Showing posts with label Skim Cepat kaya. Show all posts
Showing posts with label Skim Cepat kaya. Show all posts

PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

PERCAYA TAK DENGAN BEBERAPA RIBU BOLEH DAPAT BEBERAPA JUTA?

Salam dan selamat petang,

Nak tanya sikit...Korang percaya tak dengan beberapa ribu kita labur kan kita mampu menjana berjuta-juta dengan mudah?Actually ada kot perlaburan yang macam ni dan tak mustahil benda tu ada mungkin kita je tak tau cara dia.So kalau nak lebih memahami dunia perlaburan ni kita kena refer mata Matjoe!Ada tak korang terbaca pasal harta Sukarno?Kalau belum baca jom baca sat :

SEREMBAN: Terpengaruh untuk mendapatkan harta yang dikatakan milik bekas Presiden Sukarno, enam rakan sepejabat kerugian RM16,000 yang mereka laburkan kononnya untuk mencairkan harta bekas pemimpin nombor satu Indonesia itu.Seorang daripada mangsa yang mahu dikenali sebagai Shamsul, 30-an, berkata, segalanya bermula apabila dia bersama rakan diperkenalkan mengenai pelaburan pencairan harta Sukarno itu oleh seorang lelaki berusia 40-an di sebuah restoran di sekitar Bandar Baru Nilai, di sini, pada 13 Oktober lalu. Menurutnya, lelaki itu memberitahu pewaris harta yang kononnya berjumlah AS$3.2 bilion (RM10 billion) itu adalah anak Sukarno yang dibawa ke negara ini ketika masih kecil dan dia kini dalam proses mendapatkan semula harta berkenaan yang didakwa berada dalam kawalan Bank Negara Malaysia (BNM). “Bagaimanapun, kami diberitahu harta itu perlu ‘dicairkan’ terlebih dulu dan memerlukan bantuan daripada pelabur atau digelar ‘jemaah’ untuk menyalurkan kos pelepasan mencecah puluhan ribu ringgit.

Nak baca lebih pi beli surat khabar or Harian Metro Online

Komen Bean Moreno :

* Ye sekarang ni semua benda perlukan duit dan disebabkan kita hidup dalam kesempitan kita tersepit dan sering berfikir macam mana nak jadi kaya senang.Bila otak dah letih fikir cara jadi kaya maka keletihan itu akan membawa kita ke satu aura yang dinamakan penipuan.

* Benda ni melibatkan aset yang besar.Maka bila melibatkan satu nilai yang besar maka kita harus berwaspada jangan senang-senang nak gadai duit kita.Dulu kecoh pasal skim cepat kaya ni akan kecoh pulak pasal skim pewarisan harta orang kenamaan.

* Hm saya tak sangka ada orang melayu yang sangat kaya sehinggakan RM16K yang saya rasa kalau saya kumpul pun makan tahun boleh dibuang bergitu sahaja tanpa berfikir.

* Agak-agak macam mana eyh anak sukarno tu bercakap.Saya terbayang mungkin cara dia approach orang macam ni :

" Mas ayuh melabur kek den dong.Lopeh ekau molabur ekau pasti jadi kayaan seperti Rakka sih!"

Halamak pengaruh Cinta Kirana pulak!...

* Saya pun kalau nak ikutkan dah lama kaya tau.Tak percaya ke ?Nah tengok bukti :



Dan ini...



Amacam kaya tak?haha malas je nak layan kalau tak tiap-tiap hari boleh shopping kat Pavilion tau...

KAUT RM 30 JUTA ANJUR SKIM KUTU


KAUT RM 30 JUTA ANJUR SKIM KUTU | ISU



Salam,selamat hari Rabu.Tau-tau je esok dah Khamis.Kes Dato Sosilawati rasanya macam dah sampai ke penghujung.Lpeas satu-satu bukti dijumpai.Hari ni nak jadi reporter percuma dengan cover isu pasal "Kutu".Ni bukan kutu babi ataupun kutu di kepala tapi kutu yang collect-collect duit.Korang pernah main kutu?Sebelum saya komen dan melalut better saya bagi korang baca dulu sikit petikan akhbar :

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak. Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang. Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu. 
Petikan dari Harian Metro

Komen Bean Moreno :

* Macam mana boleh lepas pulak syarikat-syarikat yang macam ni.Bukan dulu Bank negara kata nak pantau ke?Sepatutnya kena buat satu syarat masa nak register company kat SSM yang block penubuhan syarikat bergenre macam ni.
* Ada lagi manusia yang nak kaya cepat.Kalau nak kaya cepat usaha lebih sikitlah takkan nak harap duit jatuh dari langit.
* Kes ni samada dia nak menipu duit ataupun orang yang join tak tau sabar then report polis.hak3
* Ni kalau dalam PEKIDA 30000 ahli dah boleh jadi ayahanda paduka dah ni.hak3...
* Kita sepatutnya berwaspada dengan skim-skim yang macam ni.Nampak je untung besar join macam program login facebook tu.ntah betul ke tak...
* Kalau nak duit sampingan bikin satu blog la itu pun bukan senang kena update blog dan maintain baru dapat hasil.So kena usahalah.
* Habis kalau semua orang tak nak kerja siapa nak kerja government?hak3...

Korang ingat manusia je ke main kutu.Binatang pun taulah main kutu :



p/s :

* Makin tak faham dengan dunia ni.Masing-masing nak duduk atas sofa tunggu duit masuk dalam bank.Apa pendapat korang tentang artikel ni?
* Teringat kat cerita ABTaufan memang lawak!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails