jugak serabut serta tak lengkap dengan perabot.  Lepas tu korang kena fikir dengan keadaan rumah yang serabut (tak nak cakap kotor takut ada pulak blogger cakap saya hina blogger lain).  Tu kena fikirlah sendiri. 

So kalau korang dah cari kat net takde yang berkenan invest lah sikit duit pada orang yang pakar buatkan template untuk korang.  At least korang dapat template yang orang tak pakai dan benda tu boleh attract visitor datang.

3. Investment Untuk Domain or Hosting

Domain dan Hosting itu memang penting dalam berblog.  Memang akan ada orang cakap alah ada je blog yang stil 'dotblogspotdotcom' yang berjaya.  Ada je blogger yang still tumpang domain blogspot dapat banyak visitor.  Jawapannya ye memang boleh tapi adakah blog korang macam tu.  Korang puas hati ke dengan performance blog korang.  Ni rahsia, sila jangan bagitau orang lain. hak3...  

Sila bayangkan korang ni ialah advertiser korang nak iklankan product korang contohnya pada Utusan Online.  Kalau lah korang tengok domain utusan.blogspot.com korang rasa keyakinan korang tu menebal tak?  Itu adalah satu logik online business.  Kenapa ramai advertiser iklankan produk kat website dan blog selain mereka tengok Alexa dan Page Rank.

Korang cuba fikirlah kan betul ke tak apa yang saya share dengan korang ni.  Kalau korang ada pendapat yang berbeza korang boleh bagitau tapi dengan cara berhemah.

p/s :

* Kalau korang tak sanggup keluar duit sedikit duit untuk invest pada blog so silalah jangn bising earning tak naik-naik.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
- Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails