GOTCHA SIAN...





Saya dah agak dah.Mesti ada isu pelik2 muncul kat net hari ni.Itupun saya tak perasan orang kasitau.Kali ni Isu otai di"up"kan.Apa eyh otai tu.Ces geli la dengar perkataan tu.Saya jadi pelik takde benda yang lagi best nak dijadikan perbincangan selain benda2 remeh cam ni.Kelakar la baca thread sampai saya jadi emo jap.Still tak faham dengan konsep berforum.Orang berforum untuk bincang something yang boleh kasi benefit.Ni berforum dengan tujuan mengaibkan orang.Ntahla dunia blog sekarang dah jadi medan pertempuan blogger2 yang mana akan lihat blogger newbie duduk dan terima input mengarut.hak3...Cool Bean...Cool...Sampai bilapun Malaysia takkan dapat lahirkan "Authority Blogger" macam kat luar.Dah saya tak nak layan sangat nanti kalau saya emo benda pelik akan jadi.

Pagi tadi saya on the way hantar wife saya pergi kerja.Saya tak cuti ataupun mc tapi saja je tak nak bagitau status...hak3...Macam biasala siaran radio asyik ditukar untuk dapatkan lagu2 yang best.Tapi tetiba saya macam nak dengar Gotcha call(siapa dapat buffered dia angkat tangan!!!).So terdengar la diorang kenakan seorang blogger "Project Alpha".Jahat siot!!



Korang kenal tak Cheesie,kalau tak kenal boleh masuk projectalpha punya webblog.Cheesie ni pemilik blog Cheeserland.Saya pernah interact ngan dia through twitter.Jumpa tak pernah sebab jauh sangatla.Ok cerita dia macam ni.Si JJ Hitz.fm tu menyamar jadi seorang boss syarikat keju dan telefon dia untuk offer dia blogjob pasal Keju.Kalau korang apa korang rasa eyh dapat blogjob pasti terujakan.hak3...Layan punya layan si Cheesie nipun terus terlayan dengan godaan & offer JJ.Sampai suruh buat benda pelikpun dia layankan je...At last ada satu permintaan pelik suruh dia pakai kasut high heel yang diperbuat dari keju...Ces bapak kelakar...Tak patah ke heel tuh??At last rupanya dia kene gotcha je.Kesian siot kalau saya dah berharap gila2 dah...hak3...

p/s :
- Apa eyh korang rasa kalau kene gotcha or panggilan hangit...Kalau kene masyuk hangit tu best la jugak...
- Terpk nak kene kan somebody untuk gotcha call...hak3...jahat seyh...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails