KAU KU SERU (GATH) - PART 2

Haloo miss haloo miss...Adus baru nak update hari ni.Sesuatu yang agak pelik bila Suterablogger hanya mampu mengeluarkan satu entri sahaja dalam satu hari.Ces!!!Saya masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut.Adakah saya dah mati akal ataupun idea kerin kontang.Owh tak mungkin kerna sayang ye.Bean Moreno sentiasa ada helah dan idea tersendiri ok.Hari ni saya MC sebab migrain masih bermaharajalela tetapi tak mungkin blog ini akan bersawang walaupun dulu ada cita2 nak jadi spiderman.


Berbalik kepada cerita gath hari tuh.Sekali lagi saya highlightkan memang BEST.Mesti MARI la kalau korang datang.So kepada yang tak datang terutama Cikepal anda rugi kerana tidak ditembak oleh saya.Tapi adakah saya sampai hati untuk menembak Cikepal yang comel tuh owh tidak baik saya tembak Melz.hak2...Sifu tak sifu perang tetap perang!!!

Korang pernah dengar tak perkataan "Hero Datang Saat2 Akhir".Ha!!semua orang berkata saya adalah makhluk tuhan paling seksi dan lemah.hak2 tetapi diorang masih belom menyaksikan saya beraksi ketika main Counter Strike.Walaupun team saya kalah kepada team eyriqazz masa Corby 
hari tu...Tetapi saya tak gentar!!!

Seperti biasa parner sparing saya Aus amat sibuk dengan kaji selidiknya.Kemungkinan dia akan memasukkan element paintball ke dalam percintaan dan blognya.Tak percaya korang tengokla nanti.hak2...Tapi gandingan mantop dan paduan suara saya dan Aus sememangnya tiada tandingan sama seperti gandingan suara Dato Siti dengan Kis Dayanti dalam lagu amarah!!!


Dan akhirnya saya survive.Walaupun peluru saya habis tetapi saya sempat lari ke belakang untuk meminta sedekah pada Eyriqazz.Itula di namakan player!!!Ada beran jom main lagi...Mungkin ni je yang saya dapat sajikan pasal gath untuk hari ni sebab belom dapat gambar sepenuhnya termasuk gambar saya semasa menembak.Sampai hati kau Deydeq tidak mahu memasukkan gambarku yang kacak ini ke dalam Lensa Kemaramu.Ces!!!Saya set rambut tau!!!

p/s :
- Nantikan episod akan datang ye sebab takkan nak tulis panjang2 bukan korang bacapun
- Entri ini ditulis dan di"publish" semasa saya di tempat supplier di Low Yatt.Adakah saya TEGAR berblogging...
- Yang takde link kat post gath ni jangan risau eyh...saya ada kejutan untuk korang...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails