Showing posts with label Apa itu Metafizik. Show all posts
Showing posts with label Apa itu Metafizik. Show all posts

KATA-KATA ITU SATU DOA

METAFIZIK : KATA-KATA ITU SATU DOA

Selamat pagi,dak breakfast ke blom?Hari saje2 je update awal bak kata muda-mudi sekarang gedik2.Hari ni saya tumpang kawan saya pergi kerja.Bukan apa tak larat nak hadap jam so bila naik motor tak lah rasa jam sebab boleh selit2.Lagi satu tak sanggup nak isi minyak yang hanya dibazirkan ketika beratur panjang di atas jalan raya.

Pagi2 ni saya nak share something yang sememangnya penting tapi kita dok buat tak tau je.Korang selalu tak fikir bahawa apa yang korang cakap tu bakal menentukan apa yang akan terjadi or hidup korang?Kebanyakan dari kita main cakap je apa yang kita nak cakap.Asalkan hati puas kita tak fikir apa lagi dah.Orang tua2 selalu pesan yang 'Kata-kata itu satu doa.Kalau disebut 44 kali benda tu jadi betul'.Tapi kita asyik fikir takkanlah kita akan sebut benda tu 44 kali kan.Korang kira ke?hak3...

Dalam kehidupan kita kadang2 tak sedar apa yang jadi itu adalah permintaan kita secara tak disedari.Kita suka cakap benda2 negatif walaupun perkataan itu tertuju pada diri sendiri.Betul tak?Ok saya tunjukkan apa maksud saya melalui situasi2 berikut :

1) SITUASI 1 

Orang 1 : Bro pinjam duit boleh aku tengah kering.
orang 2 : Alamak bro akupun TAKDE DUIT...

Korang tengok apa yang mamat tu cakap.Kan lebih elok kalau dia cakap duit ngam2 ataupun gunakan perkataan KURANG.

2) SITUASI 2

Orang 1 : Alamak apa lah dia ni.MATI lagi bagus!

Selalunya kita cakap ayat kat atas ni kat orang yang kita sayang.Tapi bila dia dah takde mulalah menangis menaglir air mata macam sungai Nil.

Saya bagi dua contoh je dulu ye.So apa kata lepas ni kita berfikir sebelum kita bercakap.Ingat dan tanam kat dalam diri bahawa apa yang kita cakap itu adalah doa dan ia mungkin boleh terjadi.Sebab kita ni pelupa dan tak suka nak makan kismis doa selalu.Then kitapun bukan kira berapa banyak kali kita cakap benda2 negatif tu.Apa kata kita cakap benda yang positif dalam kehidupan contohnya :

Saya nak jadi Jutawan!



Billionare - Travy McCoy Feat Bruno Mars DOWNLOAD HERE


p/s :

* Sorry kali ni tiada gambar mahupun link kepada mana2 blog.

METAFIZIK : BILA ADA MASALAH...CUBA BERKAWAN NGAN MASALAH

Hye guys...Amacam selesa tak dengar perubahan yang saya buat untuk blog ni.Saya semakin selesa tulis entri macam ni.Best gila.Baru dapat feel seperti seorang problogger (perasan sendiri hak3).Sangkaan saya meleset selepas solat Jumaat masih tiada kerja jadi kita enjoy!!!Tengah cari mood nak siapkan pc kat lab.Hati tengah senang bila dapat tengok tarian iklan di blog ni.Barulah meriah.



Hari ni takde tips pasal Nuffnang sebab ntah tak tau nak cerita pasal apa. Actually otak tengah berpusing2 dan mencari jalan untuk keluar dari masalah. Keluar bermaksud selesaikan bukan lari sebab kalu kita lari kita tak tenang dan akan bertambahlah masalah lain.Jadi kita just hadap dan jangan biarkan masalah kita menghantui mood.So saya ambil keputusan untuk pasang youtube dan dengar lagu Lenka.Pernah dengar tak?Meh dengar sama2 :





First time dengar lagu ni saya ingatkan Yuna Zarai punya lagu.Oooppps termalukan diri sendiri plak...Rupa2nya Lenka.Best siot lagu ni.Dengar rasa peaceful yang penting bukan Rest In Peace ye...Inilah adalah perkara yang saya akan buat bila bermasalah.Youtube akan menjadi teman sampai saya puas dengan lagu tuh.hak3...




Apa yang saya faham dari lagu ni ialah kita sepatutnya jangan treat masalah kita sebagai musuh.Sebab kalau kita anggap dia musuh maka kita akan tertekan berlawan pedang dengan dia.Kita treat masalah tu sebagai kawan so masalah tu sendiri akan lead kita ke jalan penyelesaian.Mudahkan...Berkawan dengan masalah tak sama ye dengan mencari masalah.Ada bezanya...Hak3...


p/s :
- Zaman sekarang ramai yang SMS (suka mencari susah) tapi bila masalah tu sampai terus nak lari contohnya buang bayi...


The radio staggers against the backspace!

METAFIZIK : TASK UNTUK UNLOCK KUNCI KEGEMBIRAAN


Morning guys,hm...Kepala masih memikirkan adakah patut saya berada di tempat marketing department.Tapi nak buat camner ini adalah arahan boss.So kene buat even tak suka.Walau macam manapun saya tetap terima.

Seperti mana yang saya janjikan saya akan ajar korang macam mana korang nak guna kan ingredient yang saya kasi tau sebelum ni untuk korang berada di dalam mood happy sentiasa.Entri2 sebelum ni saya pernah cerita bahwa untuk dapatkan kegembiraan kita kena :

1) Memaafkan kesalahan orang lain
2) Berterima Kasih pada Anggota Badan kita,Roh dan Orang Lain
3) Bersyukur dengan apa yang kita ada serta kehidupan yang kita jalani

Sekarang saya nak kasi task untuk korang siapa yang nak buat boleh buat dan siapa yang tak nak buat boleh teruskan kehidupan anda yang normal tuh.Sebab ini adalah satu cara untuk kita ubah kehidupan kita dari baik kepada yang lebih baik & untuk pengetahuan korang ramai antara orang2 kaya yang BUDIMAN kat luar sana buat benda ni dan diorang dah berjaya (cuma saya je yang tengah terkedek2 meniti titian hidup ni).

Apa yang korang kena buat ialah :

- Sedia kan satu kertas then tulis 1 sampai 14 bahagikan kepada 2 iaitu sebelum tido & bangun tido.

- Setaip kali sebelum tido dan selepas bangun tido korang cuba amalkan 3 perkara yang saya dah mentioned kat atas tuh.

- Tolong jangan skip walaupun satu hari sebab saya nak tangok apa yang korang rasa setiap hari.

- Kita cuba buat sama2 sampai hari ke-14 saya akan post satu entri untuk korang komen dan bagi feed back pasal task ni.

Untuk korang rasa atau orang putih kata feel benda ni sila jangan tinggalkan solat anda.Sebab itu wajib yang ni sunat je.Dan yang paling penting sekali tolong jujur.Kalau tak jangan salahkan saya kenapa tak dapat result.

p/s :
- Jom kita sama2 buat start from malam ni sampai 7 Feb siapa nak try drop komen eyh???
- SILA DOWNLOAD CONTOH DI SINI

METAFIZIK : ADA APA DENGAN BERSYUKUR


Morning guys,rutin seperti biasa selepas baca entri blogger lain pagi2 so tiba masa untuk saya pulak publish entri.Tak best la kan asyik saya je baca entri orang dah la sabtu tak post entri sebab sibuk.Lagipun semalam Liverpool kalah so rasa sakit masih ada.Sakit bukan sebab Man U.Tapi sakit sebab Benitez still   tak tau nak pilih player.Cam siot je formation & player yang dia pilih.Oklah tutup pasal bola...


Hari ni saya nak sambung pasal Metafizik iaitu lagi satu lagi ramuan ataupun ingredient untuk korang unlock kegembiraan yang telah terkunci sekian lama.Sebelum ni saya dah cerita pasal Memaafkan dan Berterima Kasih.Hari ni saya sambung ramuan yang terakhir iaitu Beryukur.Adakah korang bersyukur???

Persoalan ni memang sukar nak dijawab yelah kita manusia biasa kadang2 mesti tak perasan kesalahan kita.Kita memang senang nak mengaku kita ni bersyukur tapi adakah perlakuan kita ni sememangnya menunjukkan yang kita ni bersyukur.Kenapa saya cakap macam tuh?Sebab tak semestinya kita menadah tangan ke langit tuh tandanya kita bersyukur.

Antara tanda2 seseorang itu bersyukur :

- Suka bersedekah
- Melakukan semua perbuatan dengan ikhlas
- Hatinya tenteram dan hidupnya selalu gembira
- Caranya disenangi dan disegani orang lain
- Mudah menerima ilham dan petunjuk
- Tidak melewatkan solat

credit to : Anak Betawi





Korang perasan tak tak semestinya kita ni berharta,kaya dan banyak duit kita akan hidup gembira.Sebagai contoh seorang yang kaya dan seorang yang miskin.Kalau kita perasan walaupun seseorang tu hidup miskin tapi dia tetap tenang dan tak menggelabah.Tapi ada yang duit berlambak2 rumah banyak harta dia tetap tak cukup.Sebab apa benda ni jadi...Sebab orang kaya tersebut tak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan tapi sebaliknya pada orang yang miskin tu.Walaupun hidup cukup2 makan sahaja tapi hidupnya tenang sebab dia bersyukur dengan apa yang ada.Mungkin harta tak banyak tapi sentiasa cukup

Sama jugak dalam berblogging kan.Kita kene bersyukur dengan apa yang kita dapat.Kita tak bolehlah ada rasa dengki dengan orang lain.Sebagai contoh andai kata traffik kita sikit pada hari tuh.So kita janganlah fikir cara macam mana nak jatuhkan blogger2 lain tapi kita kene fikir apa sebab traffik kita sikit.Mungkin sebab kita tak update ke...Ataupun mungkin kita ni bajet DIVA tak nak blogwalking dan mengharap orang je nak masuk blog kita.OOOooopps i am sorry...So renung2kan dan selamat beramal...

p/s :
- Sayapun tengah cuba kurangkan merungut dengan kekurangan
- Dah habis dah ramuan untuk unlock kegembiraan korang.Jom kita sama2 praktikkan.Macam mana???tunggu entri yang akan saya keluarkan nanti.

METAFIZIK : ADA APA DENGAN BERTERIMA KASIH


Baru balik dari Low Yatt beli kabel network RJ45.Semua orang nak ekspress macamla saya ni mempunyai tangan yang banyak seperti sotong.Kalau saya sotong sudah lama saya berlakon cerita sutun 3.hak3..Hari ni semua orang sibuk pasal buffered tapi saya tetap cool walaupun tak dapat barang satupun buffered.Dulu selalu dapat tapi lepas tukar dotcom terus kering.Takde hal banyak lagi cara untuk tambah earning.So kepada yang dapat tu congrats & jangan lupa untuk cari traffik sebab kalau tak buffered anda itu tidak berguna.hak3...

Saya ingat nak buat review pasal blog follower ke-300 saya hari ni.Tapi tadi saya masuk blog dia dah lain pastu saya tak faham interface dia.Saya rasa mungkin dia tgh tukar templates kot.So kepada Cik Ejaa kalau dah siap template sila bagitau ye...






Oklah saya rasa cam nak kongsi pasal metafizik la...Dah lama tinggal takut nanti korang terus tak faham.Aritu saya just terangkan pasal Memaafkan orang.Hari ni saya sambung skit pasal BERTERIMA KASIH.Ada apa dengan berterima kasih.Benda ni memang susah kita nak buat terutama sekali dalam pasangan suami isteri (perli diri sendiri ke apa...hak3).Yela tu contoh paling dekat dengan saya la.Tapi sebenarnya saya sentiasa ucap terima kasih kat wife saya walaupun saya suruh dia ambilkan tisu.Ucapan terima kasih ni penting dan sangat bermakna.




Kenapa bermakna...Bila kita ucap terima kasih pada seseorang dia akan rasa dihargai...So lepas ni kalau korang buli diapun dia tak kisah.hak3 just kidding.Saya bagi contoh lagi satu.Kat kedai makan,adakah korang ucapkan terima kasih pada pelayan yang hidangkan makanan untuk korang.Tak kira la kat kedai awe ke,mamak ke,ataupun KFC.Benda ni sebenarnya kecil je tapi disebabkan ego yang menebal kita terlepas pandang.Dengan ucapan terima kasih kita dapat buat orang rasa dihargai dan dia akan rasa gembira.






Tapi pernah tak korang berterima kasih pada diri korang sendiri.Berterima kasih pada anggota badan korang dan berterima kasih pada roh korang.Mesti korang cakap saya gila.Tapi sebenarnya itu adalah yang terpenting sekali.Tanpa anggota badan dan roh kita tak mungkin berada kat tempat kita sekarang.Cuba korang berterima kasih pada benda2 tu dan tengok kesannya.Ni bukan main2 tapi korang kene feel sendiri baru korang tau.


JADI,CUBA DULU BARU TAU OK!!!


p/s :


- Korang akan dapat kegembiraan bila korang dapat gembirakan orang. Percayalah...

DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA HIGHWAY



Morning der,hak3...Ni terpengaruh dengan Adnan sempit la ni.Ok seperti mana yang kita tahu,semalam Malaysia muncul juara All England so terima kasih kepada Dato' Lee Chong Wei yang telah mengalahkan Pemain muda Jepun(ntah apa ke namanya) hak3.Dato' Lee Chong Wei telah berjaya menaikkan nama Malaysia dalam bidang sukan seterusnya carry on misi Dato' Misbun Sidek selaku pemain badminton handalan dunia.





Dan sebenarnya(oops bukan lagu Yuna Zarai ye) bukan itu main point saya.Saya just nak terangkan yang kalau kita betul2 nak benda tu ia takkan mustahil.Takde benda yang mustahil dalam dunia kecuali menduakan tuhan.Ya itu adalah satu yang mustahil dan berdosa besar.Kalau korang tak percaya saya bagi korang tengok satu video ni.Maybe some of korang dah pernah tengok tapi bagi saya seorang IT support yang sangat busy saya dapat inspirasi selepas baca blog wife saya.Korang tengok eyh :






Apa yang korang dapat bila tengok video ni.Sedih tak?Pada mulanya saya menitis air mata dan sampai sekarang bila saya view saya akan menitis air mata.Sebab semangat dia.Dan saya akan view video ni setiap pagi dan setiap malam sebelum tido (yang penting doa tido saya bacala.Kalau tak ngigau nanti).So dalam hidup ni kalau kita ada kekurangan tak semestinya kita akan duduk di bawah.Yang penting kemahuan dan percubaan.Sekali gagal tak semestinya korang akan berada di bawah.

Semua orang pernah gagal.Saya pernah gagal byk kali.Dalam berblogging saya gagal dalam dua blog.Tapi kalau saya masih anggap kegagalan tuh adalah penghalang bagi saya untuk berblogging maka takde la Suterablogger sampai ke hari ini.Dan saya tetap akan tetap menulis walaupun dihentam teruk oleh otai2.hak3...Dan itulah yang saya nak korang jadi.Sekiranya kita tengok visitor kita kurang dari hari ke hari,cuba fikir kenapa?Cuba perbaiki apa yang kurang.Bergaul dengan orang yang hebat.Yang penting jangan terpengaruh dengan kutukan orang.Ingat ye :

"Di mana Ada Kemahuan Di situ Ada Highway!!!"


p/s :

- Setaip kali saya tengok vidoe ni saya akan menangis dan saya akan bersemangat.
- Korang cuba positif dalam hidup dan korang akan berjaya di akhir nanti. 

METAFIZIK : LAGU UNTUK PAGI-PAGI 2



Morning guys,Bean Moreno masih lagi di sini dan menulis untuk korang.Hari ni Sabtu so saya agak free kerana staff tak ramai dan kerjapun boleh dikatakan tiada.hak3... HAPPY!!!Yeay!!!Oklah kalau semalam saya bercerita pasal satu lagu yang boleh menaikkan semangat korang tak kirala untuk berblogging dan juga untuk kehidupan korang.Sekarang saya nak share satu lagi lagu yang boleh korang dengar untuk meningkatkan emosi happy dan juga motivation korang.

Korang pernah dengar lagu Greenday tak?Macam saya yang dahulunya seorang SKINHEAD tegar, saya gemar dengar lagu diorang sebab music diorang "Punk Rock" ataupun bahasa kasarnya adalah "Street Rock".Memang funky.Best giler!!!Hari ni saya nak korang cuba dengar lagu diorang dari album terbaru.Actually lagu ni dah lama cuma saya ni agak perlupa so saya tak tulis.Ok,cuba korang dengar lagu Greenday yang ni :

Band : Greenday Feat American Idiot Cast
Lagu : 21 Guns






Lirik dia macam ni :


When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and I

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone



Lyric from : Lyricsty


Apa yang dimaksudkan dari lirik ni.?Pada asalnya sayapun tak berapa faham so saya cuba fahamkan.Wah hebat!!!Hak3...Untuk pengetahuan korang English saya masa kat MRSM tersangatlah teruk sampai kelas pun set 3 English(paling teruk).Tapi saya belajar perlahan2 guna lirik lagu The ACAB.So Thanx to Megat ACAB sebab diapun ada ajar saya sikit English.Ooops melalut plak.Mai saya terangkan apa sebenarnya yang terkandung dalam lirik lagu ni.






Maksud lirik ni kegagalan pasti dalam hidup.Tetapi kita tak semestinya gagal dalam setiap perbuatan.Bila kita berhadapan dalam kegagalan yang pertama itu adalah satu pengajaran untuk tidak gagal seterusnya.So jangan takut untuk gagal ataupun bila gagal.Belajar dari kegagalan itu.Fuh dah macam Dr Fadhilah Kamsah dah.Sebagai contoh,saya pernah gagal dalam percintaan.Tapi saya bangkit dan tunjukkan something positif then sekarang saya dah berkahwin dan wife saya teramat la cantik & comel.Jadi jangan pandang belakang nanti nampak hantu...hak3...


p/s:
- Saya ada satu blogjob untuk chinese blogger sapa nak???Contact saya ye...

METAFIZIK : LAGU UNTUK PAGI-PAGI





Selamat pagi semua,berduduknya saya di sini adalah untuk menulis entri supaya korang boleh baca pagi2 mulia ni.Hari saya selsema dan demam.Ini adalah akibat apabila saya terlupa yang saya ada resdung tahap kronik. Kelmarin saya pergi kedai kat belakang Plaza Vads untuk melantak Char Kuey Teow yang memang sedap kat kedai tuh.Dengan hidangn bersama udang yang besar serta kerang yang banyak saya makan tanpa memikirkan kesan kepada hidung saya yang sememangnya macam pelakon filem Hollywood.So kesan dia sampai ke kemuncak tirai AF di mana saya selsema dan ketika ini air hidung tak berhenti mengalir.hak3...Tapi jangan bimbang saya bukan terkena H1N1 ataupun selsema burung.

Ok saya start ye.Hari ni agak banyak idea tapi tak tau samada saya sempat kongsi ke tak.So doa2kan je la ye.Pagi ni saya nak kongsi sikit pasal lagu.Ni kesinambungan bagi entri Lagu & Kehidupan yang saya publish pada 8 March(wah siap ingat tarikh...).Sekarang ni saya ada satu lagu yang betul2 saya suka dengan untuk naikkan semangat.Mesti ada orang akan cakap kenapa tak baca al-quran.Jawapannya simple.Adakah setiap amalan saya saya nak kene cerita pada umum.?Tolong jawab untuk saya eyh.Lagu yang saya nak cerita ni kira kategori lagu motivation bagi saya.Lagu nipun actually lagu baru.

Tajuk : Give It Up To Me
Penyanyi : Lil Wayne feat Shakira(wife saya suka nama ni)






Kita tengok kenapa saya cakap lagu ni motivate dan saya mesti nak dengar setiap pagi berulang kali.Kita tengok chorus dia ye :

"You can have it all
Anything you want you can make it yours
Anything you want in the world
Anything you want in the world"

Apa yang bestnya lirik ni?Korang baca dan fikir ye.Hak3 takdela saya takkan dera korang macam tuh.Senang je kat dalam chorus tuh korang akan dapat baca satu bait yang tulis "anything you want you can make it yours" maksudnya sebagai manusia apa yang kita nak kita boleh dapat.Tak kira lah benda tu orang cakap mustahil macam mana pun kalau kita set mind kita nak dan kita berusaha towards benda tuh kita mesti boleh dapat.Apa yang kita perlukan ialah kepercayaan dan positive thinking.

Saya nak jadikan benda ni sedikit spesifik.Dalam blogging ni kita akan rasa susah betul tak?Susah nak earn dengan nuffnang dan yang paling penting susah nak dapat traffik tinggi plus maintain traffik.Cuba kita ubah pemikiran susah tu kepada senang.Dulu traffik saya pun teruk.Nak dapat 50 hit seharipun menangis tapi bila saya usaha dan belajar dengan orang2 yang tahu mind set saya bertukar jadi senang.So sekarang saya dah tak risau sebab saya dah boleh maintain traffik saya.So kalau saya boleh buat,korangpun mesti boleh buat.Takde benda mustahil sebenarnya.So cuba amalkan dan jangan lupa sebelum korang dapat sesuatu yang korang nak.Korang kene minta pada creator korang iaitu Allah(Tuhan).Sebab itu adalah punca dan cara minta tak perlulah saya cakap sebab itu korang wajib tahu.

p/s :
- Tengah fikir untuk siapkan task yang berlambak...
- Kalau ada masa saya akan blogwalk 200 blog arini...
- Congrats to Billet sebab dapat result yang bagus...Bila mau belanja?
- Layan la vclips tu sebab best yang lucah2 jangan ambil eyh...

METAFIZIK : ADA APA DENGAN MEMAAFKAN


Selamat pagi guys.Pergh saya baru sampai office terlalu lambat untuk breakfast.hak3...Tak sabar nak gi Gatsby Event April ni.Entry dah submit so tunggu duit RM50 je.Hari ni saya dapat rasakan aura task akan semakin banyak tapi jangan bimbang saya tetap akan update entri saya ye...



Hari ni saya nak teruskan dengan berkongsi ilmu Metafizik.So Semua orang nak Kegembiraan.Siapa yang nak bersedih hari2 betul tak?Orang gilapun kadang2 happy.So entri sebelum ni saya dah kasi tau   apa itu step2 ataupun kunci untuk unlock Kegembiraan.Salah satunya ialah Memaafkan orang lain.Wah sekali dengar macam senang tapi sebenarnya ia susah nak dilakukan.Tapi kalau korang berjaya memaafkan kesalahan orang lain itu satu rahmat yang sangat best.




Kenapa kita perlu maafkan orang lain?Ok benda ni simple je.Bila kita memaafkan kesalahan orang lain kita akan dapat hilangkan dendam(bukan lurah dendam ye itu lain) kita kepada si pembuat salah.Apabila kita tiada dendam bermakna kita akan kurang berfikir.Tahukah kita bahawa apabila kita berdendam dengan seseorang kita akan merangsang otak supaya berfikir tentang orang tu dan selagi kita tak maafkan orang tuh satu perasaan yang dinamakan kebencian akan wujud.Ia akan menyebabkan kita akan sentiasa berfikir cara untuk kenakan dia.So bila kita akan berfikir banyak kita akan membazir banyak tenaga yang berharga.Tenaga itu hilang sia2 je tanpa apa2 yang berfaedah.






So bila kita buang tenaga kita akan jadi letih dan penat lalu hilanglah focus.Susah nak dapat focus tau dan tak mungkin korang boleh beli kat Focus Point.Sebab tulah kadang2 kita buat kerja takde mood,badan letih,and makan tak habis.Sebab kita terlampau memikirkan benda2 yang remeh2 contohnya bila petang kita balik kerja tiba2 ada orang potong kereta kita tanpa bagi signal.Kita marah dan perasaan marah tu masih ada sampai kita tido.So otak kita akan still fikirkan kejadian tadi walaupun kita tengah tido.Then mulalah mengigau.Pastuh bangn pagi badan letih.Apala salahnya kita maafkan dia untuk kesalahan tu.So takla membazir tenaga pada benda yang tak sepatutnya kita fikir.So kesimpulannya kurang la stress.


p/s :


- Cuba untuk memaafkan orang lain sebab itu kunci pertama.
- Jangan asyik nak blame kesalahan orang lain sebab semua manusia tak sempurna.
- Ada satu lagi berita baik saya nak kongsi tapi rileks dulu...

METAFIZIK : LAGU DAN KEHIDUPAN

Hye readers,selamat malam.Ni maybe entri terakhir untuk malam ni sebab tengah syok layan cite Jidin.Owh teringat kat cikgu fizik time saya kat MRSM dulu.Trade mark yang membuatkan saya teringat kat dia ialah suara dia memang macam encik Lim Tat.hak3 lawak siot.Saya masih belom dapat menyelesaikan masalah wordpress saya tuh.Tunggu payment saya akan beli hosting plak.Susah jugak nak jadi blogger wordpress yang berdotcom.Ni tgh ber"ym" dengan Nara belajar pasal hosting.


Oklah mesti korang tertanya2 apa kaitan lagu2 dengan ilmu metafizik.Ok,secara ringkas lagu or muzik adalah satu daripada element kehidupan.Ada ke orang yang tak dengar muzik zaman sekarang ni.Rasanya budak noob kat U pun mesti nak dengar muzik.Pakcik2 tua pun layan SM Salim.So ia jadi macam satu keperluan dan boleh dikategorikan sama macam handphone.hak2..



Yang menjadi masalah sekarang ni,kita dengar lagu yang salah pada waktu mood yang salah.Itu yang menyebabkan pemikiran kita clash dan mentallity down.Korang perasan tak apa kesalahan yang selalu kita buat bila dengar muzik.Bila kita tersalah pilih muzik maka ia akan merangsang neuron otak untuk buat muzik yang kita tengah layan.Fuh!Bahasa Sains siot!hak3...


Korang perasan tak bila kita tengah marah,kita selalu akan layan lagu ganas2 macam Slipknot,lagu2 maki hamun macam Limp Bizkit takpun lagu2 protes tepi jalan macam The Business.Itu dah salah dah.Sepatutnya bila marah kita kena layan lagu2 cool macam Kenny G ke,Jalil Hamid ke,takpun lagu2 happy Taylor Swift.Baru la betul.Bila kita tengah marah otak kita sedang stress so kita perlukan satu irama yang rileks so urat2 kat kepala yang stress akan cool down.Jangan lupa, lirik pun memain peranan tau.Kalau korang asyik nyanyi lagu yang boleh block mentaliti so korang akan jadi apa yang korang ucapkan.Ingat,dalam kehidupan kata2 itu adalah satu doa.So kita kena nyanyi lagu negro yang asyik memuji diri diorang kaya.hak3...

Oklah ada tugas penting malam ni walaupun hari isnin.Syaitan berada di mana2.So kene bunuh!Ingat jangan salah dengar lagu.Buruk padahnya.

p/s :
- Saya tangah dalam mood yang romantis so saya nak layan lagu Inul "Goyang Gerudi"
- Ingat sesuatu kejadian pada diri manusia itu tiada kebetulan ia berpunca dari pemikiran manusia itu sendiri samada sedar(conscious) ataupun tak 
sedar(unconscious) 


METAFIZIK : APA ADA DENGAN METAFIZIK? -KUNCI

Salam guys,amacam weekend best tak???Traffik ok??Seperti yang pernah saya katakan kalau saya tak update & tak blogwalking memang traffik suterablogger akan jatuh teruk.Tapi positif je la.Mungkin tak lama lagi akan bertukar kot.Semalam tengok "Raja Lawak 4" dan Kumpulan Kecik "Asal Dari Kampung" dah menang.Memang syok dan saya mula berangan untuk masuk ke realiti TV tersebut.hak3...

ARTWORK BY BEAN MORENO

Oklah saya dapat banyak feed back pasal Metafizik tu.Ramai yang still terbayang2 apakah itu Metafizik.Huh!!!Korang ingat senang nak faham.Saya pernah bagitau yang kunci Kejayaan adalah Kegembiraan.Ok sebelum korang dapat Kegembiraan yang boleh membawa kepada Kejayaan tuh korang kene buka dulu kunci Kegembiraan.Dia umpama korang nak masuk rumah.Ada dua lapisan pintu.First bila korang balik kerja penat2 nak masuk rumah niat untuk berehat.Sampai je kat depan rumah korang kene bawa keluar kunci.First sekali korang buka Grail(betul ke saya eja ni) & then korang kena buka pintu.Barulah korang dapat masuk ke rumah dan berehat(tapi jangan lupa solat plak eyh...).Jadi untuk mendapatkan kejayaan itu bukan mudah.Kalau mudah dah ramai dah orang kaya takde orang merempat tepi jalan lagi dah semua pakai BMW.hak3

Kita ibaratkan Kejayaan itu adalah berehat di rumah , pintu Kejayaan itu adalah pintu rumah dan pintu Kegembiraan itu adalah grail.Kene buka Kunci satu per satu.Maknanya kalau tak buka grail kita tetap tak boleh masuk ke rumah dan berehat tengok "Raja Lawak 4" malam tadi.Untuk menyenangkan kepala otak anda semua saya pendekkan ye.Dalam Metafizik,untuk korang dapatkan  Kegembiraan ada 3 Step atau Ingredients yang korang kene fahamkan.Senang je tak susah.Ok hari ni saya kasi ingredient atau rencah2 untuk korang buka "Lock" Kegembiraan.



1) MEMAAFKAN ORANG LAIN
2) BERTERIMA KASIH PADA SELURUH ANGGOTA BADAN DAN ROH
3) BERSYUKUR DENGAN NIKMAT TUHAN & KEHIDUPAN

So saya dah buka sikit rahsia.Nak cerita lebih2 takut korang pulak pening sebab benda ni perlu kan masa untuk kita fahamkan.3 rencah2 kat atas ni adalah penting dalam hidup sebab ia akan membina satu aura atau selaput tenaga yang sememangnya kita tak nampak.Dan selaput tenaga tulah yang akan membantu kita mengenali diri,creator dan creation("law of nature").Dalam entri lepas ni saya akan terangkan satu per satu kenapa perlunya 3 steps ni untuk unlock korang punya Happiness(Kegembiraan or Kebahagiaan).Pergh sekalai tengok dah macam Naruto lah....haha...

p/s :
- Ni basic things yang kita kena tau sebelum kita teruskan pengajian.Saya kasi skit2 takut korang pening sebab bila pening korang sure dah tak nak teruskan.So saya bagi yang simple2 je.
- 3 Steps tu digunakan oleh kebanyakan orang2 kaya & budiman(bukan orang kaya langsi).

ALAMAK!!!









Salam semua,kenapa???Pelik???Suterablogger tak keluarkan satu entripun semalam??Bean Moreno dah kering idea ke???Owh tidak!!!Tapi saya tau korang mesti merindui penulisan saya yang tak seberapa ni.Ke merindui  tuan blog yang kacak dan cool ni.hak3.Dah jangan nangis2 sebab Bean Moreno masih bernafas dan masih banyak idea utnuk dikeluarkan.huh!!Sorry sebab semalam saya tak dapat nak update.Saya sekarang berada di kampung wife saya dan memang susah nak dapat signal P1.Entri nipun nasiblah,kalau korang boleh baca maksudnya line P1 adalah stabil.

Actually saya tengah bertungkus-lumus untuk siapkan satu lagi "dotcom".Tapi kali ni saya newbie yang masih mencari apa itu kepuasan SEO cuba berjinak2 dengan wordpress.Dulu saya ada satu blog platform wordpress tapi kecundang ditengah jalan sebab terlampau bz.Domain saya dah beli semalam just sekarang tgh fikir jalan macam mana nak integrate dengan wordpess.Owh sudah botak kepala ni fikir macam mana nak "dotcom"kan wordpress.Adus ada sesapa yang boleh tolong saya?TOLONG!!api2!!So project dotcom wordpress tu saya kene tangguhkan dulu buat masa ni.Maybe minggu depan settle la masalah saya tuh.

Saya terasa amat best hari ni sebab dapat pujian satu anon.Yela minggu lepas kene hentam dengam satu anon yang lain mengatakan saya tak layak untuk menulis tutorial.Tapi past is past life must go on.Jangan pandang belakang nanti nampak hantu.Tak percaya?Cuba korang jalan sorang2 pada waktu malam di kala bulu roma tengah meremang pandang belakang dan cabar dia.Mesti keluar punya la!!!Kepada anon yang memuji saya tu thanx banyak2.Saya amat menghargai complement awak tuh dengan hati terbuka.Nak tau apa komen anon tuh gi kat sini.

Mungkin dia baca entri saya pasal metafizik.Dan sebelum2 ni pun saya dah banyak keluarkan artikel metafizik.Sebelum saya belajar metafizik ni saya sendiri tak percaya yang metafizik ni boleh merubah seseorang manjadi lebih baik..Tapi bila saya dalami apa sebenarnya metafizik saya dah dapat kenal siapa diri saya dan apa itu "law Of Nature".So thanx kepada guru saya Doc A ataupun kitorang panggil dia Daddy A sebab turunkan ilmu ni secara percuma(barang free semua orang nak)..hak3...Kalu korang nak saya kongsi lagi pasal metafizik kene tunggu ye..Saya akan kongsi macam mana Bill Gates & Warren Buffet boleh berjaya menjadi personaliti yang kaya dan budiman.Tak macam pemain bola Chelsea yang kaya dan gila sex!!!hak3...

Sekerang saya asyik dapat baca entri pasal orang yang dapat projek400 dari nuffnang...Apa kebende tuh???Dengar cerita projek top secret..Betul ke???

p/s :
- Hm amat la tenang berada di kampung...fuh tak sesak kepala otak!!!Tapi sesak bila takde line internet...So P1 cepat2 skit upgrade service kat sini.
- Sorry entri ni tak bergambar sebab internet low signal dan semput bila nak upload gambar.Sorry ye...
- Tak sabar nak kongsi ilmu metafizik ngan korang.So far saya dah kongsi ilmu ni kat dua orang & sekarang diorang dah stabil.

METAFIZIK : APA ADA DENGAN METAFIZIK? - INTRO


Hye guys,saya baru lepas settlekan satu assignment ChurpChurp.Disebabkan khayal pada Nuffnang saya lupa yang saya menjaga anak nuffnang juga.So saya terlepas untuk buat 2 assignment ChurpChurp so melepasla RM2.50...hak2...


Hari ni saya tak nak tulis pasal tips blogging.Asyik2 cerita pasal blogging je muak plak korang nak baca kan.Nak tulis pasal personal plak saya takde aktiviti yang menarik.Jadi saya rasa macam nak tulis pasal ilmu yang saya belajar bersama2 dengan wiseman & Karipap satu ketika dulu.Ilmu tu ialah ilmu Metafizik.Korang pernah dengar tak???Maybe siapa yang follow blog saya dari awal dulu pernah baca artikel semacam ni.So saya nak reveal balik.Sebelum tuh saya nak cerita skit apa itu metafizik dan sutera.

credit to : forum atasbawah

Metafizik ialah satu ilmu yang digunakan untuk mengenal diri dan juga memahami konsep hidup.Bila korang faham apa yang terkandung dalam metafizik ,korang akan dapat something yang mengajar korang untuk mengurus luaran dan dalaman korang supaya jadi somebody tak lupa jugak ia juga akan membuat kita sedar wujudnya creator(ALLLAH).Sutera plak adalah satu keadaan di mana aura yang ada di sekeliling korang itu positif , lembut dan membawa ketenangan.Kalau korang ikut blog saya dari mula korang akan perasan header saya tulis "Sketching Life Within Alpha".Apakah itu alpha?Yang penting bukan "project Alpha" eyh...Alpha adalah satu alam(gelombang) di mana first human creation tercipta.Iaitu satu alam yang yang kita berinteraksi secara dalaman(ooops tiada kene mengena dengan ilmu silat anak betong ok!!!).


Sekarang korang dapat tak gambaran sikit pasal apa yang saya nak kongsi?Untuk lebih faham korang boleh bukak blog wiseman dan baca.Tapi sediakan kamus dulu eyh sebab entri dia dalam bahasa English.Apa yang saya nak kongsi adalah satu fasa dalam kehidupan di mana kita boleh gembira sebab kunci kejayaan adalah kegembiraan.Macam mana korang nak gembira???Adakah dengan membeli belah korang boleh gembira?ataupun pergi McD beli Happy Meal(owh itu makanan kanak2 ye) boleh buat korang gembira?Ataupun dengan menulis blog?Takpun adakah dengan melompat tinggi korang boleh katakan yang korang tengah happy..Owh itu semua nanti saya akan terangkan.Ni just pengenalan je dulu.Sebab saya tak nak beratkan mental korang awal2.nanti ada yang tak nak baca plak.So nak tau lebih tunggu next entri ye...

p/s :

- Saya akan sambung dengan entri seterusnya kalau korang nak baca.Kalau tak no point saya tulis tapi just untuk saya je.Ibarat penjual goreng pisang yang takde pembeli,last2 makan sendiri je.hak2

- Saya hanya berkongsi je tanpa bayaran sebab kalau korang nak belajar benda ni cost dia RM3500(itupun simple yang korang dapat).So kalau saya dapat dari orang free sayapun akan kasi FREE je.

- Saya harap bila saya berkongsi benda ni korang jangan riak dan minda korang lebih terbuka dan FREE!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails