KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?

KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?








Salam guys,

Korang rasa apa social media yang tengah hot kat pasaran (uiks boleh beli ke?) sekarang ni?Saya rasa tak perlu saya terangkan apa itu social media lagi kan sebab most of civilized human tau Apakah itu Social Media.Jangan tanya saya sebab kalau tanya saya apa social media yang hot sekarang saya akan cakap Twitter sebab saya lebih aktif ber'tweet' kalau nak dibandingkan dengan bermuka-muka ooops sorry bermuka-buku.Tapi kalau saya open poll sekarang dah tentu 75% akan cakap facebook lebih popular.Ya itu diakui kalau tak takkan Mark Zuckerberg boleh jadi kaya kan.

Kalau kita tengok betul-betul ramai yang cakap Facebook boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.Yang ni memang tak dapat nak tidakkan fakta ni.Kalau kita dah lama tak jumpa kawan kita contohnya kita sekolah kat Melaka then sekolah tu berasrama.Tamat je form 5 masing-masing buat hal masing-masing.Mungkin yang memang kawan baik tidur sekatil adalah contact tapi budak yang kena buli kat sekolah dulu memang akan terpinggir.hak3...So dengan Facebook ni yang jauh kita dekatkan yang rapat kita sempit-sempitkan.Ni bab kebaikan,kita tengok contra nya pulak.Kalau kita perasan ramai yang salah guna Facebook ni.Bila tak suka je terus bikin satu profile SAYA BENCI SPENDER!.Ni contoh jelah takkan nak pajak nama pulak kat sini.Tak pasal-pasal kena saman.Zaman sekarang ni kalau tak puas hati kat somebody memang Facebook lah tempat untuk kumpul orang yang senafsu dengan kita.So bila dah kumpul ramai geng mulalah mengumpat cara cyber.


Yang kedua ialah dengan facebook ramai orang yang berniaga dapat lebih untung.Kenapa?Sebab diorang buat promosi percuma tanpa perlu bayar pada Mark Zuckerberg.Yelah kalau nak promot kat blog kene labur RM10 sebulan untuk iklan kecik.Dengan Facebook bikin profile tak sampai 5 minit upload gambar tak sampai 20 minit (itupun kalau internet pantas) dah boleh start berniaga.Kiranya boleh membantu peniagalah.So kalau untuk memang boleh cakap untung besarlah sebab modal hanya untuk bayar broadband je.Itupun kalau guna broadband tapi kalau curi line jiran sebelah...Faham-faham sendirilah.Tapi yang menjadikan cara ni dibenci ialah bila guna taktik tag gambar.pergh meluat pulak rasa.Kalau tag nak jual barang yang berkaitan takpelah ni tag gambar gstring kat profile lelaki.Apa ko ingat gay ke?Tu yang menjadi lemah tiada privacy sebab peniaga tak bertanggungjawab akan buat seolah-olah tiada apa berlaku.


Dengan facebook jugak kita senang nak share apa yang kita fikir.Senang cakap sharing is caring.Contoh bila kita sedih kita akan tulis status jiwang-jiwang.Sila kita buntu nak tanya pendapat just tulis status yang seakan-akan otak tidak berfungsi supaya orang komen status tu.Ye memang bagus berkongsi ni.Sebab dalam hidup tak semua kita tahu dan tak semua orang bagus.Tapi yang jadi tak bestnya bila kita tulis status yang kononnya kita hebat.Yang ni saya sendiripun buat.Contohnya Liverpool kalah.So kita kutuk coach dia gila-gila.Kutuk ahli politik padahal kita sendiri tak faham aliran politik dan belajarpun tak tinggi.So what's the point kalau kita tulis status yang ntah apa-apa...


Dahla rasanya cukup tiga point actually ada banyak lagi dalam kepala otak ni just malas nak menaip je sebab takde mood.  Actually penggunaan Facebook ni bergantung pada kebijaksanaan user jugak.  Kebodohan function facebook begantung pada kebodohan user sebenarnya.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails