Showing posts with label Etika Blogging. Show all posts
Showing posts with label Etika Blogging. Show all posts

NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012

NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012



Salam guys,

Hm, sorry saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pasal Hari Kiamat.  Saya tak layak untuk ceritakan atau meramal bila tarikh sebenar Kiamat berlaku.  Dulu kita pernah dikejutkan dengan angka 2012 di mana ia diramalkan oleh Kaum Maya sebagai hari penghabisan yang mana Bumi akan hancur dilanggar planet Nibiru.

Korang kenal tak gambar siapa kat atas tu?  Ini bukan pelakon perempuan James Bond (Gadis Bond) dan dia juga bukanlah penyanyi lagu genre country sehebat Taylor Swift.  Nama auntie ni ialah Nancy Lieder dan dia ialah pengasas Zetatalk (ni bukan web chatting dengan Zeta Jones ye).  Dia kata dia boleh berhubung dengan makhluk asing iaitu ET dari bintang Zetareticuli sebab dia ada pasang implan pada otak dia (mungkin dia ni jenis manusia yang mempunyai wayar putus).

Auntie ni cakap dia diamanahkan supaya bagitau manusia yang Bumi akan berlaga dengan Planet X pada Mei 2003, tapi malangnya amanah itu tak berlaku mungkin implan dia rosak masa tu.  Kemudian teori auntie ni telah diambil oleh seorang lagi manusia yang nak jadi tuhan iaitu Mark Hazlewood.  Dia buat satu teori yang lebih kurang sama tapi entahlah kita manusia bukannya tuhan.

Teori-teori macam ni sebenarnya hanya rekaan dan tekaan semata-mata.  Kalau kita percaya pada tuhan maka serahkan jelah pada Tuhan.  Tak perlu kita nak buat teori yang mana boleh menggangu emosi manusia lain.  Ok kalau korang nak tau teori auntie ni boleh usha video ni. Tapi satu nasihat saya dengar boleh percaya jangan sebab dipun manusia macam kita juga :




p/s :

Jangan pulak ada orang yang jual tanah, bagi harta sebab percaya dengan teori 2012 macam cerita Berkat Selamat!


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

BEAN MORENO VS PENDEKAR BERKUDA | NAK JADI BLOGGER PERLU ADA ETIKA

BEAN MORENO VS PENDEKAR BERKUDA | NAK JADI BLOGGER PERLU ADA ETIKA 



Salam guys,

Alamak hari ni Nuffnang boleh down plak.Habis pageload jadi berat nak baca entry pun agak sukar sebab kena tunggu lama.Harap-harap masalah ni dapat diselesaikan sebab kalau tak mesti ramai readers yang akan tekan button 'x'.


First of all sorry sebab saya mention nama.Kalau nak saman go ahead sebab saya buat entry ni adalah untuk kesedaran bukan untuk mengaibkan dan kalau terus ada blogger yang sempit akal macam ni memang kita tak dapat nak blogging dengan best.Sila diingatkan saya bukan nak cari masalah.Saya agak terkejut dengan etika berblog sesetengah blogger yang mana tiada respect kepada blogger lain.Ye saya tau follower blog ni tak lah cecah riban dan tak lah sefamous Nadia Bayu mahupun Fatin Liyana.So dengan status blogger cap ayam macam saya adakah bermakna saya boleh dipijak.Anda silap!Kenapa tetiba saya nak emo macam ni.Actually tak emo pun just remind je ...Jom kita tengok komen ni :




Ni komen dalam entri sebelum ni iaitu Rahsia Memotong Kuku.Simple je bro kalau ang tak percaya benda ni dan ang anggap sunnah itu mistik sila jangan komen.Kalau ang nak kebenarannya ang boleh refer OhIslam & AhmadZaki.Ang kata tak pernah keluar mana-mana sumber abis saya dapat dari mana?sebelum saya tulis entri saya akan 'google' dulu.So sebelum nak jadi negatif sila rajin dan kalau ang malas sampai bila ang akan jadi sempit.


Ni komen kedua dari dia ...




Ni komen untuk entri Astro First.Senang je dia cakap saya nak tayang TV besar.Beb kat umah ni just ada satu je TV.Macam mana saya nak demo kalau tak snap gambar TV.Benda macam ni pun ang nak buat issue ka?Satu perkataan je yang saya boleh bagi kat ang iaitu Attention Seeker.Takkan UV dah >1K nak attention lagi beb.


So lepas ni kalau takat nak komen dan bagi orang lain negatif sila jangan komen ang buat dosa je bro.So dengan apa yang saya terangkan dalam entri ni harap ang faham & berfikir sebelum buat something.Sila berblog dengan etika jangan sebab nak kejar traffik jadi tak bermoral.Sekali lagi saya mintak maaf kalau entri ni buat ada blogger yang panas punggung.


p/s :


* Blogging sepatutnya menjadikan seseorang itu faham erti persahabatan.

TIPS : ADA APA DENGAN MEMBALAS KOMEN



Huit,morning guys.Mesti pelik tetiba je Bean Moreno ada update Suterablogger waktu pagi.Jangan pelik sebab saya dah dapat spot untuk online di office tapi bersyarat iaitu kena datang kerja awal dan sememangny sejak dulu saya tak pernah lambat masuk kerja (itupun lepas kahwin.hak3).So lepas ni kalau nak baca Suterablogger saya akan cuba update di waktu pagi time2 macam ni ye.Dah lama saya tak keluar tips untuk blogging.Actually bukan tips pun saja mengada2 cakap tips sebab saya bukannya bagus sangatpun dalam blogging dan saya juga tak se'famous' Angelina Jolie untuk harapkan traffik yang tinggi (uiks ada kena mengen ke?).

Oklah apa yang korang fikir pasal komen.Bagi sesetengah dari kita komen adalah penting dan setiap kali lepas kita update mesti kita nak ada orang komen.Betul ke tak?Cakap jelah betul sebab saya tau.Kan sayapun blogger jugak.So jangn tipu2.Ada di antara kita nampak komen tu sebagai penaik semangat untuk menulis.Ada jugak yang fikir komen tu untuk tau 'feedback' dari readers tentang entri kita kan.Tapi pernah tak kita fikir lepas dapat komen apa yang kita buat?Ramai yang biarkan je orang komen sampai bertimbun2 tapi 'No Respond'.Betul tak?

Oklah sempoi je.Kita anggapkan komen ni macam SMS.Bila kita dapat komen itu bermakna blog kita ada reader dan mereka baca entri kita (walaupun tak habis.hak3).Jadi bila ada komen kita dapat lah 'feedback' mereka.Kebanyakan komen akan ikut topik entri dan ada juga yang komen just tanya khabar (yang ni sila buat di 'shoutbox' ye).Bila diorang komen,diorang pun ada niat untuk dapatkan feedback dari korang.So jika diorang dah penat2 komen dan bagi feedback tapi korang buat dek je mungkin lepas tu diorang fed up dan takkan komen lagi.Yelah cuba korang bayangkan,korang SMS awek korang tapi 10 SMS yang berbalas cuma 1.Apa perasaan korang?Mungkin ada yang positif cakap & faham yang korang bz tapi kalau tak mungkin korang akan cakap awek korang ada BF lain.hak3...Samalah macam komen.Readers akan 'fed up' dan buat dek je dengan entri korang.

Dengan baca & reply komen jugak korang akan dapat idea untuk menulis.Dalam masa yang sama korang akan buat readers yang komen tu terasa dihargai.Bila diorang rasa dihargai diorang akan komen lagi di entri yang lain.Korang bayangkan kalau korang nak ngorat awek.Banyak kali belnja makan tapi takde respond.Itu bermakna dia tak suka lah kan.Jadi bila korang tak 'reply' komen orang yang komen akan rasa korang macam tak suka diorang komen.Jadi...Faham2 sendiri jelah ye dek non (apahal aku dah jadi Azwan Ali pulak ni?).

Banyak lagi sebab kenapa korang kena reply komen readers.Tapi sebab saya dah lapar so sikit dah le ye.Kepada pengkomen korang jugak kena ingat bahawa sila baca entri sampai habis sebelum komen.Sebab manalah tau blogger tu kutuk korang,tapi disebabkan korng tak baca sampai habis maka korangpun ye kan je apa yang diorang cakap (ini dah pernah terjadi ye.hak3).Oklah nak pergi makan & malam karang saya update lagi ye...

p/s :
* Saya nak mintak maaf kalau saya tak sempat nak 'blogwalking' ye.Tapi jangan takut saya akan tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang blogger bila ada masa.

ENTERTAINMENT : INTER MILAN JUARA CHAMPION'S LEAGUE & SHAHIR JUARA AKADEMI FANTASIA 8


Selamat pagi seua,live blogging ni saya buat dekat Kajang (perasan buat live blogging pulak.Ko dah tak laku lah Bean).Tadi hantar Datin Seri aiensepet ke Semua House then saya balik ke rumah mama saya.Semalam hajat hati nak kiamulail pastuh nak tgk bola last2 hanyut di lautan cinta.Habis apa pun tak dapat.

Nampak gayanya ilmu firasat saya masih di bawah level amatur lagi.Belum layak nak pergi belejar kat tepat Harry Potter.So saya rasa kena balik Batu Pahat belajar dengan Pak Meon Kampung Muhibah yang terkenal dengan ilmu tilik tuh (main pajak je tu sebenarnya).Kedua2 ramalan saya untuk entry lepas meleset sama sekali.Ces!selalu saya tilik mesti kena kali ni langsung tak kena.


Semalam kita dapat lihat bintang Shahir berjaya mengulangi keajaiban yang pernah dilakukan Mawi dulu.Kitapun tau yang sebelum ni Shahir telah disingkirkan dan dipanggil masuk semula melalui undi AFMASUK.Dah dua kali bintang AFMASUK berjaya jadi juara Akademi Fantasia.Jadi tahniah pada Ahahir yang telah dinobatkan sebagai Juara AKademi Fantasia 8 dan kita tengok samada anak didik Norman KRU ni berjaya atau tidak dalam dunia hiburan ni.Dan ni turutan Bintang AF 8 di konsert akhir :

Juara : Shahir
Naib Juara : Adira
Ketiga : Daus
Keempat : Maulana
Kelima : Iwan


Semalam juga menyaksikan Squad Jose Murinho (saya memang minat mamat ni..Tak nak jadi coach Liverpool ke bro?) iaitu Inter Milan berjaya mengalahkan Beyern 2-0.Kehebatan Murinho memimpin Inter Milan sampai dapat simpan 3 cup beb season ni senang cerita treble lah kan.Dan wira Inter Milan semestinya Diego Milito.Milito berjaya meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menang dan mengucup Piala Liga Juara-Juara 2010.

ni gambar game je...Malas nak cari kat rumah en google

Hm,dengar cerita Liverpool akan kehilangan dua bintang utamanya next season betul ke dan cita2 nak beli David Villa tak kesampaian sebab Villa dah join Barcelona.Harap2 season depan Liverpool akan bangkit dengan semangat burung unta ye kalau nak saya bayar membership.

p/s :
- Tahniah kepada peserta AF8 akhir,jangan tenggelam macam budak2 AF yang lain dah la ye.
- Gambar credit pada Murai sebab saya takde DSLR dan tak dapat pergi konsert.

TERSENTAK BACA ENTRI BLOGGER LAIN.ADAKAH SAYA DAH TERLANJUR?


Halooo how are you?Dah macam Abang Kassim pulak dah ni.Sejuk keadaan kat sini.Saya pulak perasan gagah tanpa bawak dan pakai sweater.So terpaksa bertahan dalam kedinginan aircond.Agaknya macam nilah yang dirasakan oleh ayam2 di dalam peti ais.Mungkin akan selsema kejap lagi so kena beli tisu banyak2.Nuffnang bagi saya satu kejutan lagi di hari Khamis ni (macam tau2 je malam ni malam Jumaat).Entri Break Free Digi saya terpilih untuk diletakkan kat list diorang.Wah sungguh berbesar hati.Saya malas nak print screen tapi kalau korang nak tengok sila baca entri [ni] dan boleh tengok kat blog Nuffnang.Thanks kat nuffnang sebab kasi backlink free kat blogger cap ayam ni.Mesti korang pelik asyik2 blog ni je kena pilih kan.Jangan prasangka buruk ok.Saya tak rasuah diorang mahupun berscandal dengan awek2 cun dalam Nuffnang.Kalau korang nak jadi cam tu pun bukan susah.Apa yang korang kena buat ialah :

1) Belajar menulis dengan baik
2) Tau trick untuk place korang punya entri
3) Cuba semua contest diorang

Dari tadi saya tak dapat nak bukak komen saya.Kepada pengomen2 sila bersabar saya akan reply bila blogspot tak biol lagi.Kalau korang perasan sekarang ni zaman di mana kebanyakan blogger tengah syok cari traffik (tak terkecuali saya).Tapi sekarang ni ada satu trend di mana banyak blogger terjebak dengan cara dapat backlink berantai.Sayapun tak pasti benda ni berkesan ke tak tapi dari segi mata kasar nampak macam boleh beri kesan.Tetapi korang kena ingat backlink berantai ni juga bakal merosakkan PR korang dan juga ia boleh dianggap sebagai "Fraud Backlink".Jadi berhati2lah jika ingin memilih teman (apa kejadahnya ni?).Untuk buat jalan selamat sila dapatkan backlink dengan cara penulisan bukan dengan cara ini takut nanti korang menyesal dan akan keluar paper blogger terjun bangunan.

Tadi dengan keadaan internet yang berkelajuan siput babi saya cuma dapat blogwalk ke beberapa blog sahaja.Tetiba je down then sekarang baru dapat online semula.Macam2 cerita & entri saya dapat baca.Tapi agak tersentak bila baca satu entri daripada Jard.Saya mula terfikir semula apa sebenarnya itu blogging bagi diri saya.Dan tiba2 saya terasa macam matlamat saya dalam blogging ni terlari sikit.Jadi selepas baca entri tu saya ada buat satu kesimpulan untuk diri & blog saya :

1) KEJAR TRAFFIK

Dulu masa awal2 saya blogging,saya cuma terfikir nak ada blog untuk tiru Ajid.Buat entry merapu tulis post untuk sendiri ketawa.Tapi lately saya terjebak dengan budaya kejar traffik.Sampaikan ada satu time saya letih dan bosan untuk blogging.So kalau korang perasan topik lebih banyak pada tips lah,itu lah,ini lah.Semua benda nak jadi macam tulis semata2 nak traffik je.Bila dah jadi macam tu mulalah tulis ala kada je.Ibaratnya macam komposer buat lirik hanya untuk dapat royalty je bukan untuk hiburkan orang.Last2 kena kutuk dengan peminat.

2) KEJAR EARNING

Benda ni saya tak kejar sangat tapi dalam hati ada jugak terasa nak income juta2 dari Nuffnang.Siapa yang tak nak duit kan sebab nak masuk tandas sekarang pun dah kena bayar apatah lagi kalau nak beli handbag Louis Vuitton.Mungkin masa awal2 dulu perasaan ni agak bergelora dalam diri tapi saya disedarkan oleh Melz yang duit tu tak boleh bawak masuk kubur.hak3...So saya tak kisah sangat pasal earningpun cuma saya bagi cara2 yang saya guna or dapat dari blogger lain untuk korang guna supaya korang tak patah semangat.Tapi bila fikir2 balik kalau saya bagi banyak2 tips2 untuk earn dalam Nuffnang maka saya akan buat korang kejar benda tu.Saya akan rasa bersalah kalau korang buat tapi tak jadi lepas tu merungut then stop menulis.Jadi disebabkan saya bagi tips saya dah buat niat blogging korang lari.Owh memang takkan rasa best.

3) POPULARITY

Huh tipulah kalau saya cakap saya tak nak orang kenal saya.Saya tak nak hipokrit kalau boleh saya nak dikenali macam mana orang kenal Justin Bieber yang baru berumur 15 tahun (betul ke?).Yelah dari kecil sampai dah tua bangka ni saya asyik kena buli dan orang asyik ejek2 saya je.Jadi bagi saya tak salah kalau saya nak popular dengan blogging kan daripada saya popular dengan cara merompak ini adalah lebih bagus.Mak bapak pun bangga kalau kita popular dengan cara baik.Tapi masalahnya bila kita nak sangat popular kita akan buat kesalahan yang kita sendiri tak sedar.Kita mungkin akan bagi dosa free je kat orang lain.Yelah tak pasal2 orang akan meluat dan buat fitnah & tak pasal2 orang dengki dengan kita.So popular biar bertempat ye.

Oklah dah panjang sangat dah entri ni better cut the music (ooops itu ayat ahli WWF ye).Korang pun mesti faham saya kalau dah tulis entri berbentuk luahan perasaan ataupun bebelan harian memang panjang sampaikan Talian Nur pun tak dapat nak layan.So jom kita cuba betulkan niat blogging kita.Saya memang tengah cuba nak elakkan benda2 di atas sebab otak dah semakin layu.

p/s :
- Bila otak letih maka kerja jadi lembab sorry ye boss...
- Amacam best tak baca entri cecah lantai macam ni?



Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails