RESULT SPM KHAMIS NI

Adus,hari ni saya teramat busy.Bila satu kolej mempunyai dua struktur yang berbeza maka It support akan merana.Fuh penat seyh berjalan..Dahla kene angkat pc plak tuh.Kalau badan saya ni ketak2 macam John Cena takpe...hak3...Projek wordpress masih belum settle tapi saya dah tau "solution"nya.Thanx to abangnara & Melz sebab ajar semalam.Lama gakla ber"chatting" then dapat solutionnya.

Hm,budak2 form 5 tahun lepas mesti tengah kecut perut tunggu result khamis ni.Baru korang tau azabnya tunggu result.Harap2 korang dapat result yang gempak untuk SPM krang eyh.Jangan risau kalau korang dah buat sehabis baik so result korangpun akan ok.Saya teringat masa saya sekolah menengah dulu kat MRSM Terendak.Wah!!!Orang asyik puji2 je cakap saya pandai.Tapi time form 4 saya betul2 honeymoon.Suka buang masa,Dan yang paling bestnya saya bergaul ngan semua top2 student.So aktiviti diorang study skit lepak banyak.Jadi saya terikut style diorang.


Schedule macam student biasa tapi yang bestnya bila orang lain tengah study diorang main Digimon.hak3.Sayapun terpengaruh sampai lupa study.Bajet dah genius cam diorang tapi sebenarnya otak still kosong je.hak3...Bila tiba nak Trial SPM baru gile2 bantai study sampai pagi.Nak tau apa saya dapat time Trial,1A1 2C3,1C5,5F9...Amacam gempak tak result Trial saya.Memang kene bamboo ngan cikgu2 saya.Saya student paling teruk beb...Tapi lepas trial,perangai menjadi lagi teruk sebab saya terus bermain Digimon sampai digimon saya dah jadi Metalgreimon.hak3...Then bila dah lagi 2 bulan nak exam,baru tungkus lumus. At last saya dapat agregate 16 pangkat satu!!!wow!!!hak3...

Ok sebenarnya saya cerita benda ni bukan untuk menunjuk2 ataupun melemahkan semangat mahupun menggalakkan adik2 supaya tidak study.Tapi moral of the story ialah :

- Kepada adik2 yang nak amik result jangan la takut2 sebab korang dah usaha.Jangan jadikan result trial korang sebagai satu penghalang untuk korang.Benda yang dah lepas hadap je.Yang penting korang dah berusaha.

- Jangan bazir masa dengan angan2 honeymoon sebab honeymoon tu adalah untuk orang yang dah berumahtangga sahaja.Korang belum ijab kabul tak boleh!!!

p/s :
- TRIAL SPM MRSM teramat la susah.tak caya boleh tanya dak2 MRSM
- Digimon adalah permainan yang best masa saya belajar dulu.Mahal tau RM60
- Lagi satu game yang buat saya addict masa sekolah ialah Football Manager...hak3

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails