Showing posts with label Jangan Kedekut Link Kat Blog Korang. Show all posts
Showing posts with label Jangan Kedekut Link Kat Blog Korang. Show all posts

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK

TERIMA KASIH ATAS BACKLINK KORANG SEMUA...SAYA GUNA BLOGPULSE UNTUK USHA BACKLINK



Salam guys,

Hari ni nak share satu platform yang berguna untuk korang berblog.Sayapun actually baru tau benda ni daya saya sepatutnya berterima kasih pada Kak Jie atas ilmu yang berguna ni.So tak silap kalau saya katakan ilmu itu harus dicari tak kira tempat, masa dan cara.

Update ni pendek je sebab saya nak share cara untuk korang check dari mana datangnya backlink korang.Macam yang korang tau backlink ni adalah satu element yang boleh membantu boost traffik blog korang dan sila jangan kedekut backlink.Pernah dengar Blogpulse?
Ok Blugpulse ni adalah satu platform yang korang boleh gunakan untuk search backlink yang diberi oleh blogger lain kepada korang.So korang boleh dapat tau samada ramai yang mengutuk korang ataupun suka pada korang senang cerita apa-apa backlink or keyword korang boleh guna blogpulse untuk check.

Apa yang korang boleh buat dengan blogpulse :

1. Check Backlink - Korang boleh search ikut URL,Topic & Keyword
2. Tengok Highlight - Korang boleh usha apa highlight (cite best untuk hari tersebut)
3. Check Top Link - Korang boleh check top sites
4. People - Diorang ada featuredkan individu yang menjadi carian
5. Top Video - Kalau korang nak cari video yang tengah hot kat Youtube boleh jugak usha sini
6. Top Blog Post - Nak usha blogpost paling hot kat dalam dunia
7. Top Blog - untuk Usha blog paling top dalam dunia untuk hari tu
8. Key Phrase - Untuk Keyphrase yang tengah meletop
9. Top Stories - Yang ni untuk korang tengok apa berita yang tengah hangat 
10. Top Source - Punca korang boleh dapat berita

Amacam?Dengan benda ni tak mustahil korang bukan dapat bagi penghargaan kepada blogger yang kasi backlink tapi mungkin boleh tolong korang dalam permainan SEO.Harap apa yang saya share ni berguna untuk korang.


Persoalan :


* Apa yang korang guna untuk check dari mana & siapa bagi backlink kat korang?


p/s :


* Terima Kasih pada blogger yang tak kedekut bagi backlink pada saya.
* Nak layan DVD dengan aiensepet...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :

- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...

TERIMA KASIH YIED POZI ANDA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

TERIMA KASIH YIED POZI ANDA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

Salam guys,

Mesti korang baru bangun tido kan.Tahniah sebab sayapun baru bangun ni tapi saya dah ada plan nak bawak aiensepet keluar berjalan.Dah lama kami mendarakan diri akibat tiada transport.Saya harap entri ni akan jadi sependek (bukan spendex ye itu spender) yang mungkin.Kenalkah anda pada gambar ini...



Saya tak pasti adakah ini gambar sebenar ataupun bukan tapi inilah yiedpozi.Kenal atau tidak?Sila jangan fikir bukan-bukan sebab dia tak buat apa-apa jenayahpun.Tengok muka dan mata dah tau memang nerd.Bayangkanlah kalau dia jadi pencuri macam mana nak lari dari polis.hahah...Sorry gurau-gurau je eyh.Entri ni saya buat nak ucapkan thanks pada dia sebab buat satu entri untuk saya walaupun hanya secebis ruang untuk saya tapi cukup bermakna.Korang boleh baca entri ini berkenaan blog yang dia suka baca.


Saya ni kira silent reader yang tak berapa nak silent blog mamat ni.So hari ni dia dah menyelamatkan saya sebab actually tiada idea gempak untuk hari ni...




Anyway Yied sempena tahun baru ni saya nak ucapkan thanks sebab ang memang suka RT entry saya kat twitter dan ang suka promote blog saya ke mata dunia!Jasamu dikenang!Teruskan blogging style ang yang sememangnya tersusun itu!


TERIMA KASIH YIEDPOZI KERANA BERJAYA MENYELAMATKAN SAYA DI TAHUN BARU

p/s :

* Ni lah yang cuba saya sampaikan semasa entry pasal BE hari tu.Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.Jangan sesekali anda kedekut dalam pemberian link kepada blogger lain

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG

TIPS : JANGAN KEDEKUT LINK KAT BLOG KORANG


Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah seminggu saya pergi kerja naik bas.memang susah sebab kena bangun awal tapi takpe mungkin ada hikmah disebalik kereta rosak ni.Hari ni saya nak share dengan korang pasal link kat dalam blog.Saya tengok ramai antara kita yang takut nak kasi link kat blogger lain sebab takut traffik hilang pergi ke blog lain.Itu satu yang salah.Cuba ubah pemikiran blogging kolot yang macam tu.Kita jangan lah kedekut sangat kasi link kat blogger lain.Korang nak tau tak kenapa?Ok ni adalah sebab kenapa korang tak patut kedekut link dalam blog :

1) TRAFFIK DARI SEO

Simple je.Bila korang kasi link kat blogger lain secara tak langsung korang akan dapat sikit tempias traffik dari blogger tu.Kita ambil contohla kan,dalam dunia internet ramai orang yang ada sikap malas.Diorang biasanya akan guna Search Engine untuk search.Contohlah eyh dia search SUTERABLOGGER kat Google (sila lihat gambarajah ) :

klik untuk tumbesaran sempurna

memang banyak yang keluar pasal SUTERABLOGGER tapi cuba korang scroll ke bawah,maka hasilnya akan jadi

klik untuk tumbesaran sempurna

Korang nampak tak itu entri bukan saya yang punya tapi Aus yang punya jadi tak mustahil kalau ada entri yang tersangkut disebabkan link dengan SUTERABLOGGER.

Contoh lain cuba taip Bean Moreno :

klik untuk tumbesaran sempurna

Sekarang korang nampak tak atas memang banyak artikel yang bean moreno keluarkan tapi yang anak panah tu entri sape?Siap ada entri baru kutuk saya lagi.Ces cikhel memang kejam...

2) FOLLOWER KITA TAK SEMESTINYA SAMA

Bila korang kasi link kat blogger lain.Tak mustahil korang akan dapat follower and visitor baru.Sebab apa?Mungkin ada sesetengah daripada follower kita orang yang sama tapi tak semua.Jadi dengan pendedahan kita untuk blogger lain or kasi link tak mustahil diorang pun akan bagi link kat kita.So bila dia kasi link kat kita mungkin ada follower dia yang tak kenal blog kita akan cuba masuk.So dah dapat traffik kat situ.Yang lagi best kalau follower dia jadi follower setia kita.So traffik berganda.Contohnya macam kes hari ni.Eyriqazz terjah saya then dalam entri ni saya banyak letak link dia.So win-win situation untuk kitorang.Sekarang faham tak?Kitakan orang Melayu,orang berbudi kita berbahasa.Cuma saya tak boleh la nak buat segmen terjah nanti ada orang cakap saya copycat idea Eyriqazz pulak.

Kesimpulannya janganlah kedekut link kat blogger lain.Tak jatuhpun pagerank korang kalau kasi link or buat review pasal blog orang lain.Setiap apa yang kita bagi kat orang lain akan dapat balasan setimpal.

p/s :

* Alamak panjanglah pulak entri ni.Tapi ilmukan takkan nak pendekkan nanti korang tak faham.So tolong baca dengan teliti

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails