METAFIZIK : ADA APA DENGAN BERSYUKUR


Morning guys,rutin seperti biasa selepas baca entri blogger lain pagi2 so tiba masa untuk saya pulak publish entri.Tak best la kan asyik saya je baca entri orang dah la sabtu tak post entri sebab sibuk.Lagipun semalam Liverpool kalah so rasa sakit masih ada.Sakit bukan sebab Man U.Tapi sakit sebab Benitez still   tak tau nak pilih player.Cam siot je formation & player yang dia pilih.Oklah tutup pasal bola...


Hari ni saya nak sambung pasal Metafizik iaitu lagi satu lagi ramuan ataupun ingredient untuk korang unlock kegembiraan yang telah terkunci sekian lama.Sebelum ni saya dah cerita pasal Memaafkan dan Berterima Kasih.Hari ni saya sambung ramuan yang terakhir iaitu Beryukur.Adakah korang bersyukur???

Persoalan ni memang sukar nak dijawab yelah kita manusia biasa kadang2 mesti tak perasan kesalahan kita.Kita memang senang nak mengaku kita ni bersyukur tapi adakah perlakuan kita ni sememangnya menunjukkan yang kita ni bersyukur.Kenapa saya cakap macam tuh?Sebab tak semestinya kita menadah tangan ke langit tuh tandanya kita bersyukur.

Antara tanda2 seseorang itu bersyukur :

- Suka bersedekah
- Melakukan semua perbuatan dengan ikhlas
- Hatinya tenteram dan hidupnya selalu gembira
- Caranya disenangi dan disegani orang lain
- Mudah menerima ilham dan petunjuk
- Tidak melewatkan solat

credit to : Anak Betawi





Korang perasan tak tak semestinya kita ni berharta,kaya dan banyak duit kita akan hidup gembira.Sebagai contoh seorang yang kaya dan seorang yang miskin.Kalau kita perasan walaupun seseorang tu hidup miskin tapi dia tetap tenang dan tak menggelabah.Tapi ada yang duit berlambak2 rumah banyak harta dia tetap tak cukup.Sebab apa benda ni jadi...Sebab orang kaya tersebut tak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan tapi sebaliknya pada orang yang miskin tu.Walaupun hidup cukup2 makan sahaja tapi hidupnya tenang sebab dia bersyukur dengan apa yang ada.Mungkin harta tak banyak tapi sentiasa cukup

Sama jugak dalam berblogging kan.Kita kene bersyukur dengan apa yang kita dapat.Kita tak bolehlah ada rasa dengki dengan orang lain.Sebagai contoh andai kata traffik kita sikit pada hari tuh.So kita janganlah fikir cara macam mana nak jatuhkan blogger2 lain tapi kita kene fikir apa sebab traffik kita sikit.Mungkin sebab kita tak update ke...Ataupun mungkin kita ni bajet DIVA tak nak blogwalking dan mengharap orang je nak masuk blog kita.OOOooopps i am sorry...So renung2kan dan selamat beramal...

p/s :
- Sayapun tengah cuba kurangkan merungut dengan kekurangan
- Dah habis dah ramuan untuk unlock kegembiraan korang.Jom kita sama2 praktikkan.Macam mana???tunggu entri yang akan saya keluarkan nanti.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails