BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

BLOG BOLEH MENGAJAR APA ITU KEMATANGAN

Salam guys,

Sebelum saya start entri ni saya ada satu soalan yang perlu korang jawab sendiri dalam hati tak perlu jerit-jerit atau taip entri dan persoalan ni hanya korang je yang boleh jawab sebab even pawang hebat Ngangkung pun belum tentu boleh baca.  Apa sebenarnya niat atau tujuan korang berblog?

Korang rasa-rasalah kan berblog ni hanya tulis then publish sahaja ataupun ada something yang korang dapat dari buat blog ni tak termasuk check yang bakal sampai setiap akhir bulan lepas nilai lebih RM50.  Macam yang saya cakap dalam entri ni, bagi saya blog saya ni mengajar saya erti kematangan.

1. Kematangan Dalam Penulisan

Ni saya rasa semua orang hadapi.  Setiap yang bermula pasti akan belajar.  Kalau kita tengok entri kita pada awal pembabitan kita dalam dunia blog memang kita akan tergelak sebab memang lawak.  Kalau boleh saya nak buat 'remake' je untuk entri-entri lepas sebab cara penulisan memang kelakar dan tak masuk akal.  So ini bermakna semakin banyak kita menulis semakin matang cara penulisan.  Kalau dulu kita menulis memang 'tegak' habis tapi sekarang kita dah ada lenggok oenulisan sendiri.  Betul tak? So dengan berblog kita dapat kematangan dalam penulisan.

2. Kematangan Dalam Kehidupan

Saya tak pasti samada korang ada rasa tak yang ni.  Bagi saya sejak saya berblog tahun 2006 (Suterablogger cuma 2008) saya belajar banyak pasal kehidupan dengan berblog.  Dari blog saya belajar apa itu respect dan apa itu sabar.  Dua benda ni amat penting beb.  Tak kisahlah dalam realiti ataupun maya kalau korang takde dua benda ni memang akan kelam kabut.  Mungkin kalau awal-awal dulu saya blogging saya tak faham dan sikit punya hal pun saya akan melenting tapi lepas dah nampak jalan sebenar maka itu semua saya dah ubah dan dalam kehidupan sebenarpun saya dah jadi sedikit penyabar dan lebih hormat pada orang lain.

3. Kematangan Dalam Persahabatan

First of all thanks to blogger lain yang tau apa itu makna persahabatan dan yang tak membuat andaian buruk pada saya terutama sekali pada Melromeo dan Eyriqazz yang tak putus-putus support saya sampai saya dah paus hati dengan blog ni.  Ni adalah satu sebab event tu penting.  Korang takkan rasa persahabatan itu penting kalau takat tulis dan publish.  dari event juga kita boleh kenal macam-macam perangai sebab dengan hanya membaca dan bertegur dalam facebook kita still tak dapat tau perangai manusia.  Serius saya cakap yang sebelum ni saya susah nak berkawan dengan orang lain sebab sikap kurang percaya.  Tapi dengan berblog saya jumpa ramai orang yang boleh dijadikan 'sahabat'.

Hm, actually saya dah capai kepuasan dalam blog dan pengalaman saya berblog memang best dan tak boleh dapat kat mana-mana.  Jadi even saya stop blogging di entry ni pun saya tak rasa rugi n terima kasih pada semua yang selama ni support sampai saya rasa puas.hak3...

p/s :

* Ramai yang tanya saya apasal entry saya banyak kepada blog tak kepada umum. .. Susah nak jawab tuh... Mungkin salah satu jawapan dia tiada personal things yang nak saya share kan.hak3...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails