METAFIZIK : LAGU UNTUK PAGI-PAGI





Selamat pagi semua,berduduknya saya di sini adalah untuk menulis entri supaya korang boleh baca pagi2 mulia ni.Hari saya selsema dan demam.Ini adalah akibat apabila saya terlupa yang saya ada resdung tahap kronik. Kelmarin saya pergi kedai kat belakang Plaza Vads untuk melantak Char Kuey Teow yang memang sedap kat kedai tuh.Dengan hidangn bersama udang yang besar serta kerang yang banyak saya makan tanpa memikirkan kesan kepada hidung saya yang sememangnya macam pelakon filem Hollywood.So kesan dia sampai ke kemuncak tirai AF di mana saya selsema dan ketika ini air hidung tak berhenti mengalir.hak3...Tapi jangan bimbang saya bukan terkena H1N1 ataupun selsema burung.

Ok saya start ye.Hari ni agak banyak idea tapi tak tau samada saya sempat kongsi ke tak.So doa2kan je la ye.Pagi ni saya nak kongsi sikit pasal lagu.Ni kesinambungan bagi entri Lagu & Kehidupan yang saya publish pada 8 March(wah siap ingat tarikh...).Sekarang ni saya ada satu lagu yang betul2 saya suka dengan untuk naikkan semangat.Mesti ada orang akan cakap kenapa tak baca al-quran.Jawapannya simple.Adakah setiap amalan saya saya nak kene cerita pada umum.?Tolong jawab untuk saya eyh.Lagu yang saya nak cerita ni kira kategori lagu motivation bagi saya.Lagu nipun actually lagu baru.

Tajuk : Give It Up To Me
Penyanyi : Lil Wayne feat Shakira(wife saya suka nama ni)






Kita tengok kenapa saya cakap lagu ni motivate dan saya mesti nak dengar setiap pagi berulang kali.Kita tengok chorus dia ye :

"You can have it all
Anything you want you can make it yours
Anything you want in the world
Anything you want in the world"

Apa yang bestnya lirik ni?Korang baca dan fikir ye.Hak3 takdela saya takkan dera korang macam tuh.Senang je kat dalam chorus tuh korang akan dapat baca satu bait yang tulis "anything you want you can make it yours" maksudnya sebagai manusia apa yang kita nak kita boleh dapat.Tak kira lah benda tu orang cakap mustahil macam mana pun kalau kita set mind kita nak dan kita berusaha towards benda tuh kita mesti boleh dapat.Apa yang kita perlukan ialah kepercayaan dan positive thinking.

Saya nak jadikan benda ni sedikit spesifik.Dalam blogging ni kita akan rasa susah betul tak?Susah nak earn dengan nuffnang dan yang paling penting susah nak dapat traffik tinggi plus maintain traffik.Cuba kita ubah pemikiran susah tu kepada senang.Dulu traffik saya pun teruk.Nak dapat 50 hit seharipun menangis tapi bila saya usaha dan belajar dengan orang2 yang tahu mind set saya bertukar jadi senang.So sekarang saya dah tak risau sebab saya dah boleh maintain traffik saya.So kalau saya boleh buat,korangpun mesti boleh buat.Takde benda mustahil sebenarnya.So cuba amalkan dan jangan lupa sebelum korang dapat sesuatu yang korang nak.Korang kene minta pada creator korang iaitu Allah(Tuhan).Sebab itu adalah punca dan cara minta tak perlulah saya cakap sebab itu korang wajib tahu.

p/s :
- Tengah fikir untuk siapkan task yang berlambak...
- Kalau ada masa saya akan blogwalk 200 blog arini...
- Congrats to Billet sebab dapat result yang bagus...Bila mau belanja?
- Layan la vclips tu sebab best yang lucah2 jangan ambil eyh...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails